HomeMakanMantai Rasa seeNI Meriah Lain Macam! Zizan Razak, Nadhir Nasar dan ramai...
Mantai Rasa seeNI Meriah Lain Macam! Zizan Razak, Nadhir Nasar dan ramai lagi selebriti Astro agihkan Pengat Pisang & Onde Onde di Assalamualaikum Negeri Sembilan
Meriah Lain Macam, Assalamualaikum, siri program anjuran Astro membuka tirai 2025 dengan penuh kemeriahan di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan pada Sabtu, 1 Febuari.
Team Rasa dan Borak Seeni turut serta memeriahkan acara dengan program Mantai Rasa seeNI. Siapa yang tak teruja dapat pengat pisang dan onde-onde yang diagihkan sendiri oleh selebriti-selebriti Astro seperti Sherry Alhadad, Zizan Razak, Nadhir Nasar, Meerqeen, Faizal Ismail, Jay Iskandar, Azqa Aziz dan ramai lagi.
Jay Iskandar, Azqa Aziz dan Nadhir Nasar antara artis yang memeriahkan Mantai Rasa SeeNIPeminat cilik tak lepaskan peluang bergambar bersama Nadhir Nasar dan Zizan Razak
Ahli kariah Masjid Sri Sendayan dan juga sukarelawan lain yang turut merewang bergambar bersama Faizal Ismail.
Program ini menyasarkan penyatuan komuniti melalui pelbagai aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mendalam dari aspek nilai budaya dan keagamaan.
Team Rasa dan Borak seeNI membuka acara di Assalamualaikum Negeri Sembilan dengan program Mantai Rasa SeeNI, yang mengangkat tradisi Melayu merewang sebagai simbol kebersamaan, kasih sayang, dan kepelbagaian komuniti.
Ads
Azqa Aziz tak kekok turut membantu merewang bersama yang lain.
Mantai merupakan tradisi memasak dan menyediakan makanan secara bergotong-royong, yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sembilan.
Melalui aktiviti ini, komuniti tempatan, selebriti dan juga kariah Masjid Sri Sendayan bersama-sama menyediakan dua hidangan tradisional, Pengat Pisang dan Onde-Onde yang bukan hanya melambangkan kekayaan warisan Melayu tetapi juga semangat perpaduan yang merentas latar belakang.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim (kanan) menyampaikan cenderahati kepada YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi Astro Malaysia Berhad
Sebagai jenama makanan unggul di bawah Astro, Rasa memainkan peranan besar dalam menjadikan makanan sebagai medium perpaduan. Dengan reputasinya sebagai jenama yang meraikan masakan tradisional dan kontemporari, Rasa sentiasa berusaha menghubungkan komuniti melalui kekuatan makanan dan budaya.
Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, berkata “Makanan adalah simbol budaya yang paling kuat, dan melalui Rasa, kami tidak hanya membawa resipi kepada penonton kami, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara komuniti. Mantai Rasa SeeNI adalah manifestasi bagaimana makanan boleh menjadi alat perpaduan yang menyatukan kita, tanpa mengira perbezaan latar belakang. Sebagai sebuah jenama, Rasa mewakili satu tiang unik dalam tawaran Astro dan Karangkraf, menggabungkan pengalaman peribadi dengan elemen yang benar-benar merangkumi Malaysia. Inilah yang membuatkan program seperti Assalamualaikum ini begitu bermakna, bukan hanya kepada kami dan keluarga Astro, tetapi juga kepada seluruh masyarakat.”
Sambil rewang acik-acik tak lepaskan peluang bergambar dengan selebriti yang hadir
Ads
Sesi Edaran Berlangsung Meriah
Dihoskan oleh Keanu Azman dan kemunculan Istimewa Faizal Ismail, sesi edaran yang bermula sekitar jam 12 tengah hari mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang hadir. Rata-ratanya tidak melepaskan peluang mendapatkan pengat pisang dan juga onde-onde selain bergambar dengan selebriti Astro yang ada.
Selain Mantai Rasa SeeNI, Assalamualaikum Negeri Sembilan dimeriahkan dengan pelbagai program dan aktiviti seperti rakaman program Astro Oasis, Tazkirah Malam Jumaat Persembahan Animasi Didi & Friends serta Omar & Hana, persembahan artis popular dan juga pertandingan mewarna, tulisan khat dan memanah.
Mantai Rasa seeNI, memang Meriah Lain Macam!
