Popia Vietnam memang sedap. Intinya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung dengan ‘rice paper’ dan dinikmati bersama sos. Memang layan! Teringin nak rasa? Resipi di bawah ini pastinya boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN POPIA :
1 paket kulit popia Vietnam
100 hirisan isi dada ayam | rebus dan tos
200gm isi udang yang dibuang kepala dan kulit | celur
100gm bihun | celur
Tauge secukupnya
Daun selasih secukupnya
Daun pudina secukupnya
Daun salad secukupnya | potong kecil
Daun ketumbar secukupnya | hiris
1 mangkuk air suam | guna mangkuk atau pinggan yang muat untuk celup kulit popia
BAHAN SOS:
Ads
5 biji cili padi merah dan hijau | hiris halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan gula
3 sudu makan jus lemon
2 sudu makan sos ikan
3 sudu makan air panas
CARA MEMASAK: 1. Siapkan semua bahan popia di dalam pinggan dan susun berdekatan.
2. Untuk menyediakan popia ini, ambil sekeping kulit popia dan celupkan di dalam air suam seketika. Angkat dan letakkan di atas papan pemotong atau pinggan.
3. Kemudian susun daun selasih, daun pudina, daun salad, daun ketumbar, tauge, bihun, isi ayam dan isi udang.
4. Kemudian lipatkan kiri dan kanan kulit popia serta gulung hingga ke hujung seperti buat popia biasa.
Ads
5. Masukkan dalam bekas danulang proses sehingga bahan habis.
6. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan dan kacau rata.
Ads
7. Setelah siap hidangkan bersama popia yang telah siap digulung tadi.
Boleh juga lipat popia anda begini. Foto: jessicagavin.com
Langgan Rasa
Info Chef: Elakkan dari menyusun popia yang telah siap digulung secara bertindan kerana ia akan membuatkan kulit popia melekat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Wow…mudah rupanya buat mentega kacang atau peanut butter homemade. Bagi anda yang mementingkan makanan sihat atau sedang diet, bolehlah cuba buat resipi peanut butter perkongsian saudari Aida Razalli. Sesuai digunakan seisi keluarga.
RESIPI PEANUT BUTTER HOMEMADE TANPA PENGAWET & GARAM
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang – guna kacang shandong untuk rasa lebih sedap.
1 sudu makan minyak sayuran
1 sudu makan madu – optional untuk rasa manis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar kacang selama 10 minit sehingga kacang nampak kekuningan.
2. Jika kacang dibakar bersama kulit coklatnya, pastikan kulit kacang dibersihkan sepenuhnya sebelum dikisar.
3. Masukkan kacang ke dalam pengisar. Kemudian masukkan minyak masak dan juga madu. 4. Kisar kacang bakar tadi sehingga tekstur kacang menjadi halus dan nampak berkrim. Masa mengisar bergantung kepada kualiti pengisar anda. 5. Jika sudah mendapat tekstur halus dan berkrim yang dihendaki, maka peanut butter anda telah siap.
6. Masukkan peanut butter yang telah siap dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. 7. Jika mahukan tekstur peanut butter yang kasar, anda boleh asingkan sedikit kacang bakar tadi dan kisar kasar. Kemudian campurkan ke dalam peanut butter halus tadi. 8. Peanut butter tanpa pengawet ini boleh tahan sehingga 2 – 3 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk dan teksturnya akan kekal lembut.
Bila memasak kadang kala anak tak berapa nak makan. Yang dia sukai antaranya nuget dan ayam goreng. Di waktu pandemik ni tak larat nak membelilah . Untuk langkah berjimat, kita buat sendiri dengan rasa yang asli. Dikongsikan resipi membuatnya.
NUGGET AYAM TEMPURA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
• 700gm isi dada ayam (potong kecil )
• 2 biji telur
• 5 ulas bawang putih -BELI ONLINE DI SINI
• 2 biji bawang merah saiz sederhana -BELI ONLINE DI SINI
• serbuk lada hitam secukupnya
• 3 sudu makan tepung ubi kayu- BELI ONLINE DI SINI
• Garam dan perasa (jika suka) secukupnya
• Tepung goreng serbaguna secukupnya
• sedikit mentega
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan hingga halus. (boleh guna food processer jika ada. Kalau tak ada guna pengisar biasa je).
2. Ambil loyang bersesuaian sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan yang dah dikisar tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.
5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air.Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
8. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi : Noor Liyana
ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI
Tak tau nak masak apa untuk makan malam? Jom try resipi yang diolah oleh Chef Sue ni. Resipi asal ada menggunakan beer tapi dia tukar dengan menggunakan air rebusan daging. One pot meal yang lengkap; ada karbohidrat, protein, sayur dan produk tenusu.
CHEESESTEAKS BALLS Bahan-bahan: 8 biji kentang – rebus & lecek, tambah satu sudu makan mentega, garam, lada sulah, lada hitam secukup rasa. Ketepikan. Hirisan keju mozzarella secukupnya Cincangan daun parsley segar Chili flakes/paprika
Bahan-bahan B: 200grams daging kisar 1 labu bawang besar – cincang dadu kecil 1 biji capsicum – cincang dadu 1 cawan air rebusan daging 1 sudu makan Worcestershire sauce Garam, lada hitam & lada sulah secukup rasa Cara memasak: 1.Panaskan sesudu makan minyak sayur, tumis bawang besar dan sedikit daun parsley hingga layu. 2.Masukkan daging kisar dan tumis hingga daging berubah warna. 3.Tambahkan capsicum dadu, air rebusan daging, Worcestershire sauce, garam, lada sulah & lada hitam secukup rasa. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna.
4.Sediakan mangkuk yang dialas dengan cling wrap
5. Sendukkan kentang yang dah dilecek tadi dan buat seperti dalam gambar. 6. Sendukkan pula inti daging tadi secukupnya 7.Bulatkan kentang seperti dalam gambar. 8.Ini yang dah siap. Simpan dalam peti sejuk selama sejam. 9.Salut bebola kentang dengan campuran tepung gandum dan tepung jagung.
10.Goreng bebola kentang hingga perang. 11. Susun bebola kentang yang dah digoreng ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu sedikit mentega. 12. Susun hirisan keju mozzarella di atas bebola kentang goreng tadi. 13.Tabur cincangan parsley dan chili flakes/paprika 14. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30-45 minutes atau hingga cheesesteaks balls keperang-perangan.