
Isi Kandungan
ToggleSambal ikan pari kering ini memang sedap. Cuma lauk ini dah jarang dibuat memandangkan ikan pari kering ini pun sukar diperoleh.
Tapi kalau terjumpa sila beli dan buat sambal ini. Sedapnya lain macam. Hidang dengan nasi panas dan ulam pun dah cukup. Tak perlu lauk banyak barulah menikmati keenakannya.
Resipi sambal ikan pari kering
Bahan-bahan
Ikan pari kering (nipis lebih sedap & cepat garing)
1 biji bawang besar – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
5 sudu makan cili kering kisar
Garam secukup rasa (ikut masin ikan kering)
Sedikit serbuk perasa(jika suka)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2. Masukkan ikan pari kering yang sudah dibasuh bersih. Goreng guna api kuat hingga garing.
3. Angkat ikan pari yang dah garing, ketepikan.
4. Kurangkan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris sampai naik bau.
5. Masukkan cili kering kisar, tumis sampai pecah minyak dan betul-betul garing.
6. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa
7. Akhir sekali, masukkan semula ikan pari goreng tadi. Gaul rata sampai sambal serap cantik.
8. Siap! Sedia dihidang panas-panas dengan nasi putih.
Tip Ekstra
- Boleh tambah hirisan bawang besar mentah di akhir sekali kalau suka rasa manis segar bawang.
- Kalau suka sambal lebih berkuah, tambah sikit air masa tumis cili.
- Nak lagi umphh? Tumbuk sedikit ikan bilis goreng dan gaul sekali dengan sambal.
Kredit resipi & foto: Zizah Mizie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rendang Asam, Tak Pedas Tapi Sedap. Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Isi Kandungan
ToggleRendang asam atau ikan masak asam perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid ini merupakan lauk kegemaran keluarganya. Hidangan ini katanya boleh menggunakan apa jua jenis ikan.
Sama ada ikan talang segar, ikan masin, ikan gelama malah ikan bilis pun boleh. Menu ini boleh dikatakan mesra keluarga. Dari orang tua sampai kanak-kanak boleh menikmatinya kerana tidak pedas.
Sesuai juga jadi lauk wanita dalam pantang kerana halia membuang angin. Cuma untuk wanita berpantang tidak diletak santan atau cili. Masakan ini ringan dan tidak mengganggu perut mahupun susu badan.
Cara buat rendang asam
Bahan-bahan
Ikan goreng
4 biji bawang besar – dihiris
7 ulas bawang putih – hiris kasar
2 biji cili hidup (merah) – potong serong
2 biji cili muda (hijau) – potong serong
Air asam jawa secukupnya
2 in halia – potong batang mancis
Cara memasak rendang asam
- Tumis semua bahan sehingga bawang layu. Tambah air asam jawa/ pes asam jawa secukup rasa.
2. Tambah ikan yang sudah digoreng.
3. Perasakan dengan bahan perasa (garam dan asam jawa) secukupnya. Gaul rata dan tutup api. Sedia dihidangkan.
TIP
Rendam asam ini sedap dimakan dengan nasi panas. Jika mahu lebih pedas, hidang dengan sambal belacan. Lauk ini akan jadi lebih sedap jika dimasak lebih awal kerana rencahnya akan sebati dengan ikan. Boleh juga masukkan biji sawi dalam hidangan.
Kredit resipi & foto: Siti Hazneza binti Abdul
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
5 Juadah ‘Istana Terengganu’ Dari Tengku Norziehan Tengku Muda

Buat warga Selangor dan Kuala Lumpur kini terdapat pilihan untuk menikmati sajian asli Terengganu di Restoran Gamelan, Oasis Square, Ara Damansara, Petaling Jaya. Di antara tarikan makanan di sini Nasi Minyak Terengganu, Laksa Merah, Gulai Daging dan bermacam lagi sajian asli Terengganu
Sesuai dengan namanya Gamelan alat muzik istana, pemiliknya Tengku Norziehan Tengku Muda mempelajari sendiri sajian makanan dari bekas Chef Istana Terengganu. Memang sedaplah lauk pauk di sini, apakata anda cuba sendiri.
1. NASI MINYAK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmati (rendam setengah jam terlebh dahulu dengan air )
- 4 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 1 biji limau nipis/perah airnya
- 1 biji bawang besar/dimayang bulat
- 2 helai daun pandan
- 1 kulit kayu manis
- 1 bunga lawang
- ¾ cengkih
- 4 biji pelaga
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak sapi
- 4 sudu makan minyak biasa
- Beberapa titik pewarna merah
- Beberapa titik pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak biasa dan minyak sapi dalam periuk.
