Kalau dah biasa buat ayam goreng, apa kata kali ini buat ayam varuval pula untuk hidangan makan tengahari.
Varuval ni, maksudnya garing. Walaupun kering tapi garing dan berperisa. Enak dimakan walau hanya nasi tanpa kuah.
Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, sangat senang untuk disediakan. Jom kita buat!
AYAM VARUVAL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 4 atau boleh potong kecil-kecil 1 ketul halia saiz sederhana – beli online di sini 2 sudu besar minyak kelapa 6 biji bawang putih – beli online di sini Kunyit | kisar/tumbuk *ratakan bahan pada ayam bersama sedikit serbuk kunyit, serbuk kari ayam dan garam. Perap ayam ½ jam dan simpan dalam peti. Setelah perap, bolehlah goreng seperti biasa. Ketepikan.
Minyak kelapa KriAyur secukupnya 1 batang kulit kayu manis 2 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga Secubit biji sawi 5 biji bawang besar | dimayang 3 biji bawang putih | dicincang 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging babas – beli online di sini 3 sudu besar serbuk kari ikan – beli online di sini 3 sudu besar serbuk cili babas 3 tangkai daun kari 5 tangkai cili kering | dihiris pendek – beli online di sini 3 helai daun pandan | disimpul 2 sudu besar serbuk lada putih 1 sudu kecil kicap pekat @ boleh guna 2-3 sudu besar kicap lemak manis Garam, gula secukup rasa & sedikit air
BAHAN SANGAI & TUMBUK HALUS:
2 sudu besar biji ketumbar 2 sudu besar jintan putih 1 sudu besar jintan manis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak biasa bersama 4 sudu besar minyak kelapa KriAyur. 2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji sawi. Setelah terbit bau masuk pula bawang besar, bawang putih tumis hingga sedikit perang.
Keenakan ayam panggang bergantung kepada bahan perapan, jika anda dan keluarga menggemari ayam panggang, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini, sangat mudah bahan perapannya juga simple. Tak rugi cuba, hasilnya gerenti sedap. Lepas ni anda dah tak perlu beli lagi. Kan jimat tu..
AYAM PANGGANG LADA HITAM BAHAN A: 1/2 ekor ayam | cuci bersih & toskan BAHAN B (KISAR): 1 batang serai 5 ulas bawang putih Sedikit halia BAHAN C (kuantiti sesuai selera ye) Sedikit sos tiram Sos cili Sos tomato Serbuk kunyit Lada hitam serbuk Lada hitam hancur Sedikit lada putih Garam Sedikit minyak masak @ minyak bijan 1 sudu besar marjerin BAHAN D; Gula atau madu secukupnya
CARA MEMBUAT:
Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Masukkan bahan D. Boleh skip kalau tidak suka, saya letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je.
Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi.Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Kredit: Dani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biasanya buat bihun kita letak banyak rencah, ayam, udang, sotong, fishcake dan sebagainya barulah rasanya sedap. Bahan sos pun jangan kedekut.
Tapi macam mana pula kalau rencah tiada namun tekak rasa nak makan bihun goreng. Apa kata goreng bihun ‘koboi’ perkongsian Hana A Razak. Bihun goreng yang ringkas sangat tapi sedap.
Rencah tak perlu macam-macam, letak satu bahan saja iaitu ikan bilis.Cara ini sesuai sangat bagi yang nak cepat masak atau bahan lauk di dapur tak berapa nak ada.
Cara buat bihun goreng guna satu rencah saja
Bahan-bahan:
2/3 paket bihun
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu cili kisar
2 biji bawang merah- hiris
2 biji bawang putih- hiris
2 biji telur
1/2 batang lobak merah- hiris
Kicap
Garam
Air
Cara membuat:
1.Cuci bersih ikan bilis, kemudian tumbuk separuh hancur
2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis dulu bagi garing sikit. Guna satu rencah ini saja. Nak ganti udang kering pun boleh.
3. Dah garing, baru tumiskan bawang yang dihiris nipis. Bawang dah layu baru masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak dan pecah minyak.
4. Dah naik minyak, masuk kicap dalam sesudu untuk beri warna sambal cantik. Kemudian bolehlah letak sayur apa yang ada, lobak merah pun dah ok.
5. Masukkan air, banyak pun boleh sebab bihun ini rendam air biasa bukan air panas. Dah mendidih, pecahkan telur 2 biji.
6. Kemudian baru masukkan bihun. Kacau rata dan masukkan pula garam. Gaul sebati.
Ya, mungkin hidangan mi, mihun atau kuetiau goreng itu sudah terlalu biasa. Namun jika kreatif, aneka mi ini boleh dipelbagaikan resipinya dan boleh buat mama kagum. RASA berkongsi resipi menarik menggunakan mi yang boleh anda cuba sendiri. Paling penting, resipinya praktikal dan tidak memerlukan belanja yang terlalu besar.
CUCUR MIHUN
BAHAN-BAHAN:
100gm mihun | dicelur dan toskan
1/8 cawan tepung naik sendiri
1/8 cawan susu
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 cawan kacang pis
1/8 cawan keju cheddar | diparut
1 biji bawang besar | dicincang
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan tepung, susu, telur dan jintan putih dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan pula mihun, kacang pis, keju dan bawang besar.
Gaul rata sehingga adunan sedikit kental.
Akhir sekali, goreng adunan cucur sehingga kuning keemasan.
INFO CHEF: Jika adunan terlalu cair, cucur akan menggelembung dan ‘masuk minyak’.