Ads
Kemeriahan sesi edaran Mantai Rasa SeeNI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Majlis Pelancaran Produk Nuuna yang berlangsung pada 25 Februari lalu di Mydin Mall, Subang Jaya berakhir dengan begitu meriah. Mana tidaknya, celoteh Fiza Frizzy serta Auni Yusri selaku pengacara memang mencuit hati. Gamat suasana dibuatnya. Kini, anda boleh mendapatkan produk Nuuna Bihun Goreng Segera di pasaran. Rupanya, ramai yang suka kerana rasanya yang sedap.
Dengan tagline ‘Nikmati Keceriaan Bersama’, majlis diserikan dengan gimik pelancaran yang menyaksikan letupan 21 biji belon secara serentak. Majlis dilancarkan oleh Mr. Low Zishi, Director of Serba Wangi Sdn Bhd, Mr. Chua Keng Jin, Senior Group Manager of Serba Wangi Sdn Bhd, Puan Ani Nadila, Pengurus Besar Ideaktiv dan Chef Zam Akmal selaku Chef Jemputan.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis pelancaran berlangsung. Antaranya demo masakan serta Pertandingan Rasa Masak Challenge dan kuiz bersama para tetamu yang hadir. Bukan itu saja, terdapat juga booth Nuuna untuk para pengunjung yang ingin mencuba dan menikmati sendiri Bihun Goreng Segera ini. Produk ini juga dijual dengan harga serta promosi istimewa.
Chef Zam Akmal tampil sebagai Chef jemputan bagi demo masakan menggunakan produk Nuuna. Resipi yang dikongsi oleh Chef Zam Akmal adalah Nuuna Bihun Spicy Roll. Memang sedap kerana tekstur bihun yang kenyal serta kombinasi rasa pedas dan masam menjadikan ia satu hidangan yang cukup enak.
Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Rasa Masak Challenge di mana lima orang peserta yang terpilih diminta untuk memasak menggunakan Nuuna Bihun Goreng Segera selama 45 minit. Kehebatan para peserta terserlah dan masing-masing memasak dengan penuh kesungguhan demi menambat hati juri.
Lima peserta yang terpilih ialah Liew Phaik Hoon, Norizah binti Husain, Ahsha A/P Damadaran, Nurul Irma Iza binti Zulkaffli dan Nor Afifah Solehah bt Nor Hamdan. Mereka dipilih menerusi komen di media sosial RASA berdasarkan slogan dan resipi bihun goreng paling menarik yang pernah dicuba.
Liew Phaik HoonNorizah binti HusainAhsha A/P DamadaranNurul Irma Iza binti ZulkaffliNor Afifah Solehah bt Nor Hamdan
Pertandingan telah nilai oleh tiga orang juri iaitu Mr. Chua Keng Jin, Senior Group Manager of Serba Wangi Sdn Bhd, Chef Zam Akmal, Chef Jemputan dan Cik Ida Abdul Aziz, Editor Pengurusan Majalah Rasa. Para juri sepakat untuk memilih hidangan Kerabu Nuuna Karipoley Udang Percik Telur Asin milik Norizah binti Husain sebagai juara.
Juara Rasa Masak Challenge bersama Nuuna berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 beserta hamper Nuuna. Manakala empat pemenang saguhati menerima wang tunai RM250 beserta hamper Nuuna. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Nuuna Bihun Goreng Segera merupakan bihun goreng ‘ready-to-eat’ untuk rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk dan lapar. Dengan produk ini, anda dapat menjimatkan masa dan menikmati hidangan dengan cepat pada harga yang berpatutan. Hadir dengan dua perisa hebat iaitu Asli dan Pedas, Nuuna Bihun Goreng Segera memang wajib ada di rumah kerana ia sedap, cepat dan mudah.
Juri Pertandingan Masakan Acar Buah tidak menyangka salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya merupakan air tangan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang.
Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, yang merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berpengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan.
Beliau terkesima apabila peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Aminah Mahmood yang tampil untuk menerima hadiah ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.
“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna. Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang di Taman Tasik Maran di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke karnival tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak di sini.
Turut mengiring ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Sambil menyediakan hidangan, mereka turut berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini. Antara selebriti yang memeriahkan dapur Rasa Mak Ajar Masak ialah Nubhan Ahmad, Didie Alias, Abby Abadi, Ain Edruce, Uyaina Arshad, Azad Jasmin, Shasha Abedul, Nabila Razali dan ramai lagi.
Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Menonton nostalgia mereka membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing ketika masih kecil dan memori pertama kali belajar memasak bersama ibu. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Pelbagai Resipi Menarik Turut Dikongsi
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamt mencuba!