Pulut Pagi atau juga dikenali dengan nama Pulut Manis adalah salah satu menu tradisional orang dulu-dulu. Di sesetengah tempat seperti di negeri-negeri Pantai Timur, sajian ini mudah didapati dan dimakan sewaktu sarapan.
Beras pulut bila dimasak, biasanya akan melekat di periuk dan meninggalkan kerak. Memang rugi. Bagi anda yang nak masak Pulut Pagi ni, tipnya adalah dengan mengukus pulut. Memang lembut, sedap malah tak membazir. Ha…Dah tahu petua, pasti rasa nak cuba masak Pulut Pagi resipi Opah Mas Cotek ni kan? Begini cara-caranya.
CARA MASAK PULUT PAGI / PULUT MANIS YANG LEMBUT & SEDAP
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula kerek, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga gula larut. 2. Sejukkan air gula kemudian tapis. Ketepikan seketika. 3. Kukus beras pulut hingga masak. Anggaran masa lebih kurang 25 minit.(beli PERIUK KUKUSAN MURAH disini) 4. Angkat pulut dan arun dengan air gula tadi hingga rata. Kukus lagi selama 10 minit. 5. Angkat pulut dan hidangkan bersama kelapa parut.
Antara menu tradisi berasal dari Pekan, Pahang yang diketahui ramai adalah Puding Raja, opor daging dan laksa Pahang. Tapi yang satu ini jarang didengar iaitu sup kicap.
Menurut Echot Aisyah Meor Zahid sup kicap ini antara lauk istimewa yang dihidangkan ketika kenduri kendara di Pekan Pahang dan selalu dinanti. Bagi yang teringin merasai keenakan sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi.
Cara buat sup kicap
Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
2 senduk kecil cili kisar
Daging / Tulang
Bawang besar potong 4
Ubi Kentang (jika suka
Cili padi (jika suka
Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
Sedikit gula melaka
Cara membuat
1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.
2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.
3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.
4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.
5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.
6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.
Makanan laut yang segar memang manis dan tak pernah jemu menikmatinya. Cuti hujung minggu ni memang sedap kalau menjamu selera dengan makanan laut. Ni min kongsikan resipi gerenti sedap dari Shezlina Othman.
Jadi kalau terasa nak makan seafood, jom cuba buat sendiri. Shezlina Othman dari Restoran Rasa Wau, Sunway Giza ada inspirasi menu untuk dikongsi.
1.KETAM DAUN KARI
BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam | anggaran 3 ekor
BAHAN DITUMBUK :
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering | direndam sebelum ditumbuk
BAHAN LAIN:
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering | dipotong 3.5 sm
1/2 cawan stok kari | (iaitu serbuk kari yang ditumis bersama * gunakan minyak )
*(1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 sm halia, 1 asam keping, 1/2 kotak santan, air secukupnya, 7 sudu makan rempah kari, dan sedikit rempah 4 sekawan)
Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak. 2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 3. Masukkan stok kari, daun kari serta cili kering dan goreng kacau selama 4 minit. 4 Tambah sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati, perasakan dengan garam dan gula. 5. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos. 6. Perasakan dengan garam dan gula,masak hingga kuah pekat 7. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Gabungan rasa kicap berempah yang lazat
INFO : Pilih ketam yang segar dengan daging yang pejal untuk mendapatkan isi ketam yang manis dan enak.
2.FILLET SIAKAP MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | diketuk
3sm halia | dihiris halus panjang
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
Sepotong nenas | dipotong kiub
1/2 cawan sos tomato
1 sudu teh sos ikan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
8 biji cili padi merah dan hijau
Sedikit daun bawang | dihiris halus
Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung. 2 .Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak 4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas. 6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Cara memasak : Goreng dan tumis Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO: Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
3.KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN :
5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
1 cawan beras pulut
1/2 cawan setengah santan
6 ulas bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dimayang
1/2 sudu teh halba
2 batang serai | diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong 2 .Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam. 3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi. 4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan. 5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit. 6. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 7 orang Masa memasak : 35 minit Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan
INFO : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
TERIMA KASIH : RESTORAN RASA WAU, Sunway Giza, Block C-11-G, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Ayam masak goreng kari dan kentang ini memang sedap kalau dimakan waktu berbuka atau pun waktu sahur. Aroma semerbak karinya buat terbuka selera. Nak pancing selera anak-anak di awal pagi, sesuai masak masakan ini. Harum semerbak satu rumah akan buat anak-anak terjaga.
Masakan ini jenis kering dan tak berkuah seperti masak kari biasa. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Cahaya Kasih Firdausi ini ye. Selamat mencuba!
Ayam Masak Goreng Kari Dan Kentang Sedap Dimakan Waktu Sahur
Kisar separuh bawang putih, separuh bawang merah, halia dan cili padi hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam yang telah dilumur serbuk kunyit dan garam hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Goreng pula ubi kentang hingga masak. Angkat, tos dan ketepikan.
Boleh menggunakan minyak yang sama, tumis serai, hirisan bawang Holland, bawang merah hiris dan bawang putih hiris serta daun kari hingga terbit bau wangi.
Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi.
Setelah itu, masukkan pes kari dan tumis lagi hingga terbit wangi dan naik minyak.
Perasakan dengan garam secukupnya. Bolehlah masukkan ayam goreng dan kentang goreng. Gaul sekata. Siap!
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...