Makan tengah hari dengan lauk yang simple gerenti bertambah makan. Boleh buat menu ikan rebus goreng ni, sangat simple. Rebus ikan Selayang , tambah garam , cuka dan asam keping dan bahan-bahan ramuan lain. Kemudian digoreng dengan bawang dan cili, ermmm enaknya tak terkata.
1.Susun ikan dalam periuk dan taburkan satu sudu besar garam bukit.
๐ง๐ถ๐ฝ: Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. (Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti)
๐ง๐ถ๐ฝ: Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.
2.Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
3.Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
4.Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
5.Goreng ikan dalam minyak panas. Taburkan bawang banyak-banyak bersama potongan cili padi.
6.Tutup dengan tudung periuk ketika ikan digoreng untuk elak meletup.
Ads
7.Hidangkan bersama nasi putih, budu putih campur tempoyak dan sambal jantan.
Buat yang kering idea atau baharu โbermesraโ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk dibuat. Makan ada lauk berkuah barulah laju makan. Anak-anak pasti menggemarinya. Selamat mencuba.
SUP MAMAK โTERANGKATโ BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
3 sudu tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Jika anda tidak mahu menggunakan tepung dhal, ia boleh digantikan dengan 1 biji kentang yang direbus dan dikisar halus sebagai bahan pemekat.
Saiz hidangan untuk: 5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Masakan India
Keistimewaan: Rasa rempah yang kuat dan pedas yang tidak keterlaluan
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP SAYUR ASIN BAHAN-BAHAN:
100gm kubis
3 sudu besar sayur asin
2sm halia | dihiris halus
2 ketul tauhu | dipotong empat
50gm isi ayam
2 batang cili merah
1 biji tomato | dipotong baji
Sedikit daun bawang
1 sudu besar pati ayam
ยฝ sudu besar garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Untuk rasa sup yang lebih mengancam, anda boleh tambahkan salted plum ke dalam sup ini dan kurangkan amaun bahan perasa.
Saiz hidangan untuk: 2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan: Masakan Cina
Keistimewaan: Berbau herba dan mempunyai rasa masam, sesuai untuk penghidap demam
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP ISI KETAM BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
ยฝ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Untuk sup yang lebih bertekstur, anda boleh gunakan jagung tongkol menggantikan jagung dalam tin. Pilih jagung manis untuk rasa sup yang sedap.
Saiz hidangan untuk: 3-4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan: Masakan Cina
Keistimewaan: Rasa manis berlemak jagung dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak
Jenis penyediaan: Pembuka selera
Cara memasak: Didih
SUP IKAN SAWADEE-KA BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub patiikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
4. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Sesetengah resipi di Thailand menggantikan penggunaan limau nipis dengan belimbing buluh.
Saiz hidangan untuk: 5 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Thailand
Keistimewaan: Bau harum dari daun pandan dan rasa manis isi ikan
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP BEBOLA DAGING BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
2. Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
3. Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
4. Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Jika bebola daging yang digunakan mempunyai bau yang โkuatโ, anda boleh perahkan limau nipis atau masukkan cuka ke dalam sup.
Saiz hidangan untuk: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Indonesia
Keistimewaan: Rasa masin bebola daging dan sup sesuai dibuat bakso
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP SAYUR DIET BAHAN-BAHAN
4-5 ulas bawang putih | dicincang
2 biji bawang kecil | dihiris halus
2sm halia | diketuk
2 ketul tauhu | dipotong empat
100 gm putik jagung
200gm cendawan shimeji
2 biji tomato | dipotong enam
200gm brokoli
1/2 batang saderi
1 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih beserta bawang merah dan halia.
2. Apabila naik bau, masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan brokoli, putik jagung dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan masukkan sayuran yang lain.
4. Perasakan secukupnya dengan garam dan pati ayam dan akhir sekali masukkan tauhu.
5. Biarkan mereneh seketika sebelum menutup api.
INFO CHEF: Anda boleh mempelbagaikan pilihan sayur-sayuran yang mahu digunakan dalam resipi ini.
Saiz hidangan untuk: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Melayu
Keistimewaan: Jumlah kalori rendah dan sesuai buat anda yang sedang berdiet
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
Krediti: Koleksi Majalah RASA
KLIKย DI SINIUNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH.
Masakan Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sememangnya sedapย dan mengekalkan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Dihidangkan pulaย panas-panas dari dapur. Kepada anda penggemar masakan Cina, berikut RASA bawakan Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yuen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam yang berbesar hati untuk berkongsi limaย menu istimewa masakan Cina yang sedap untuk anda cuba sendiri di rumah.
AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
BAHAN UNTUK PERAP:
CARA-MEMASAK
DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAP:
BAHAN B
CARA MEMASAK:
UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
BAHAN SOS TEOH CHEW:
CARA MEMASAK:
HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
ย
ย
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan Bakar Portugis memang menu popular masyarakat Malaysia. Aroma wangi bahan tumisan menyalut dengan ikan talapia dan dibakar, memang terlajak sedaplah..
ย
Ikan Bakar Ala Portugis memang menu popular masyarakat Malaysia. Aroma wangi bahan tumisan disalut dengan ikan talapia dan dibakar, memang terlajak sedaplah..
IKAN BAKAR TALAPIA ALA PORTUGIS
BAHAN KISAR:
INFO: Semua bahan dikisar sekali dan halus.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus.
2. Bila sudah pecah minyak masukkan daun limau purut atau daun kesum.
3. Masukkan sedikit airย asam jawa. Kalau hendak berkuah boleh tambah sedikit air . Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan asingkan dulu.
4. Letakkan ikan atas aluminium foil.
5.ย Salutkan dengan sambal yang ditumis tadi dan susun terung atau bendi.
6.ย Balut dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana. Untuk elakkan hangus boleh tuangkan sedikit air dalam pemanggang ajaib.