Ketika kami sampai ke kediaman Datuk Mas Ermieyati Samsudin, beliau sedang tangkas memasak di dapur. Aroma wangi dari dapur menusuk selera. Walaupun masakannya ringkas tetapi lauk pauknya memang sungguh sedap sekali dan sesuai dicuba untuk wanita yang sibuk berkerjaya.
Khas buat pembaca RASA, beliau berkongsi tiga resipi ‘favorite’ anak-anaknya iaitu Bawal Sweet Sour, Masak Lemak Putih Soo Hoon dan Ikan Bilis Goreng Cili Padi. Ringkas dan mudah tapi memang membuka selera. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
1. IKAN BAWAL MASAK SWEET SOUR
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal
2 sudu makan serbuk kunyit
1 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu makan pes cili kering
2 biji tomato/dihiris bulat
3/4 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
3 sudu makan sos tiram
Gula dan garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Ads
Sayur (lobak merah, kubis bunga dan brokoli)
Saderi
2 biji lada benggala (merah dan kuning)/dipotong kiub
CARA MEMASAK :
1. Lumurkan serbuk kunyit dan garam secukupnya pada ikan bawal.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga garing. Ketepikan.
3. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga kuning,masukkan pes cili kering.
4. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, masukkan pula bawang besar, tomato ,brokoli dan lada benggala biarkan dua minit.
5. Tutup api dan tuangkan sos ke atas ikan. Hias dengan daun saderi.
INFO CHEF : Jika mahukan kelainan anda boleh menambah kiub nenas dan sedikit air nenas ke dalam lauk ini.
2. IKAN BILIS GORENG CILI PADI DAN BAWANG BESAR
Ads
BAHAN-BAHAN :
300gm ikan bilis
1 biji bawang besar /dihiris membulat
4 biji cili padi
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bawang besar dan cili padi dan masukkan ikan bilis ke dalamnya.
3. Gaul rata dan boleh dihidangkan
INFO CHEF :Supaya ikan bilis kekal garing, tunggu bawang dan cili padi sejuk dahulu baharu dimasukkan ikan bilis
Ads
3. MASAK LEMAK PUTIH SOO HOON
BAHAN-BAHAN :
150gm fucuk/dikerat pendek
2 pek kecil soo hoon/direndam air
1 1/2 biji bawang besar/dihiris
7 ulas bawang putih/dihiris
1 1/2 liter santan cair
400ml pati santan
50gm atau segenggam udang kering/direndam dan ditumbuk kasar
30gm atau segenggam ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak,di dalam periuk, masukkan bawang dan goreng hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan udang kering, dan tumiskan sebentar.
3. Tuangkan santan cair dalam periuk dan masukkan fucuk hingga lembut
4. Kacau sekali sekala di atas api yang sederhana
5. Masukkan soo hoon, toskan airnya dan kemudian tuangkan pati santan.
6. Kacau perlahan, masukkan garam dan gula secukupnya dan pastikan ia dikacau selalu sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan mereneh sebentar.
7. Hidangkan dengan hiasan cili merah jika anda mahukan ia sedikit pedas.
INFO CHEF : Masak lemak putih ini boleh juga dimasak tanpa menumis. Masukkan terus hirisan bawang, udang kering dan ikan bilis ke dalam santan cair dan kemudian baru dimasukkan bahan lain.Pilih fucuk yang berkedut untuk rasa yang lebih sedap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu ayam memang menjadi kesukaan ramai. Jika inginkan kelainan jom buat Ayam Hydrabaad ni. Pelbagai jenis rempah ratus diadun bersama ayam ini menjadikan harum semerbak bila dimasak. Lebih menaikkan aroma bila diletakkan juga daun ketumbar dan juga daun pudina.
AYAM HYDRABAAD
BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam- campurkan bahagian isi dan tulang
2 inci halia | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar garam masala
Daun ketumbar | dihiris
Sedikit daun pudina
3 biji cili besar
1 cawan bawang goreng
2 sudu besar serbuk cili
2 cawan yogurt
*Gaul sebati dan perap selama 30 minit
BAHAN-BAHAN LAIN:
4 biji bawang rose | dihiris
Sedikit daun kari
Sedikit cili kering
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Daun ketumbar
Cara memasak:
Dalam mangkuk, satu ayam yang telah dibersihkan, halia dan bawang putih yang dikisar,serbuk cili, serbuk ketumbar ,serbuk jintan manis dan garam masala.
Kemudian masukkan daun ketumbar, daun pudina dan cili hijau besar.
Masukkan 1 cawan bawang goreng.
Masukkan 2 cawan yogurt. Gaul hingga sekata. Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak , masukkan bawang rose, daun kari ,cili kering dan jintan manis. Tumis hingga naik bau.
Kemudian bolehlah masukkan perapan ayam tadi. Kacau seketika dan tutup. Biar ayam masak 10 hingga 20 minit.
Bila ayam agak dah masak, perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
Kacau seketika , bolehlah masuk daun ketumbar.
Siap untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama nasi minyak.
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Mula-mula, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah garing, angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan yang telah dikisar bersama dua batang serai yang telah diketuk sehingga betul-betul garing dan wangi.
Masukkan cili boh, kacau dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili. Gaul sebati.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul lagi sehingga rata. Masuk sedikit air jika nak ingin sedikit kuah. Akhir sekali, masuk asam keping, garam dan gula secukup rasa.
Biar seketika. Siap! Boleh dihidangkan dan makan bersama nasi panas-panas.
Korang suka tak sambal peria katak dengan ikan bilis? Mesti macam-macam riaksi, tapi walaupun ada sedikit rasa pahit, tetapi ia pahit-pahit lemak. Kena dengan ikan bilis rangup dan pedas cili, sambal ini boleh jadi ‘berhantu’. Apa taknya, ia boleh menghabiskan dua atau tiga nasi putih, memang ketagih punya. Memang sedap dan peria juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Berikut RASA kongsikan menu Sambal Goreng Peria Ikan Bilis yang gerenti sedap.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm peria | hiris nipis
250gm ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan tumisan garing tutup api.
Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!