Mengeluh sibuk tak sempat masak tapi nak makan sedap. Ok, ini idea bagus RASA nak kongsikan untuk selesaikan masalah. Kebetulan hujung minggu ni cuti panjang, jom kita berkarya di dapur dengan memasak pelbagai lauk pauk. Bukan nak kenduri ye, tapi kita pek dan frozenkan untuk lauk pauk seminggu.
Bila ada stok lauk pauk frozen, takdalah anda tergocoh-gocoh nak ke dapur di hari-hari bekerja. Balik dari kerja nanti anda hanya perlu masak nasi dan sayur je. Lauk sudah ada, Cuma panaskan lauk saja. Berikut empat menu lauk pauk berempah mudah dan sedap yang sesuai difrozenkan:-
AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji kentang | belah empat
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan rempah kari
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu gaulkan ayam bersama garam dan kunyit.
Goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Diikuti pula dengan menggoreng kentang. Angkat dan ketepikan.
Seterus, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, diikuti dengan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau seketika baru masukkan ayam.
Tambahkan dengan kicap pekat manis, sos tiram air dan perasa secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang.
Kecilkan api kacau rata seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Ads
KARI DAGING CAMPUR TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong kecil, cuci dan tos
1kg tulang
1 liter santan
3 biji kentang | belah empat
1/2 cawan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari |lurutkan dari tangkai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia
BAHAN KISAR:
1 biji bawang bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2sm halia
2sm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika masukkan pula rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air.
Terus kacau hingga bahan tumisan pecah minyak.
Masukkan daging dan tulang, kacau hingga air daging keluar dan daging empuk.
Apabila air kering masukkan air asam Jawa dan diikuti santan serta kentang.
Biarkan mereneh lebih kurang 8-10 minit di atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila timbul minyak. Tutup api.
Kari sedia dihidangkan.
Ads
SUP TULANG CAMPUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 1/2kg daging campur tulang | rebus sampai empuk
2 biji kentang | belah empat
1/2 batang lobak merah | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak | untuk menumis
Sedikit hirisan daun bawang dan sup
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak, tumikan rempah penumis hingga naik bau.
Masukkan bahan hirisan, kacau hingga bertukar warna kekuningan.
Seterusnya masukkan rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak dan masukkan daging dan tulang yang telah direbus tadi, bersama airnya sekali.
Tambahkan air secukupnya dan masukkan asam gelugor, kentang dan lobak merah.
Kemudian perasakan dengan garam, gula, lada sulah secukupnya.
Biarkan mereneh lebih kurang 10 minit atas api sederhana.
Tutup api dan masukkan hirisan tomato.
Sebelum hidangkan taburkan hirisan daun bawang dan sup.
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis atau potong dadu
1kg santan
4 sudu makan kerisik
4 sudu makan pes cili kering
2 helai daun kunyit | mayang halus
3 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging, kacau rata sehingga daging kecut dan airnya kering.
Masukkan santan, asam keeping dan serai yang telah dititik
Terus renehkan daging atas api sederhana sehingga kuah pekat.
Apabila pekat tambahkan kerisik, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah kering, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
Tutup api, rendang daging sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda peminat masak lemak? Resipi yang dikongsi ini Ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan stail.Memang masaknya tak guna bawang. Rindu dengan masak lemak Negeri Sembilan, bolehlah buat. Makan dengan nasi panas-panas, memang laju menyuap.
AYAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan: Ayam yang sudah dibersihkan 20-30 biji cili api 2 batang serai (dititik) Kunyit hidup Santan segar secukupnya Ubi kentang Daun limau purut Asam keping
Cara memasak:
1.Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali atau periuk. Ketuk serai masukkan sekali dengan ayam.
2.Blend cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak pada ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Ni lah rahsia kesedapan masak lemak.
3.Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar.
4.Masukkan kentang.
5.Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa. 6.Ayam masak lemak cili api siap untuk dihidang.
Cookies mahu pun biskut coklat antara carian orang ramai setiap kali musim perayaan, termasuklah di Aidil Fitri. Kudapan ringan ini bukan hanya sedap, rangup tetapi ia juga kaya isian pelbagai jenis coklat. Tidak hairanlah jika cookies berasaskan coklat menjadi pilihan ramai setiap kali raya dan tak pernah jemu dimakan.
SNOW ALMOND COOKIES
BAHAN A:
260gm mentega
150gm gula kaster
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk badam
BAHAN B:
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung
BAHAN C:
Coklat masakan | cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih | untuk menyalut
CARA MEMASAK:
Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redai
Celup biskut dalam coklat masakan yang telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
BLACK & WHITE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
250gm mentega
160gm gula perang
100gm gula kastor
B:
2 biji telur | saiz B
1 sudu teh esen vanila
C:
280gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
60gm serbuk koko
1/2 sudu teh garam
D:
White chocolate chips
CARA MEMASAK:
Pukul bahan A hingga sebati.
Campurkan bahan B dan pastikan telur betul-betul sebati.
