Mangga Harumanis terkenal kerana rasanya enak, lain daripada buah mangga yang lain. Baunya sangat harum apabila betul-betul masak , isinya akan bertukar kepada warna oren kekuningan.
Jom kita semak keunikan mangga ini seperti yang dikongsikan oleh laman manggaharummanis.com
Menurut Jabatan Pertanian mangga Harumanis Perlis adalah antara baka mangga terbaik di Malaysia.Selain rasa yang lebih enak, dan unik daripada mangga lain, faktor lain yang membuatkan mangga Harumanis begitu terkenal ialah kerana pengeluarannya yang terhad.
Ramai yang tak tahu bahawa mangga Harumanis hanya berbuah sekali sahaja dalam masa setahun. Tempoh berbuah pula adalah sangat terhad, iaitu dari sebulan hingga sebulan setengah sahaja untuk setiap musim.
Selalunya daripada penghujung bulan April hingga awal bulan Jun.Maknanya, mangga Harumanis hanya boleh didapati dalam masa sebulan sahaja setiap tahun, atau setiap musim.
Pokok Harumanis memerlukan musim kemarau dari Januari hingga Mac untuk berbunga. Tempoh ini juga dikenali sebagai “Stress Period” mengikut Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Yang membuat mangga ini lebih unik, di Malaysia, mangga Harumanis hanya tumbuh di negeri Perlis. Banyak kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menanam mangga Harumanis di negeri lain, tetapi sehingga kini masih belum berjaya.
Ada yang pokok berjaya tumbuh, tetapi tidak mengeluarkan buah langsung. Ada pula yang pokok pun tak tumbuh. Faktor-faktor ini membuatkan mangga Harumanis adalah unik dan berbeza daripada mangga-mangga lain di pasaran Malaysia, mahupun dunia.
Gred Mangga Harumanis
Ads
Masih ramai yang keliru dengan gred mangga Harumanis. Bagaimana gred Harumanis ditentukan? Sebenarnya gred mangga Harumanis ditentukan mengikut berat buah – dalam unit gram. 1. Mangga Harumanis Gred AA atau A+ – Berat 500gm ke atas. 2. Mangga Harumanis Gred A – Berat 350gm hingga 500gm. 3. Mangga Harumanis Gred B – Berat 350gm. 4. Mangga Harumanis Gred C – Berat 350gm ke bawah.
Yang membezakan gred Harumanis hanyalah berat buah. Rasanya masih sama, atau kalau ada beza pun tidak begitu banyak.Selalunya terjadi ialah banyak buah dari Gred A dan B. Buah gred AA atau A+ pula hanya sedikit. Begitu juga buah Harumanis gred C.
Mangga Harumanis Perlis asli selalunya akan mula dijual pada penghujung bulan April sehingga lewat Jun pada setiap tahun/musim. Walau bagaimanapun, ada pihak yang menjual mangga Harumanis pada lewat bulan Mac. Keaslian buah harum manis yang dijual awal ini tidak dapat dipastikan.
Oleh itu jika anda hendak merasai keenakan buah mangga Harumanis asli, tunggu sehingga mangga Harumanis gred AA/A betul-betul berada di pasaran.
Alang-alang bercerita pasal mangga harum manis ni…Ni min kongsikan resipi pulut harum manis dari http://ringkastapisedap.blogspot.com. Memang sedap nih.
1. RESIPI PULUT HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN :
Ads
750gm Harumanis
500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang, letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)
750 gm santan (guna santan kotak 500ml tambah air masak sampai dapat berat 750ml, kacau rata)
6 sudu makan gula pasir
3 sudu makan gula pasir
5 helai daun pandan
6 sudu teh tepung tepung jagung
2 sudu teh tepung beras
garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA;–
Sementara mengukus pulut, sediakan santan :
1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)
2. Masukkan gula (6 sudu makan), kacau hingga gula larut)
3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.
4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.
5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kacau balik bersama pulut sehingga cukup lembut. Jangan terlebih santan.
Ads
6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.
7. Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.
8. Tambahkan gula (3 sudu makan) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.
9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.
Kredit foto dan resipi : ringkastapisedap.blogspot.com
2. RESIPI JUS MANGGA HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN :
2 biji mangga harum manis
Gula secukupnya | boleh dikurangkan atau ditiadakan sebab dah ada susu
Susu pekat manis secukupnya
Ais secukupnya
Topping Jus Mangga Harum Manis:
50 gram serbuk krim putar
100 ml air sejuk (dari peti sejuk)
Susu pekat manis secukupnya
Cara Membuat Jus Mangga Harum Manis: 1 .Kupas mangga dengan pisau yang tajam ambil sebahagian untuk dipotong dadu dan sisihkan. 2. Kisar mangga dengan ais, gula dan susu pekat manis. 3. Kemudaian tuangkan ke dalam gelas. 4. Buat toppingnya: Kacau (menggunakan mixer kelajuan) serbuk krim putar dan is sampai halus. 5. Lalu picitkan krim diatas jus tadi, dan hiaskan dengan potongan mangga.
