Kalau ditanya pada min, masakan gulai ayam Kelantan memang ada kelainan tersendiri. Memang sedap, tak puas makan.
Tetapi jika diikutkan sebenarnya, ada beza antara menu gulai dan kari tau. Baik dari segi rasa, warna dan aroma gulai.
Menerusi perkongsian daripada cikgu Afy AL Habibi, untuk menyediakan gulai ini, gabungan rasa yang tercetus unik sesuai dengan citarasa orang Kelantan.
Jadi tak pelik pun jika gulai Kelantan punya rasa manis di hujungnya. Itulah gaya turun-temurun dari generasi lama meletakkan gula atau nisse dalam masakan untuk melengkapkan keistimewaan gulai ayam cara kami.
GULAI AYAM KELATE SEDAK SENGOTI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong & dibersihkan 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) 4 sudu besar rempah kari cikgu afy 1 cawan air asam jawa ( 1 gelas air + dua cubit asam jawa) – beli online di sini ½ relung nisse – beli online di sini 1 sudu besar garam bukit ½ sudu kecil perisa 1 1/3 cawan santan pekat – beli online di sini Lada hijau Siam ½ sudu besar kerisik – beli online di sini
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar sehingga garing dan wangi. 2. Masukkan rempah kari cikgu afy. Gunakan api paling perlahan. Biarkan rempah garing sehingga terbit minyak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sekejap. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama (nisse, garam bukit, perisa). Biarkan sehingga pes pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ayam seekor yang telah dibersihkan. Masukkan secawan air. Gaul rata. Tutup dengan tudung periuk.
5. Biarkan ayam sehingga agak empuk. Masukkan santan kelapa pekat. Jika air ayam sudah kering sebelumnya, tambah air kosong. Ikut kepekatan gulai yang diingini. 6. Masukkan perasa peringkat kedua (gula, garam). Sesuaikan dengan citarasa masing-masing.
Ads
7. Untuk menaikkan aroma kuah gulai ayam Kelate, masukkan lada hijau Siam dan ½ sudu besar kerisik. 8. Tutup api selepas kuah gulai memekat dan mendidih beberapa kali. Siap! Selamat mencuba resepi cikgu afy.
Telur tumis bawang ini dikatakan berasal dari negara seberang. Sajiannya cukup mudah, sesuai kala tekak terasa mahu hidangan yang ringkas tapi sedap. Dijamin berselera makan.
Selain itu ia juga boleh dikatakan menu jimat kos kerana bahan-bahannya cukup murah dan sedia ada di dapur.
Cara buat telur tumis bawang
Bahan kisar
6 biji lada merah besar
3 ulas bawang putih
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan-bahan lain
5-6 ulas bawang merah kecil
5 biji telur
3 sudu besar ikan bilis -digoreng garing
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Marjerin
Cara memasak telur tumis bawang
1. Cairkan marjerin secukupnya dan tumis bawang (tak perlu hiris) bersama bahan kisar hingga layu.
2. Masukkan telur, garam, gula dan serbuk lada sulah lalu kacau perlahan-lahan hingga masak.
3. Matikan api ,masukkan bilis yang telah digoreng garing. Kacau rata. Siap.
4. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
INFO: Boleh juga guna cili oil
Tip pilih telur
Memandangkan resipi ini menggunakan banyak telur, penting untuk memastikan semua telur yang digunakan dalam keadaan elok untuk dimakan dan tidak busuk. Kita boleh mengenalpasti telur yang tidak elok dengan cara berikut;
Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bintik hitam. Buang terus telur ini.
Istimewa spaghetti kali ini , dah diberi sentuhan tempatan. Spaghetti ayam percik pun ada , diolah semula dengan rempah ratus. Tak lah asyik bolognese, carbonara dan aglio olio biasa aje kan. Cuba menu baru yang min kongsikan ni.
1. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN :
10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
14 helai daun kari
3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
2 sudu makan lada benggala/didadu kecil
3 sudu makan mentega
4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan
400 gm spaghetti
4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun
Secubit garam
Serbuk lada hitam secukup rasa
2 ekor ketam lembut /saiz sederhana
Bahan untuk salutan tepung :
8 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak pasta :
Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
Tumiskan bawang dan masukkan daun kari.
Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega.
Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buih
Masukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.
Cara masak ketam lembut:
Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa.
Salutkan ketam di dalam campuran tepung
Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.
Saiz hidangan : 2 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak
INFO CHEF: Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.
2. STIR FRIED BEEF
BAHAN-BAHAN :
200 gm pasta
3 biji bawang kuning (kecil)
60 gm daging cincang
1/4 sudu teh cili padi/dicincang
2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
1 senduk air
2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus
1/2 sudu teh lada hitam
3 1/2 makan minyak masak
CARA MEMASAK :
Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing.
Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata.
Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala.
Kemudian masukkan pasta dan gaul rata
Masukkan lada hitam dan padamkan api
Hiaskan dengan daun ketumbar
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa.
Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas
3. AGLIO OLIO AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN :
4 1/2 sudu makan minyak masak
400 gm spaghetti
2 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan lada benggala cincang
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
4 sudu makan daun ketumbar cincang
12 potongan baji tomato ceri
1/2 kiub stok ayam
Bahan ayam percik :
2 keping peha ayam (chicken chop)
5 biji bawang kuning kecil /dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sm lengkuas/ dikisar
2 sm halia /dikisar
40 ml santan
Garam secukup rasa
1 sudu makan pes cili kering
1 batang serai /dikisar
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Pewarna kuning
CARA MEMASAK :
Cara masak aglio olio pasta :
Rebus pasta ala dente dan toskan, letakkan sedikit minyak zaitun selapas tos supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dalam kuali, kepanasan sederhana. Masukkan bawang putih, tumis hingga perang dan masukkan tomato ceri.
Selepas 5 saat, masukkan pasta ke dalam kuali, dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam (jika suka)
Siap untuk dihidang bersama kuah percik.
Cara masak ayam percik :
Nyalakan api dalam kuali, dan masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau
Masukkan pes cili dan perisakan dengan garam, dan sedikit gula (jika suka). Masukkan ayam.
Masukkan santan dan kacau perlahan, masukkan pewarna
Ayam percik sedia dihidang bersama pasta.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta fusion
Keistimewaan : Kuah ayam percik, rasa lazat citarasa Melayu
INFO CHEF : Ayam boleh juga digoreng asing atau dipanggang. Tuangkan kuah ayam percik di atasnya.
4. SEAFOOD PESTO WITH BASIL
BAHAN-BAHAN:
320 gm spaghetti
220 gm kacang hijau
Minyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)
250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
Daun selasih segar untuk hiasan
2-3 biji buah zaitun
BAHAN PES (PESTO);
1 cawan daun selasih
1/3 daun parsli segar
20 gm keju parmesan (diparut halus)
2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)
1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan air panas
CARA MEMASAK :
Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).
Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.
Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.
Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.
Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.
Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 15-20 minit
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Barat
Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa.
Terima kasih :TRUST ISSUE KL, 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Wilayah Persekutuan KL
Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, 12 Lorong Utara A, off Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK YANG MENGEKALKAN KESEGARAN BAHAN MASAKAN, JOM LAYARI DI SINI.