Katanya, mi rebus ini adalah hidangan terkenal di daerah selatan tanah air. Mana lagi kalau bukan Johor. Kuah keledek dan kentang menjadikan mi ini berbeza dengan mi lain.
Mi rebus adalah salah satu jenis masakan mi yang sangat sedap. Rasanya memang sedap dan bercita rasa. Kuahnya pekat kerana ada keledek dan kentang. Ditambah pula dengan keenakan pedas-pedas cili potong.
Kalau dimasak dengan air rebusan daging lagi sedap. Ditambah pula ada lemak tetel. Wow sungguh. Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi mi rebus. Namun beliau menggunakan ayam.
MI REBUS
BAHAN MI
1 peket mi kuning (rebus sekejap dan toskan)
2 keping tauhu (goreng dan potong kecil)
Daun sup (basuh dan hiris halus)
Cili besar hijau
Cili besar merah (jika suka)
Bawang goreng (BELI DI SINI)
Limau kasturi
Telur ayam (direbus dan dibelah)
Dada ayam (goreng dan dicarik. Boleh juga guna daging. Lebih sedap. Simpan airnya)
BAHAN KUAH
4 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
5 ulas bawang merah kecil (BELI DI SINI)
2 cm halia
1 biji keledek oren
2 biji kentang
1 sudu besar udang kering
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMBUAT KUAH
1. Cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Ketepikan.
2. Rebus keledek oren dan kentang. Toskan dan kiasar halus. Ketepikan.
3. Kisar udang kering. Ketepikan.
4. Panaskan minyak masak. Tumiskan cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi.
6. Masukkan air rebusan dada ayam. Biarkan mendidih.
7. Masukkan keledek oren dan kentang, udang kering dan biarkan mendidih.
8. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan garam. Biarkan mendidih, matikan api.
Ads
Letakkan mi, tahu, taugeh, daun sup, bawang goreng, telur rebus, cili potong dan ayam dalam mangkuk.
Jika tekak terasa nak makan maggi goreng, pastinya kedai mamak yang menjadi pilihan. Rasanya yang padu, cukup rencah serta enak berperisa pastinya memenuhi selera. Resipi Maggi Goreng Kari Cili Api perkongsian saudari Adnilsam Apat.
Laksam adalah makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1/2 sudu teh garam (BELI DI SINI)
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Hari tu Min berkunjung ke Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Hebat sungguh menu yang ditampilkan oleh Chef Nadzirah Abdul Razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau.
Min dengan juru foto Nurul Akma ke sana merakamkan 6 menu antarabangsa untuk isu tahun baru Januari 2019. Kempat pensyarah ni masih muda tau. Masing-masing berusia dari 24 hingga 28 tahun belum pun cecah usia 30 tahun. Tapi resipi yang dikongsi ..fuhh sedap sungguh “Awesome “ lah bakat mereka.
Nah, min kongsikan 2 reseipi dari sajian Jerman dan England (Britain), nak resipi yang lain kena tunggu majalah RASA isu Januari ya. Semak betul-betul panjang sungguh senarai bahannya. Masyarakat di sana biasanya menjamu makanan ini semasa perayaan Krismas atau Majlis Hari Kesyukuran penganut Kristian, terutamanya sajian Beef Wellington tu .
ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS
BAHAN-BAHAN :
Bahan Au Jus (sos dari rebusan tulang daging) :
Bahan Puff pastry:
*atau puff pastry siap ada dijual pasar raya
CARA MEMASAK :
1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan
2..Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dengan sedikit mentega sehingga masak.
3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi.
4. Kemudian dalam satu dulang letakkan pula tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan bawang Holland di sekeliling tulang lembu.Tuang tomato puri diatas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit.
5. Dalam satu mangkuk lain campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh. Uli dan canai rata doh puff pastri serta lipatkan menjadi segi empat. Rehatkan seketika dalam peti sejuk ‘chillers’.
6. Ulangi proses sehingga 10 kali lipatan. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat.
7. Angkat tulang lembu yang telah dibakar tadi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih.
8.. Selepas itu, dalam periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api selepas sos menjadi pekat dan warna perang. Ketepikan untuk dihidangkan bersama beef wellington .
9. Ambil puff pastry canai rata dan kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pada lapisan pertama.
10. Pada lapisan kedua letakkan cendawan yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.
11. Pada lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan gulung menutupi daging tadi.
12. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.Bakar sehingga 30 minit.Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan:1-2 0rang
Waktu memasak: 2 jam
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Puff pastry daging (sajian England)
Keistimewaan: Pasti dengan inti daging berjus dan ayam salami memang lazat dengan pastri yang lembut dan rapuh. Sedap dimakan bersama Au jus (sos dari rebusan tulang lembu)
Info Chef : Masakan istimewa disajikan pada perayaan hari kesyukuran dan Krismas oleh penganut Kristian.
GERMAN SPAETZLE SAUBIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan spaetzle :
Bahan ditumis :
CARA MEMASAK :
1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air.
3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.
4. Bentukkan doh menjadi spaetzle (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan
6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.
7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.
8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)
Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu
Anggaran kos: RM 20
Info Chef : Spaetzle mi dibuat dari tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Boleh dibentukkan doh mi dengan ditekankan di dalam tapis.
TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!