Ayak bahan C, kemudian campurkan bahan D ke dalam C.
Campurkan bahan A dan B ke dalam bahan C dan D.
Gaul menggunakan tangan sahaja.
Tutup mangkuk adunan dengan plastik dan masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
Bentukkan bulat dan susun dalam dulang pembakar.
Masukkan dalam ketuhar dan bakar dengan suhu 150 C selama 25-30 minit.
RICH CHOCOLATE CHIP DROP
BAHAN-BAHAN:
A:
100gm mentega
25gm Crisco
1 biji kuning telur
110gm gula perang
1/4 sudu teh esen vanila
1 sudu makan susu pekat manis
B:
1/8 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh emplex
50gm chocolate chips
50gm badam cincang
25gm queker oat
1/2 sudu makan kelapa kering
C:
113gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan A, kacau sebati.
Masukkan bahan B, gaul rata.
Masukkan bahan C, adun rata hingga menjadi doh lembut.
Sudukan dalam dulang pembakar.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CHOCOLATE CHIPS COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
280 gm mentega
80gm gula kastor
80gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh butter flavour
B:
1 biji telur | gred B
1 biji telur kuning | gred B
30ml susu UHT
C:
350gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
8gm serbok koko
D:
200gm chocolate chips
60gm oat | panggang seketika
40gm kepingan badam | panggang seketika
40gm cornflaks | kisar kasar
CARA MEMASAK:
Pukul bahan A sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu dan susu, pukul lagi hingga sebatu.
Masukkan bahan C, gaul rata.
Kemudian masukkan bahan D, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
Sudukan dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan patchmen paper.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
OATMEAL CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
250gm mentega
250gm gula pasir
200gm gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
B:
250gm tepung Red Rose
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
C:
200gm oatmeal
200gm chocolate chips
100gm coklat masak | cincang kasar
100gm badam cincang | dibakar seketika
50gm walnut | dibakar seketika
CARA MEMASAK:
Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur satu persatu, putar hingga sekata.
Satukan bahan B di dalam mangkuk.
Satukan juga bahan C, kemudian campurkan dengan bahan B.
Gaul rata, dan tambahkan dengan bahan A, gaul rata menjadi doh lembut.
Sudukan dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan patchmen paper.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CHOCOLATE CHIP NUTTY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
115gm mentega
50gm gula kastor
70gm gula perang
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
B:
115gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
C:
90gm queker oat | kisar
170gm chocolate chips
125gm coklat masak | diparut
85gm Hazelnut | bakar dan cincang
CARA MEMASAK:
Putar mentega bersama gula kastor dan gula perang hingga kembang.
Masukkan telur, kacau dan tambah dengan esen vanilla.
Campurkan bahan B yang diayak bersama dengan bahan C.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan ini ke dalam bahan A.
Terus adun hingga menjadi doh lembut.
Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat-bulat, letakkan di atas dulang pembakar.
Tekan bahagian atas dengan garpu sebelum dimasukkan dalam ketuhar.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
COKLAT CHIP WALNUT
BAHAN-BAHAN:
A:
120gm mentega
80gm gula kastor
70gm telur
1/2 sudu teh esen vanila
B:
190gm tepung gandum
10gm nestum
6gm serbuk penaik
1gm soda bikarbonat
1/8 emplex
C:
120gm chocolate chips
60gm walnut | bakar dan cincang halus
CARA MEMASAK:
Putar semua bahan A hingga rata dan kembang.
Masukkan bahan B dan gaul rata.
Kemudian masukkan pula bahan C.
Adun rata menjadi doh lembut
Ambil 1/2 sudu makan doh, kemudian bulat-bulatkan.
Susun atas dulang pembakar dan tekan atas doh dengan garpu.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
DELUXE CHOCOLATE CHIP
BAHAN-BAHAN:
A:
125gm mentega
1/2 biji kuning telur
1/2 sudu makan susu pekat manis
65gm gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu makan kelapa kering
B:
30gm rolled oat
30gm kepingan badam
60gm chocolate chips
115gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk koko
CARA MEMASAK:
Putar mentega bersama gula, telur, susu pekat manis, garam. Kacau rata.
Seterusnya masukkan serbuk penaik, serbuk koko dan esen vanila, kacau lagi.
Masukkan badam, rolled oat, kelapa kering. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung dan chocolate chips. Gaul lagi.
Ambil 1/2 sudu makan doh, kemudian bulat-bulatkan.
Susun atas dulang pembakar, dan tekan atas doh dengan garpu.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
RED PEAR COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
300gm mentega
150gm gula kastor
1 biji kuning telur
B:
300 gm tepung red rose
C:
50gm badam cincang
100gm chocolate chips
100gm cornflaks
HIASAN:
Hirisan ceri
CARA MEMASAK:
Putar mentega bersama gula dan hingga rata.
Seterusnya campurkan bahan C, gaul rata.
Campurkan bahan B dan C, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
Sudukan doh ke atas dulang pembakar.
Letakkan di atasnya hirisan buah ceri.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!