Resipi Sup Soto Ayam bersama Bergedil Kentang perkongsian saudari Khadijah Jaafar ni memang padu. Nak buat pun senang. Sesuai dinikmati sebagai sajin makan tengahari atau pun jika nanti ada bercadang nak buat makan-makan, menu ini boleh disajikan. Lengkap dengan resipi Sambal Kicap padu. Sangat sedap dan mudah nak masak. Kanak-kanak dan orang dewasa juga gemarinya. Jom cuba!
Kadangkala teringin nak makan nasi minyak tapi tiada pula jemputan ke kenduri kahwin. Bukan semua kedai ada jual nasi minyak, kan? Jadi apa kata kita buat sendiri nasi minyak di rumah.
Tak pernah buat nasi minyak? Jangan bimbang. Ikut sahaja resipi ini. Insya-Allah anda boleh buat nasi minyak umpama nasi minyak di kenduri kahwin.
NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN
3 cawan beras basmathi
2 sudu besar mentega/minyak sapi
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah 3 sekawan (1 kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga)
2 helai daun pandan (disimpul)
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Pewarna kuning, hijau dan merah
Kismis
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Basuh beras. Kemudian beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya. Masukkan beras dalam periuk nasi. Ketepikan sebentar.
2. Dalam kuali, panaskan mentega. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama-sama.
3. Masukkan pula rempah 3 sekawan dan daun pandan. Tumis lagi.
4. Apabila bawang sudah garing, masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam. Kacau seketika.
5. Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Hidupkan api atau tekan suis periuk nasi elektrik.
6. Biarkan nasi masak. Apabila nasi sudah agak kering, titikkan pewarna.
7. Tabur kismis dan bawang goreng.
8. Biarkan 5 minit kemudian baru gembur-gemburkan nasi dengan menggunakan garpu supaya nasi tidak patah-patah.
Nasi adalah makanan ruji yang tidak mungkin kita tinggalkan. Bermula dari sarapan hingga ke makan malam. Pendek kata, kalau tak makan nasi umpama tak makanlah satu hari. Sebut apa sahaja menu berasaskan nasi semua akan menjadi kegemaran ramai. Namun majoriti masyarakat Malaysia sudah biasa menggunakan beras putih sahaja sedangkan terdapat beberapa jenis beras yang bila dimasak bukan sahaja enak malah lebih berkhasiat.
Antaranya beras merah Primera. Sudah beberada di pasaran tempatan sejak tahun 2017, namun masih ramai masyarakat Malaysia masih belum tahu kewujudan beras istimewa berwarna merah ini. Masih ramai yang belum mengetahui bahawa beras merah ini mempunyai banyak kebaikan dan khasiat yang tinggi tanpa perlu mengenepikan sajian kegemaran anda. Dengan beras merah ini, anda boleh memasak apa sahaja menu yang biasa dimasak menggunakan beras putih.
Mungkin ada yang menganggap masakan menggunakan beras merah adalah begitu janggal, tetapi sebenarnya, beras merah boleh menjadi hidangan yang sangat sedap dengan cara memasak yang betul. Malah sajian harian seperti Nasi Lemak boleh menjadi lebih istimewa, lebih sihat untuk seisi keluarga.
Selain daripada mempunyai kandungan antosianin yang berfungsi mengurangkankeradangan dan alergi, beras merah mampu untuk mengurangkan risiko kanser dan menurunkan berat badan. Jika anda ingin berdiet dan mengamalkan gaya pemakanan sihat tanpa meninggalkan nasi, beras merah rendah GI ini adalah solusi yang paling tepat.
MEMILIH BERAS MERAH YANG TERBAIK
Beras Merah Primera, adalah pilihan terbaik kerana mempunyai nilai GI rendah, tinggi dengan serat dan kaya dengan kandungan antioksidan. Kenapa perlunya untuk pilih beras yang nilai GI rendah?
Buat anda yang masih baru dengan penggunaan beras merah, kandungan GI yang rendah sangat membantu dalam menunjukkan keupayaan relatif kandungan karbohidrat dalam makanan yang meningkatkan kadar glukosa dalam darah.
Jadi maksudnya di sini, GI adalah sistem pengukuran yang diberikan kepada makanan untuk menggambarkan seberapa cepat karbohidrat dicerna dan diserap ke dalam saluran darah. Dan apa yang menarik, nilai GI dalam beras merah Primera adalah yang terendah iaitu 46, berbanding nilai piawai yang ada dalam beras lain.
Apa yang boleh dikatakan, makanan dengan nilai GI yang rendah akan dicerna secara perlahan menyebabkan kadar kenaikan kadar gula dalam darah menjadi perlahan dan stabil, seterusnya akan mengurangkan risiko menghidapi diabetes.