2. Masukkan rempah tumis empat sekawan, bawang besar dan daun pandan (simpulkan).
3. Bila naik bau, masukkan air, susu cair, susu pekat,garam dan air limau nipis.
4. Setelah mendidih masukkan beras.
5. Bila hampir kering, renjiskan beberapa titik pewarna merah dan kuning
6. Kacau rata dan biarkan nasi masak,
INFO CHEF : Jika anda ingin memasukkan sedikit mentega atau marjerin, kurangkan kuantiti minyak masak atau tanpa minyak masak
Saiz hidangan : 13 orang
Keistimewaan : Nasi minyak beraroma ini sungguh lazat dimakan dengan lauk gulai Terengganu, lauk masak merah mahupun dalca.
2. GULAI DAGING NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg daging/dipotong kiub
- 4 sudu makan rempah kurma (rempah gulai nasi minyak Terengganu)
- 3 biji bawang besar/dikisar
- 5 sm halia/ dikisar
- 1labu bawang putih
- 1 tin susu cair
- 2 tin air biasa (bekas tin susu cair)
- 3 sudu makan sos tomato
- 4 biji kentang/ dibelah empat
- ½ kg bawang merah/ dihiris dan goreng hingga garing (simpan minyak goreng bawang 1 senduk untuk masak kuah)
- 3 helai daun pandan
- 1 senduk minyak bawang goring
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan cili boh
- 3 sm kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK :
1. Campurkan dan gaulkan daging dengan bahan kisar, rempah kurma, rempah,cili boh, bawang goreng (diramas-ramas) dan semua bahan tadi masukkan ke dalam periuk.
2. Panaskan minyak bawang goreng dan minyak sapi bersama daun pandan dalam periuk. Masukkan rempah penumis kayu manis, bunga cengkih ,pelaga, bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukkan daging bersama bahan kisar, rempah kurma, rempah,cili boh, bawang goreng(diramas-ramas) ke dalam periuk.
4. Masak sehingga mendidih, dan sentiasa kacau hingga masak.
5. Bila daging empuk, boleh dikecilkan api dan reneh seketika.
6. Gulai sedia dihidangkan.,
INFO CHEF : Gulai daging Terengganu menggunakan bawang goreng menyebabkan ia beraroma harum dan lebih perisa.
Saiz hidangan : 13 orang
Keistimewaan : Gulai daging Terengganu dimasak tanpa santan, jadi ia tidak muak
3. SINGGANG IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN :
- 3 ketul isi ikan tongkol yang sederhana besar
- 2 biji bawang merah /dimayang halus
- 4 ulas bawang putih /dimayang halus
- 2 sm lengkuas /dimayang halus /dimayang halus
- 2 sm kunyit hidup /dimayang halus
- 1 ½ sudu teh garam
- 2 keping asam keeping
- 5 biji cili siam
- 4 gelas air (220 ml) air untuk rebus ikan
- Sedikit gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ikan tongkol ke dalam periuk bersama dengan 4 gelas air untuk merebus ikan.
2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang tadi.
3. Masukkan asam keping kemudian biarkan ia mendidih selama 10 minit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila dah masak masukkan pula cili siam hijau tadi.
6. Masak dalam 5 minit dan matikan api.
7. Singgang ikan tongkol siap dihidang.
INFO CHEF : Resipi ini mudah disediakan, tak perlu ditumis dan boleh dimasukkan semua bahan sekali kecuali cili letak paling akhir.
Saiz hidangan : 13 orang
Keistimewaan : Rasanya segar dan masam serta pedas pasti membangkit selera
4. ROJAK BETIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN ROJAK :
- ½ biji betik muda /diparut (saiz sederhana)
- ½ biji nenas /dihiris nipis
- 1 biji timun /dihiris nipis
- Taugeh (opsional)
BAHAN KUAH:
- 6 ekor ikan kembung atau ikan selayang/direbus dan dikisar
- 750 ml air
- 3 sudu makan cuka
- 2 ketul gula melaka
- 5 ½ sudu makan cili boh
- 5 sudu makan gula
- 2.5 sm belacan
- 6 biji cili padi
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara sediakan bahan rojak:
1. Parut betik dan rendam di dalam bekas berisi air.
2. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik.
