Pernah cuba Sambal Santan Tumis Berlada? Menurut saudara Ju, hidangan ini adalah masakan Terengganu lama dan resipinya dikongsi dari arwah nenek. Hanya menggunakan cili sebagai ramuan utama, sambal ini kelihatan sangat enak. Pesannya lagi, jika mahu rasa yang lebih pedas, boleh tambahkan cili padi mengikut selera. Jom cuba resipi sambal tradisional ni. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan cili kemudian buang biji. Hiris jadi 3-4 bahagian.
2. Cili yang telah dihiris akan kelihatan lebih kurang macam ni. Tapi cili tu kalau dipotong bahagi 2 lagi bagus kerana urat cili tak jadi panjang sangat. Didihkan air anggaran tenggelamkan separuh cili.
3. Didihkan cili sehingga menjadi lembut.
Ads
4. Anggarannya sehingga 1/3 air kering.
5. Masukkan santan. Masukkan juga bawang merah dan halia yang dihiris nipis. Nak letak ikan bilis pun boleh pada waktu ini.
7. Bila sambal telah kering begini, boleh masukkan petai jika suka. Teruskan masak dan keringkan lagi hingga naik minyak.
8. Santan Tumis Berlada siap disediakan. Jika guna santan segar, anda akan lihat hasilnya yang lebih berminyak. Guna santan kotak, hasilnya tidak terlalu berminyak.
Ads
9. Santan Tumis Berlada sedia dinikmati bersama dengan nasi.
INFO: Disarankan masak menggunakan santan segar untuk hasil yang berminyak. Bila diselaputi minyak, sambal akan tahan 2-3 minggu tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba.
Nak masak resipi Kam Heong ni sebenarnya sangat mudah! Nampak je macam rumit tapi sekali dah siap masak sekelip mata je settle. Rasa masakan Kam Heong ni memang unik. Rasa manis pedas yang seimbang dari kuah tumisannya pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Paling ngam makan dengan nasi panas lauk ni boleh bertambah nasi.
Boleh juga tukar ke ayam jika tidak gemarkan udang sebagai lauk utama. Jom cuba!
UDANG KAM HEONG
BAHAN-BAHAN:
8 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Sedikit kicap manis
1 sudu serbuk kari
Serbuk kunyit
Udang
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Potong bawang merah dan bawang putih dalam bentuk dadu.
Perap udang dengan serbuk kunyit, garam dan gula.
Dalam kuali, goreng udang separuh masak dan ketepikan.
Tumis kesemua bahan tumis sehingga garing, jangan sehingga hangit.
Masukkan serbuk kari, sos cili, kicap dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan udang. Kacau sebati sekejap sahaja sebab udang dah separuh masuk. Garam tak perlu sebab masa perap udang tadi dah letakkan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan dan aroma.
Sebut menu kambing ramai yang tidak makan daging ini, tapi jika kena gaya masak dan ramuannya hidangan ini sangat sedap. Apa kata anda cuba masak kari kambing ala India ini. Biarpun tanpa santan, rasanya tetap memukau, tidak pedas dan daging kambing ini langsung tidak ada bau hamis. Jadi jangan lupa cuba menu yang sedap ini.
KAMBING VANDALOO
Bahan-bahan:
500gm daging kambing-potong dadu
1 biji tomato-kisar
3 tangkai cili merah -kisar
1 tangkai daun pudina-kisar
3 pokok ketumbar-kisar
4 ulas bawang merah-hriis
4 ulas bawang putih-hiris
3cm halia-hiris halus
1batang serai-titik
3 sudu besar rempah kari
Rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelage)
250gm yogurt
200 ml susu segar
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MASAK:
Bersihkan daging kambing dengan tepung dan perahan limau nipis, Gaul rata dan bersihkan dengan air. Kemudian tos.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, bersama serai dan bahan hiris hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar bersama rempah kari, kacau rata sehingga pecah minyajk.
Masukkan pula daging kambing, kacau hingga daging kecut.
Tuangkan susu cair bersama yogurt dalam masakan, kacau rata.
Kecilkan api, biarkan mereneh hingga pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Pernah tak berlaku situasi macam ni kat korang? Tiba-tiba orang datang depan rumah, bagi salam. Tengok-tengok kakak sekeluarga datang ke rumah. Kadangkala memang ada tetamu yang datang tanpa diduga. Alamak, di rumah tak ada apa nak dimasak kecuali makanan sejuk beku.
Jangan risau, jangan gundah. RASA berikan anda resipi mudah yang boleh dibuat menggunakan makanan
sejuk beku. Rahsianya, anda perlu kreatif je.
SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 labu bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Sedikit bunga lawang dan kayu manis
1 peket bebola daging
2 biji kentang (dipotong 8)
3 cawan air
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng (jika ada)
CARA MEMASAK
1) Panaskan sedikit minyak masak.
2) Masukkan bawang merah dan bawang putih berserta dengan bunga lawang dan kayu manis.
3) Tumis sehingga naik bau.
4) Masukkan kentang dan bebola daging. Tumis sekejap.
5) Masukkan air. Tunggu sehingga mendidih.
6) Masukkan daun sup dan bawang goreng.
KEBAB DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang merah (potong dadu)
1 biji bawang putih (potong dadu)
2 keping daging burger
Sedikit sos cili
Sedikit sos lada hitam
2 keping roti kebab
Sedikit mayones
CARA MEMASAK
1) Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2) Masukkan daging burger. Masak kira-kira 2 minit.
3) Masukkan sos cili dan sos lada hitam.
4) Gaul sehingga rata. Angkat.
CARA PENYEDIAAN
1) Bakar sekejap roti kebab di atas kuali leper.
2) Angkat roti dan masukkan inti daging burger.
3) Hiaskan dengan mayones. Hidang.
KEK IKAN MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN 2 biji barang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
5 keping kek ikan
1 cawan santan (atau susu cair)
Sedikit garam
2 batang kacang panjang (hiris serong)
1 biji cili merah (hiris serong)
1 biji telur ayam
CARA MEMASAK
1) Tumis bawang merah dan bawang putih.
2) Masukkan kek ikan. Tumis sekejap.
3) Masukkan santan atau susu cair.
4) Masukkan garam. Masukkan kacang panjang dan cili merah.
5) Biarkan mendidih.
6) Pecahkan telur ayam. Kacau. Tutup api. Biarkan seketika. Angkat dan hidangkan dalam mangkuk.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!