Ingin menikmati sarapan atau ‘brunch’ di restoran yang interiornya menarik? Little Bourke di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur ini pasti sesuai dengan citarasa anda.
Restoran yang dikendalikan oleh empat bersaudara iaitu Aimi Fikri,Alwani Fikri,Siti Syazwani Fikri dan Siti Intan Syazana memang tenang untuk makan atau bersantai bersama teman mahupun keluarga. Ruang dalaman dengan gaya eklektik, kopi yang enak dan menu yang enak antara tarikan pelanggan ke sini.
“Kami dalam baking business sudah 8 tahun, semuanya dijalan hanya di rumah. Aktif di instagram untuk mempromosikan kek keluaran Koko Bakes. Kebetulan ada agen hartanah approach kami ada pemilik nak menjual kedainya. Dalam planning kami memang tiada pun rancangan nak buka kedai. Selepas memikirkan tawaran tersebut, kami ambil peluang tersebut untuk berkecimpung secara serius dalam F&B.
Ads
Kami maintain dengan nama Little Bourke kerana sedar restoran ini dah steady dan mempunyai pelanggan tetap. Kalau tukar nama pelanggan akan fikir ia kedai baru. Perancangan akan datang cuma tambah Little Bourke by Koko Bakes.
Selepas kami ambil alih, pelanggan sedia ada memang ramai. Sebagai penambahan dari menu asal, kami tambah menu untuk kanak-kanak, kek dan savoury.
Sekarang bila pelanggan datang ke sini,mereka boleh pesan pilihan kek yang disukai. Antara best seller dessert ialah banoffee pie, cheesetarts dan kek pandan gula melaka.
Menu yang disajikan di restoran ini cukup pelbagai. Dari menu sarapan, pasta dan pencuci mulut, semuanya ada. Antara menu yang disarankan untuk anda cuba ialah steak sandwich, egg benedict, aglio olio dan french toast. Setelah mencuba pasti jatuh cinta dan dijamin mengenyangkan.
egg benedictAglio Olio
Tidak dinafikan, interior sesebuah kafe memang memainkan peranan untuk menaikkan ‘mood’ pengunjungnya. Sekali pandang restoran ini memang cukup selesa.
Ads
Secara peribadi penulis menyukai hiasan dalaman di Little Bourke dan tidak keberatan untuk kembali semula ke sini. Sangat berbaloi untuk dikunjungi jika anda menyukai kualiti makanan yang berkualiti tinggi dan instagramable.
Alamat: 124, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Waktu operasi: 9 am – 5 pm
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Untung orang Kuala Selangor ada donat sedap di Cafe Donuts Village!
Kafenya biasa-biasa saja. Tapi donat yang dijual semuanya persis jenama donat terkenal. Rupa parasnya sahaja dah membuatkan rasa nak makan. Memang terbaik seleksi donat di Cafe Donuts Village, Kuala Selangor ni.
Terletak di Taman Malawati Jaya, ini adalah salah satu tempat makan yang tak boleh dilepaskan. Bukan sahaja ada donat, malah turut ada pelbagai pilihan minuman yang sedap dengan cita rasa premium. Sesuai untuk lepak-lepak seisi keluarga atau rakan sekerja untuk berbual sambil menikmati donat yang sedap.
Kak Sya bersama ADUN Kuala Selangor, YB Juwairiya Zulkifli.
Pemiliknya, Siti Aisyah Naman atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Sya mengakui dia memang sudah mempunyai pelanggan tetap. Malah orang ramai juga boleh memesan donat melalui servis penghantaran makanan.
“Kini orang ramai boleh memesan donut dari kafe kami melalui Food Panda. Selain donat, kami juga ada menjual minuman smoothie pada harga cuma RM5 hingga RM7. Rasanya sedap tapi kami jual dengan harga berbaloi,” katanya.
Jom layan gambar.
Happy dapat makan donat.
Seleksi donat yang best.
Wow sungguh! Korang suka yang mana?
Meriah nampak donat ni.
Bomboloni pun ada.
Ini namanya donat pizza melimpah.