Kredit foto dan resipi : resepmamakusuka.com/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh yang dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri yang diiinginkan.
RESIPI KULIT PAI * sesuai untuk pai bersaiz besar
Kredit Foto : pinterest.com
Bahan-bahan :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
4 sudu besar air ais sejuk
TIP BUAT PASTRI RAPUH :
1. Guna mentega yang sejuk
Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk
2. Parut mentega
Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.
3. Guna air ais
Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.
4. Jangan uli tapi adun
Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu
CARA MENGADUN
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Kredit foto ; cooking.nytime.com
Kredit foto & Resepi : www.enyabdullah.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Manisan mudah yang boleh dinikmati pada bila-bila. Andai anda bakal menerima kunjungan tetamu di hujung minggu nanti, Puding Biskut Marie ni antara yang sesuai dihidangkan. Nak buat pun mudah. Makan sejuk-sejuk, hmmm…memang sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
200gm Roti Marie (Roti Marie = Biskut Marie)
10gm agar-agar serbuk
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
1/2 buku mentega Buttercup
6 sudu makan serbuk koko
8 sudu makan Milo
1/4 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Kisar susu cair, susu pekat manis, teluru, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan. 2. Kemudian bancuh serbuk koko dan milo bersama dengan sedikit air suam. Ketepikan. 3. Masak serbuk agar-agar dan air hingga larut dan mendidih. 4. Tambahkan mentega dan kacau hingga cair. 5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau hingga sebti. Guna api yang perlahan kerana adunan akan menjadi pekat. Teruskan mengacau. 6. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko & milo. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. 7. Teruskan memasak sehingga adunan berkilat dan ada meletup-letup kecil. Ini menandakan puding telah masak. Padamkan api. 8. Ambil loyang bersaiz 7×7 dan alas denga plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya mudah nak mengeluarkan puding dari loyang nanti. 9. Masukkan sedikit adunan puding ( lapisan koko). Ratakan ke keseluruhan loyang. 10. Susun biskut Marie satu persatu diatas lapisan koko. Patahkan sedikit jika ada ruang kosong. 11. Tuangkan adunan koko selapis lagi dan susun biskut Marie seperti langlah pertama tadi.Ulang proses hingga habis. Laisan atas mestilah lapisan koko. 12. Sejukkan puding dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dinikmati.
INFO CHEF: 1. Resepi ni kurang manis dan tak letak gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah lebih susu pekat atau gula. 2. Adunan puding ni cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali. 3. Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa yang lutsinar tu pun boleh guna juga. 4. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar atau Nestum di atas puding jika suka.
Panggil roti tapi seakan lempeng dan makan dengan kuah kari daging hancur. Roti kerca makanan orang Kedah dan dahulu lebih terkenal dikalangan kerabat Kedah
ROTI KERCA
BAHAN-BAHAN KUAH KARI DAGING:
1 keping daging cincang,
1 biji kentang, potong dadu kecil,
1 tin kecil tomato puri,
3 sudu besar rempah kari daging,
1 biji bawang besar India,
2 ulas bawang putih,
1/2 inci halia,
1 batang kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
2 biji buah pelaga,
1 kotak kecil santan,
2-3 cawan air.
Secubit garam.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan semua rempah kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga. Tumis sampai bawang layu.
2. Campurkan sedikit air dengan rempah, gaul rata kemudian masukkan ke dalam kuali tadi.
3. Masukkan santan dan air. Kacau rata ya. Kalau masih pekat, tambah lagi ya
4. Sudah mendidih, masukkan daging cincang dengan kentang sekali. Jenama apa pun boleh.
5. Gaul rata dan pastikan daging masak.
6. Dah mendidih elok, masukkan tomato puri. Kacau lagi.
7. Dah mendidih beriya, masukkan garam.
8. Kalau sudah masak & kuah memekat boleh tutup api.
ROTI CERCA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Secubut garam
3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Sekarang, kita buat rotinya pula. Masukkan tepung gandum, telur, secubit garam dan air dalam pengisar. Kisar sampai betul-betul sebati.
2. Beginilah selepas dikisar.
3. Panaskan kuali tidak melekat dan tuangkan dalam sesenduk adunan. Buat nipis seperti lempeng.
4. Kemudian gulungkan seperti ini.
5. Gunting atau potong menyerong.
6. Tuang kuah daging tadi.
7. Tambah bawang goreng dan daun sup.
INFO: Kalau tidak makan daging boleh tukar kepada isi ayam kisar.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!