3. Rendam 15 minit, bilas dan toskan.
4. Hiris nipis timun dan nenas. Boleh meletakkan taugeh jika suka.
Cara masak kuah:
1. Masukkan ikan yang telah ditumbuk lumat isinya ke dalam periuk.
2. Kemudian ambil periuk lain dan masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.
3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Tuangkan kuah ke atas bahan rojak . Rojak betik sedia dinikmati.
INFO CHEF : Jangan tuangkan isi ikan terus ke dalam kuah untuk mengelakkan ikan berketul.
Jenis masakan : Laksa
Keistimewaan : Rojak betik ini sedap dimakan dengan keropok dan kuah rojak yang sejuk.
5. AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN :
- 4 ketul isi ayam (digoreng/direbus)
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 sm halia
- Sedikit garam
*Semua bahan ditumbuk lumat dan gaul dan lumurkan pada ayam. Perap dahulu sebelum ayam digoreng atau direbus (separuh masak)
BAHAN KUAH
- 1 sudu makan halba
- 3 ulas bawang merah/ dikisar
- 1 batang serai/ dihiris halus dan dikisar
- 2 ulas bawang putih /dikisar
- 1.5 sm halia/dikisar
- 3 sudu makan cili boh
- 1 ½ sudu gula
- 3 cawan santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Nyalakan api dan masukkan santan dalam kuali.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam santan. Masukkan garam, gula secukup rasa.
3. Masukkan ayam kemudian biarkan ia mendidih sehingga kuahnya pekat.
4. Biarkan ia pekat dan kemudian taburkan halba ke atas ayam percik tadi.
5. Ayam percik siap dihidang
INFO CHEF : Ayam juga boleh dipanggang.
Saiz hidangan : 6 orang
Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa.
RESEPI : Tg Norziehan Tg Muda, Muhammad Syamil Othman, Muhammad Syaqir Othman
Terima kasih : RESTORAN GAMELAN, Blok B-G-05, Blok No 2, Jalan PJU 1A-7A, Oasis Square, Ara Damansara,47301 Petaling Jaya, Selangor
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade

Suka maka Ikan Masin? Ada juga yang panggil Ikan Budu @ Ikan Jeruk. Sangat sedap dan membuka selera lebih-lebih lagi jika dimasak tatkala bulan puasa. Ramai suka guna ikan masin begini dalam masakan seperti Nasi Goreng, gulai dan bermacam-macam lagi. Banyak je yang dijual di pasar tapi andai diperhatikan, ada juga ikan masin yang dijeruk atau diperap tanpa dibuang perutnya. Kotor kan tu. Saudara Wan Muhammad Hafiz Satar ada kongsikan cara-cara buat ikan masin Ikan budu / ikan jeruk secara homemade yang lebih bersih. Barulah boleh makan tanpa rasa was-was. Selamat mencuba!
BUAT SENDIRI IKAN MASIN/ IKAN BUDU/ IKAN JERUK SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Ikan segar
- Garam kasar – beli online disini
CARA MEMBUAT:
1.Bersihkan ikan terlebih dahulu dengan membuang segala kekotoran.
2.Tabur garam kasar di dasar bekas sampai menutupi kesemua permukaan.
3.Susun ikan dan sumbat garam kasar ke dalam perut ikan.
4.Kemudian taburkan garam kasar lagi sampai menutupi ikan pula.
5.Susun ikan lagi dan ulang langkah 3 dan langkah 4.
6.Bila sudah siap semua, bolehlah tutup bekas dan simpan di ruangan bersuhu bilik selama 3 hari.
7. Dalam tempoh ini, ikan jeruk akan berair disebabkan garam mencair. Balik-balikkan ikan supaya posisi ikan berada dibawah bersama air dan garam diatas.
8. Selepas 3 hari, untuk pastikan kesegaran, simpan ikan dalam peti sejuk. (jangan letak di bahagian freezer, nanti ikan beku)
9. Selepas 5 hari, ikan jeruk sudah boleh digunakan untuk masakan.
10. Air garam yang digunakan untuk perap ikan tu, boleh diasingkan dan dijadikan sebagai sos ikan untuk dimasukkan dalam sebarang masakan. Jangan buang ya… tak elok membazir.
Nota: Ikan tidak membusuk bila disimpan dalam suhu bilik dalam tempoh 3 hari. Ini kerana garam akan melebur jadi air dan ikan akan terendam dalam air garam. Dalam tempoh tu kita kena balik-balikkan ikan biar ikan dibawah bersama air dan garam yang masih menutupi ikan.
Kredit resipi & foto: Wan Muhammad Hafiz Satar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official