Anda yang suka makanan yang pedas-pedas, jangan lupa singgah di Restoran Rumah Cibiuk, Seksyen 14, Shah Alam. Restoran ini menyajikan masakan Sunda yang rata-rata masakananya adalah pedas sedap. Tak cukup pedas ! Boleh tambah sambal dari enam variasi yang ada.
Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada empat resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri…
NASI LIWET AYAM BAKAR KAMPLIT
BAHAN NASI LEWET:
500gm beras wangi
3 ulas bawang merah | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
2 sudu makan marjerin
1 sudu makan minyak
1 cawan santan
Air secukupnya
4 helai daun salam
4 helai daun limau purut
1 batang serai | titik
Garam secukupnya
BAHAN AYAM PANGGANG:
1 ekor ayam kampung | belah empat
200ml air
BAHAN KISAR UNTUK AYAM BAKAR:
2 helai daun salam
3cm lengkuas
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Garam dan gula secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
Sambal goreng bawang
Hirisan ikan masin
Hirisan jering goreng
Hirisan tempe goreng
Hirisan tauhu goreng
Ulam-ulaman
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan marajerin bersama minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai,halia,daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan beras wangi diikuti air dan santan.
Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup periuk dan masak seperti biasa dalam periuk elektrik.
Setelah nasi masak, letakkannya di atas daun pisang dan letakkan ditengahnya dengan sambal bawang, daun kemangi.
Gulungkan dan kemas di kedua-dua hujung gulungan. Ketepikan.
Sementara itu sediakan ayam panggang. Gaulkan ayam bersama bahan kisar berserta air, garam dan gula secukupnya. Masak hingga airnya kering.
Kemudian sediakan pemanggang atau panaskan ketuhar dengan suhu 180C. Panggang atau bakar ayam lebih kurang 15 minit. Setelah masak , ketepikan.
Hidangkan Nasi Liwet bersama ayam bakar, tempe goreng, tauhu goreng dan jering goreng.
INFO CHEF: Nasi Liwet biasanya akan dihidangkan dalam gulungan daun pisang.
AYAM BAKAKAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | bersihkan dan tos
1000ml sanatan pekat
3 helai daun salam
3cm lengkuas | titik
1 batang serai | titik
1 sudu makan gula merah
1 sudu the serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras | goreng sangai
2cm halia
2cm lengkuas
6 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Ads
Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
Kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.
INFO CHEF: Semasa proses membakar, sering sapukan lebihan kuah ayam supaya ayam tidak terlalu garing.
IGA BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
10 sudu makan kicap
500ml santan
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan air asam Jawa
1000ml air
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 tangkai cili kering
3 biji buah keras
2cm lengkuas
5ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Ads
Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
Seterus sediakan pemanggang.
Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan tulang kambing jika suka.
CUMI BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong | buang kepala dan kulit arinya
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas | ketuk BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Sotong direndam lima minit dengan air garam, sebelum dibilas dengan air bersih dan toskannya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masak lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu tak sampai 15 minit siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya.
RASA gerenti anak-anak mahupun suami akan minta anda masak lagi menu ringkas ini. Kalau tak sempat hari ni simpan resipi dan cuba bila ada kesempatan.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
300gm daging | hiris nipis
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
1 sudu makan sos tiram
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
Sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan pula hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
4ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | hiris
3cm halia muda | hiris halus
Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh perasa ayam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Makan nanti apa kata kita cuba menu Daging Goreng Cendawan super simple ni, Korang hanya perlu ada daging dan cendawan, bahan lain semua ada dalam dapur korang. Mudahnya menu ni .
Cuma siapkan bahan ikut resipi atau ikut kreativiti korang asal bahan asasnya daging dan cendawan. Pendek kata campak-campak je dalam kuali gerenti jadi, paling penting sedap terangkat dan membangkit selera.
DAGING GORENG CENDAWAN
.
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | hiris nipis memanjang 150gm cendawan shitake | hiris nipis – beli online DI SINI 5cm halia muda | hiris memanjang – beli online DI SINI 1 biji bawang Holland | dadu kasar 2 ulas bawang putih | titik 20gm daun bawang | potong 3cm 1/2 cawan biji cili benggala merah, kuning & hijau | potong dadu 1 sudu teh serbuk lada hitam- beli online DI SINI 1 sudu teh serbuk pati ayam – beli online DI SINI 1 sudu makan sos tiram – beli online DI SINI 2 sudu makan minyak masak – beli online DI SINI Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. 2. Masukkan hirisan cendawan shitake dan cili benggala, kemudian gaul rata
3. Seterusnya, masukkan hirisan daging yang telah direbus.
4. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. 5. Lengkapkan rasa dengan sos tiram.
6. Sebelum angkat masukkan daun bawang. Sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MEMBUAT SAJIAN GORENG. JOM LAYARI DI SINI
Kacang dhal mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, apa kata korang cuba dua menu yang menggunakan kacang dhal ini, Parpu Telur dan Bebola Dahing Sos Dhal, dua-duanya senang disediakan sedap dan boleh dimakan dengan nasi, roti canai, capati mahupun roti biasa. Apa kata korang cuba untuk makan malam ni, makan panas-panas sedap ni.
PARPU TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 cawan kacang dhal | cuci bersih dan rebus
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
REMPAH PENUMIS:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 tangkai daun kari
6 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Masukkan kacang dhal yang telah direbus dalam periuk bersama bahan hirisan.
Kacau rata, tambah serbuk kunyut, kentang dan lobak merah, sedikit air dan renehkan atas api sederhana.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Perlahan-lahan pecahkan telur di dalamnya,
Setelah telur membeku, tutup api.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak tumis bahan rempah tumis, goreng seketika dan tuangkan dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
Biarkan seketika, kemudian Parpu Telur sedia dihidangkan.
BEBOLA DAGING SOS DHAL BAHAN-BAHAN:
8-10 biji bebola daging | gaul dengan sedikit cajun
1/2 cawan kacang dhal yang telah direbus
1/2 cawan yogurt
1 sudu makan mustard
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak menggunakan kuali leper hingga keperangan. Kemudian ketepikan.
2. Masukkan kacang dhal dalam mesin pengisar bersama yogurt, mustard dan susu segar.
3. Kisar hingga sebati.
4. Di dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan.
5. Kemudian masukkan bahan kisar, biarkan mereneh atas api sederhana.
6. Sesuaikan dengan serbuk jintan, garam dan gula secukupnya
7. Masukkan bebola daging, gaul rata.
8. Apabila kuah pekat, tutup api.
9. Bebola Daging Sos Dhal sedia dihidangkan.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.