TIP MEMASAK BERAS MERAH MENJADI LEBIH SEDAP
Bagi yang pertama kali makan beras merah, akan merasa janggal dengan rasa beras merah kerana lidah kita sudah biasa dengan nasi putih. Dengan teknologi yang ada sekarang ini, kualiti beras merah telah dipertingkatkan dengan rasa yang sangat premium dan sedap.
Malah sangat sesuai untuk dimasak bagi juadah masakan Malaysia seperti nasi lemak, nasi impit dan juga bubur! Memang cara terbaik untuk menjaga pemakanan di rumah, selain daripada bersenam mengeluarkan peluh.
Cara untuk memasak beras merah ini sangatlah mudah. Hanya perlukan masukkan 2.5 cawan air bagi 1 cawan beras merah dan dimasak selama 25 minit dengan periuk nasi elektronik. Jika inginkan tekstur yang lebih lembut, anda boleh tambahkan air kepada 3 cawan.
Sukatan untuk masak nasi lemak menggunakan beras merah ialah:
1 cawan beras merah + 2 cawan santan. Dengan sukatan yang mudah ini, anda dapat menikmati hidangan nasi lemak yang bukan sahaja sedap, malah lebih sihat dan segar.
Nasi Impit menggunakan beras merah juga tidak kurang enaknya apa lagi jika dinikmati bersama kuah kacang atau lodeh. Sukatan untuk membuat nasi impit menggunakan beras merah ialah: 1 cawan beras merah + 4 cawan air.
Ramai daripada kita juga suka makan bubur nasi. Sama ada dibuat kosong dan dimakan dengan aneka lauk dan sambal atau dijadikan bubur lambuk. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna sukatan bagi membuat bubur menggunakan beras merah ialah:1 cawan beras merah + 1 liter air.
RESIPI ISTIMEWA MENGGUNAKAN BERAS MERAH
MANGO RED RICE DESSERT
Beras merah sememangnya gandingan serasi dengan santan kerana ia mempunyai rasa kekacang. Namun jika anda tidak sukakan mangga, boleh ditukarkan kepada pisang, betik, durian ataupun nanas. Malah boleh disejukkan dahulu sebelum dihidang.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras merah Primera Mangga 1 cawan santan 1 sudu besar gula perang ¼ sudu kecil garam Himalayan 2 ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Basuh dan rendamkan beras merah Primera selama satu jam. Kemudian, toskan. 2.Di dalam bekas yang lain, masukkan beras, air, santan, garam dan gula perang. Kacau sebati. 3. Kemudian, masak di atas dapur selama 30 hingga 45 minit. Ketepikan.
BAHAN SOS:
1 cawan santan 3 sudu besar gula perang
CARA MEMASAK:
1.Menggunakan mangkuk, masukkan santan dan gula perang. Kacau hingga sebati. Kemudian masak di atas dapur selama lima minit atau sehingga menjadi pekat. 2.Hidangkan bersama nasi merah dan mangga.
NASI ULAM
BAHAN A (untuk nasi)
2 cawan beras merah 5 cawan santan 2 batang serai ( dititik) 3 keping daun limau purut 1 helai daun salam Garam secukupnya.
CARA MEMASAK:
1. Masak beras merah bersama santan, garam, daun salam, serai serta daun limau purut. 2. Masak nasi seperti masak nasi lemak. Sejukkan nasi yang dimasak untuk beberapa jam.
BAHAN-BAHAN B
6 jenis ulam-ulaman (diracik halus ) 2 biji kuning telur asin (dicincang halus) 2 cawan isi ikan tenggiri goreng (dicarik halus) 1 cawan udang kering digoreng dan dikisar halus 1 cawan bawang goreng 1 cawan kerisik 4 batang serai (dihiris halus) 2 bunga kantan (dihiris nipis) 6 helai daun limau purut (dihiris nipis) 4 sudu besar sambal belacan 1/4 cawan budu 2 helai daun kunyit (dihiris halus) 8 biji limau nipis Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, gaul nasi beras merah yang dimasak tadi bersama semua bahan B. 2. Gaul sampai rata dan secukup rasa. Perahkan air limau nipis dan sajikan.
KEK BERAS MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras merah Primera ¼ cawan tepung beras pulut 50ml air ¼ cawan gula organik Buah kering (dried fruit)
CARA-CARA:
1.Masukkan beras merah dan tepung beras pulut di dalam mangkuk. 2. Kemudian, masukkan air. Gaul sehingga ia betul-betul sebati. 3. Selepas ia sebati, ayakkan adunan tadi. Kemudian, masukkan gula dan kacau rata. 4. Menggunakan bekas atau mangkuk kecil, masukkan campuran buah kering di dasarnya. 5. Kemudian, masukkan pula adunan sehingga penuh. Tekan untuk bagi adunan padat sepenuhnya. 6. Panaskan kukusan. Kukus selama 20 minit.
