Ads

Sambal Ikan Cili Kangkung Power Pedas, Lauk Kampung Paling Membuka Selera

Bercadang nak masak menu kampung untuk sajian keluarga? Jom cuba resipi Sambal Ikan Cili Kangkung ni. Mak-mak biasanya memang suka lauk kampung macam ni sebab rasanya lebih padu dan cukup membuka selera. Bila makan dengan nasi panas, memang susah nak berhenti. Cara masak pun sangat simple dan bahan-bahan mudah nak cari.

Kalau anda penggemar lauk pedas berasaskan ikan dan sayur kampung, menu Sambal Ikan Cili Kangkung ni memang wajib cuba. Gabungan ikan siakap goreng rangup bersama sambal cili yang pekat dan kangkung segar memang buat rasa bertambah sedap.

Bahan-Bahan Sambal Ikan Cili Kangkung

Sambal Ikan Cili Kangkung Power Pedas, Lauk Kampung Paling Membuka Selera

  • 2 ekor ikan siakap
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 2 keping asam gelugur
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar sos cili
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 1 ikat kangkung

Bahan Kisar

  • 4 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 20 tangkai cili kering

Cara Memasak Sambal Ikan Cili Kangkung

  1. Lumur ikan bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, goreng bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng cili kering hingga wangi kemudian angkat.
  4. Satukan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering ke dalam blender. Kisar hingga halus.
  5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan wangi.
  6. Masukkan sos tiram, sos cili dan asam gelugur. Kacau rata sehingga sebati.
  7. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing.
  8. Masukkan ikan goreng dan kangkung yang telah dipotong. Gaul perlahan-lahan sehingga sambal sebati dengan ikan dan sayur.
  9. Biarkan seketika sehingga kangkung sedikit layu dan sambal meresap ke dalam ikan.
  10. Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Petua Sedapkan Sambal Ikan Cili Kangkung

Sambal Ikan Cili Kangkung Power Pedas, Lauk Kampung Paling Membuka Selera

Ads

Untuk mendapatkan rasa sambal yang lebih padu, gunakan cili kering yang direbus terlebih dahulu sebelum digoreng. Ini membantu menghasilkan tekstur sambal yang lebih halus dan rasa pedas yang lebih seimbang.

Selain ikan siakap, anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan kembung, ikan bawal atau ikan tongkol. Kangkung pula jangan dimasak terlalu lama supaya kekal rangup dan segar ketika dimakan.

Ads

Sambal Ikan Cili Kangkung ini memang sesuai dijadikan menu tengah hari ataupun makan malam bersama keluarga. Rasanya pedas, masam dan sedikit manis memang cukup menyelerakan.

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Air Asam Ikan Kukus Paling Sedap, Resipi Sihat Pembuka Selera

Resipi Air Asam Ikan Kukus yang mudah, sihat dan cukup membuka selera. Gabungan rasa masam pedas bersama ikan kukus memang sedap dimakan dengan nasi panas.