Dapat makan set 4 biji donat dengan satu cawan smoothie ni mesti syok, kan?
Jumaat, Sabtu dan Ahad saja tau.
Happy customer. Licin pinggan!
Minum petang.
So, apa lagi? Orang Kuala Selangor boleh serbu Cafe Donuts Village ni. Lokasinya macam dalam gambar di bawah ni tau. Buka setiap hari kecuali Isnin. Dari jam 9.30 pagi hingga jam 6.30 petang. Yang jauh, boleh order melalui Food Panda.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Musim percutian bakal menjelang,Starbucks kembali dengan pelbagai tawaran minuman dan koleksi percutian yang menarik untuk dinikmati atau sebagai hadiah buat yang tersayang. Bermula 5 November 2019, stor Starbucks di Malaysia meraikan semangat percutian ini bersama pelanggan.
Terbaru! Starbucks Holiday French Vanilla Latte.Rasai keenakan secawan French Vanilla Latte penuh krim bersama perisa white chocolate snowman. The Holiday French Vanilla Latte boleh didapati sama ada panas,sejuk ataupun blended. Buat penggemar Starbucks Toffee Nut Crunch Latte dan Starbucks Peppermint Mocha minuman yang disukai ramai itu kembali.
Sempena meraikan musim percutian ini, Starbucks 2020 Planner diperkenalkan dengan tiga variasi warna coklat,biru dan merah jambu.Holiday Starbucks Card Series,Holiday Blend (Espresso Roast dan Blonde Roast) dan Starbucks Holiday Mercandise Collection (Tumbler, Mug dan Snow Globe) juga boleh didapati di stor kini. Maklumat lanjut layari pautan rasmi Starbucks.
Bufet Ramadan‘Citarasa Nusantara’ menawarkan kelazatan sajian tempatan yang menepati selera anda di Mahsuri Courtyard , hotel Royale Chulan, KL.
Kepelbagaian dan variasi hidangan bercitarasa tempatan ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang indah dan penuh nikmat dan kepuasan selera meraikan sajian berbuka di bulan Ramadan.
Barisan Chef yang mengetuai barisan Chef di Royale Chulan, KL di sini ialah Chef Eksekutif, Sabri Soid.Variasi juadah yang pastinya mengecurkan selera di sini antaranya adalah Signature Royale Bubur Lambuk dan pilihan ‘shell out’ seperti Kambing Golek, Lontong Samudera, Cendol Durian, Som Tam dan pelbagai pilihan makanan laut dan juadah lain.
Gerai -gerai makanan menyajikan dan memasak makanan panas dengan segera mengikut permintaan pelanggan. Bagi mereka yang mahukan suasana asli kemeriahan berbuka gaya Malaysia , bufet Ramadan ini juga menyediakan deretan hidangan autentik Melayu, India dan China seperti Nasi Ayam, Sate, dan kaunter hidangan pencuci mulut tradisional.
Gerai makanan ‘live’ terdiri dari sajian istimewa Hari Raya seperti Nasi Ulam Utara, Rendang, Ketupat , Sayur Keladi Asam, Gulai Talang Ikan Masin, Kurma Telur turut mendapat sentuhan istimewa dari Chef.
Min pula amat tertarik dengan ‘kaunter’ manisan kek, puding dan donut berwarna warni yang sungguh ‘segar’ dan lazat dinikmati. Puding enak, dingin berkrim memang menjadi pelengkap kepada sajian berbuka di sini. Bufet Ramadan ‘Citarasa Nusantara’ ini berlangsung dari 7hb Mei hingga 4hb Jun.
Harga adalah RM150 bagi dewasa , RM 100 untuk Warga emas’ dan RM 75 untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun. Bagi tempahan awal iaitu 2 hingga 6 Ramadan pula adalah RM 100 dewasa, warga emas RM 75 dan kanak-kanak berusia 6-12 tahun RM 50.
Selamat berbuka dan menjamu selera di sini. Maklumat lanjut sila layari shuhada@royalechulan-kualalumpur.com
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...