NASI BUKHARI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras merah 3 sudu besar minyak zaitun 1 cawan bawang besar Holland | dipotong dadu 1 cawan lobak merah | dipotong panjang-panjang 1 cawan kacang kuda (separa masak) ¼ sudu teh garam Himalaya ½ sudu teh serbuk kayu manis 2 helai daun salam (bay leaf) 1 sudu teh serbuk jintan 1 sudu teh buah pelaga ½ sudu teh lada hitam | ditumbuk ½ sudu teh serbuk buah pala ¼ sudu teh cengkih 2 ½ cawan air rebusan sayur Kacang panggang Kismis Ketumbar
CARA-CARA:
1. Basuhkan beras merah Primera. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan lobak merah. Kacau rata sehingga lobak menjadi lembut. 3. Masukkan serbuk kayu manis, bay leaf, serbuk jintan, buah pelaga, lada hitam, serbuk buah pala dan cengkih. Kacau sebati. 4. Kemudian, masukkan kacang kuda dan beras merah. Kacau sehingga semuanya sebati antara satu sama lain. 5. Masukkan air rebusan sayur. Kacau lagi. Masak sehingga ia mendidih. Kemudian, perlahakan api dan masak lagi selama 40 minit. 6. Hidangkan dengan kacang panggang, kismis dan daun ketumbar.
DI MANA BOLEH DIDAPATI?
Beras merah Primera ini sangat senang untuk ditemui kerana boleh didapati di pasaraya terpilih seperti Tesco, AEON Big, Village Grocer, Giant, MyDin, The Store, C-Mart dan juga pembelian secara dalam talian di Shopee dan Lazada di link ini http://mylink.la/primera
Hidangan Nasi Goreng ni memang popular di seluruh Asia. Selain negara kita Indonesia, Thailand, China dan beberapa negara lain memang hidangan ini jadi kesukaan ramai penduduknya.
Tetapi jika diimbas sejarah, sebenarnya ia berasal dari negara China. Apapun inilah hidangan yang sesuai dimakan bila-bila waktu, makan tengahari ke, makan malam, petang boleh aje.
Nah ini 3 resipi nasi goreng dari Indonesia dan Thailand. Buat sendiri boleh ulang makan banyak kali kan.
1. NASI GORENG KAMBING INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging kambing, dihiris tipis atau dipotong dadu kecil
450gm nasi sejuk
Minyak masak secukupnya
100ml air rebusan daging kambing
2sm kayu manis
1 helai daun bay
Bahan Kisar:
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah
2 biji cili padi
¼ sudu teh serbuk kunyit
¼ sudu teh jintan
2 biji buah pelaga, haluskan
2 kuntum bunga cengkih
Kicap manis secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali 2. Masukkan kayu manis, daun bay dan bahan-bahan kisar, tumis sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan daging kambing ke dalamnya, kacau rata dan biarkan seketika. 4. Masukkan pula air rebusan kambing, biarkan mendidih sampai daging kambing empuk dan kuah pekat. 5. Masukkan nasi dan kicap serta garam ke dalamnya, kacau sehingga rata sehingga nasi mula kelihatan mengering. 6. Angkat dan sedia untuk disajikan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Kacau goreng Jenis masakan : Inspirasi sajian Indonesia Keistimewaan : Sesuai untuk sarapan, tengahari petang, mahu pun malam Anggaran kos : RM15
Info Chef : Nasi goreng berempah yang lazat dengan ramuan daging kambing berempah.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
150 gm nasi putih
2 biji telur ayam
5 ekor udang harimau
5 keping isi ayam /dihiris
1 ekor sotong putih/dihiris
2 ulas bawang putih /dititik
2 biji bawang merah/ dihiris
5 ekor udang kering/ditumbuk
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu teh kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
Telur sarang
Keropok udang
Acar mentah
Chicken boxing
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur. 3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi. 4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa 5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. NASI GORENG TOM YAM
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1/4 bawang besar
75 g isi ayam
5 ekor udang
3 sudu besar sayur campuran
1/2 sudu besar pes tom yam
250 g nasi sejuk
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit perahan jus limau
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ½ sudu minyak dalam kuali dan goreng telur yang dipukul cara dadar. 2. Potong telur dadar dalam kepingan kecil. Ketepikan. 3. Panaskan baki 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali. Masukkan bawang ke dalam kuali dan tumis sehingga wangi. 4. Masukkan ayam, udang dan kacau sehingga ia separuh masak, diikuti dengan sayur campuran. 5. Masukkan pes tom yam dan kacau sebati sebelum masukkan nasi sejuk. 6. Tambah sos ikan dan telur ke dalam kuali. Kacau secara berterusan untuk rasa yang sebati dengan semua bahan-bahan. 7. Sendukkan nasi goreng yang telah siap dan masukkan perahan jus limau. 8. Siap untuk dihidangkan.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!