KUETIAU LEMAK DAGING & EPAL
BAHAN-BAHAN:
300gm kuetiau | dicelur
500gm daging salai | dipotong dadu
2 batang serai
2 cawan santan
1 epal hijau | dipotong dadu
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah
3 ulas bwg putih
2sm kunyit hidup
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Tuangkan bahan kisar dalam periuk dan masukkan epal, santan serta serai. Masak sehingga epal lembut.
Sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak. Masukkan daging.
Perasakan secukupnya dan biar kuah masak sepenuhnya.
Hidangkan dengan kuetiau yang telah dicelur.
INFO CHEF: Jika tidak mahu rasa kuah yang terlalu pedas, anda boleh kurangkan kuantiti cili padi yang digunakan.
KEK MI WANTON & UDANG
BAHAN-BAHAN (KEK WANTON):
425g mi wanton | dicelur dan keringkan
2 sudu besar minyak jagung
1 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dicincang
2sm halia | diparut
3 telur | dipukul
120gm isi udang
120gm daging | dipotong dadu kecil dan digoreng garing
1 pokok daun bawang | dihiris
BAHAN SOS:
2 sudu besar sos cili manis
1/4 cawan yogurt
Sedikit daun pudina | dicincang
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
Dalam sebuah mangkuk besar campurkan bahan tumisan dan telur. Masukkan isi udang, daun bawang dan daging. Kemudian masukkan mi dan gaul mesra.
Tuangkan adunan dalam loyang pembakar dan bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehigga kek masak sepenuhnya.
Untuk sos cili yogurt : gaulkan mesra kesemua bahan.
Hidangkan kek mi bersama sos yang disediakan.
INFO CHEF: Udang boleh digantikan dengan isi ketam atau ayam yang diracik halus.
PATTY AYAM & MIHUN
BAHAN-BAHAN:
80gm mihun
600gm isi ayam | dicincang
1 sudu besar sos tiram
1 telur, dipukul
1 cawan serbuk roti
Minyak secukupnya
Sos cili manis untuk menghidang
BAHAN KISAR:
2 ulas bawang putih | dicincang
1 inci halia | diparut
1 serai | dihiris nipis
1 biji cili merah | dihiris
2 daun bawang | dihiris
1/4 cawan daun pudina
1/4 cawan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Lembutkan mihun dengan air panas dan potong supaya ia tidak terlalu panjang.
Kisar halus semua bahan kisar. Kemudian campurkan bahan kisar bersama isi ayam, sos tiram, telur, serbuk roti dan minyak.
Bentukkan menjadi patty dan letakkan atas loyang yang berlapik. Tutup dengan cling wrap dan sejukkan untuk 30 minit.
Panaskan minyak. dan goreng patty lebih kurang 4 minit setiap permukaan . Hidangkan dengan sos cili manis.
INFO CHEF: Jika tidak mahu rasa kuah yang terlalu pedas, anda boleh kurangkan kuantiti cili padi yang digunakan.
KUETIAU SAYUR BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm kuetiau | dicelur
2 sudu kecil minyak sayuran
50gm daging | dipotong halus dan goreng garing
2 batang lobak merah | diparut
125gm jagung tin
1/2 cawan kacang pis
Sedikit daun bawang | dihiris kasar
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan keju cheddar parut
4 biji telur
1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan susu. Gaul sebati semuanya.
Dalam mangkuk kecil, pukulkan susu dan telur.
Masukkan telur ke dalam campuran bahan tadi dan tuangkan ke dalam loyang pembakar.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C untuk 35 minit.
INFO CHEF: Anda boleh menggantikan hirisan daging kepada sosej atau isi ayam jika mahu.
POPIA MIHUN
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popiah
200gm mihun | direndam dan toskan
250gm ayam cincang
1 batang lobak merah | dihiris
Sedikit daun bawang | dihiris
Garam dan lada hitam secukupnya
2 sudu kecil minyak bijian
BAHAN LAIN:
Minyak untuk mengoreng
Sos cili untuk menghidang
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam sehingga ia kering. Masukkan lobak merah, daun bawang dan perasakan secukupnya.
Sejukkan inti dan letakkan ditengah-tengah kulit popia.
Gulung popia seperti biasa dan goreng dalam minyak panas secukupnya.
Hidangkan bersama sos cili untuk dimakan.
INFO CHEF: Anda juga boleh menambah tauge atau sengkuang cina ke dalam inti popia jika mahukan inti yang lebih ‘mewah’ dan padat.
WRAP MI BIJIAN
BAHAN-BAHAN:
4 kepingan tortila
500gm mihun | dicelur
2 sudu besar minyak masak
500g daging | dihiris nipis
Sedikit daun bawang | dihiris kasar
100gm putik jagung | dibelah dua
1 batang saderi | dihiris
1/4 cawan kacang yang telah dibakar
Segenggam daun ketumbar | dicincang
Segenggam daun selasih | dicincang
BAHAN SOS TERIYAKI:
*(Panaskan semua bahan untuk 10 minit dan sejukkan)
1/2 cawan kicap cair
1/4 cawan gula
1 sudu besar madu
2 sudu kecil halia diparut
CARA MEMASAK:
Dalam kuali besar, panaskan minyak dan masak daging separa masak. Ketepikan.
goreng kilas semua bahan lain kecuali tortila dan masak sehingga sayur menjadi lembut.
Masukkan kembali daging dan tuangkan masuk sos teriyaki. Biarkan masak untuk 2-3 minit.
Gaulkan bersama mihun.
Letakkan di atas kepingan tortila dan taburkan herba segar. Gulung dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Pelbagaikan pilihan sayur mengikut kegemaran anda seperti lada benggala, cendawan dan sebagainya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Potato Egg Melt ialah sarapan sihat dan rendah kalori yang mudah disediakan, mengenyangkan dan sedap. Ketahui manfaat, nutrisi dan cara membuatnya untuk rutin harian yang lebih sihat.