Sebelum buat menu ini untuk sarapan atau makan petang, kenalah tahu asas buat roti jala yang cantik iaitu cara bancuhan atau adunan tepungnya.
Bagi yang dah biasa buat mungkin sudah tahu sukatan atau bancuhan tepung yang sesuai, tapi buat yang baru mencuba atau amatur, boleh ikut tip mudah yang dikongsi oleh Huda Ayob ini.
Katanya untuk pastikan adunan roti jala dah cukup likat untuk ‘dijalakan’ dan hasilnya menjadi, boleh lihat pusaran waktu kisar atau blend bancuhan.
Tip pastikan bancuhan roti cukup likat, tengok lubang pusaran
Saya cuba share ilmu mudah buat roti jala. Bagi pembuat roti jala amatur macma saya, setiap kali nak tau adunan tepung dah cukup likat untuk dijalakan cuma tengok “lubang pusaran”.
Pastikan saiz pusaran sebesar jari kelingking
Kalau besar pusaran (gambah di bawah), tambah tepung sedikit sampai saiznya sebesar “jari kelingking”.
Saiz pusaran sebesar jari kelingking seperti gambar di bawah ini tanda bancuhan dah sempurna dan likat untuk dijalakan.
Ads
Jika lubang pusaran kecil dari jari kelingking, tambah air sikit. Insya-Allah hasil menjala elok menjadi.
Cara buat roti jala
Disertakan juga resipi yang digunakan untuk 25 biji roti jala
Bahan-bahan
1 biji telur
2-3 sudu besar santan/susu segar
2 cawan tepung gandum
1 cubit pewarna kuning/kunyit
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Ads
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan dalam blender.
2. Kemudian masukkan air sampai tenggelam tepung (dalam 2 cawan air/ikut cawan sukatan tepung)
3. Kacau untuk sebatikan guna sudip panjang.
Ads
4. Kemudian boleh kisar. Waktu inilah kena perhatikan lubang pusaran.
5. Dah dapat bancuhan yang sesuai masukkan dalam botol 5 corong untuk dapatkan hasil jala yang halus.
Tip ini juga boleh digunakan sewaktu membuat bancuhan kuih ketayap. Cuma lubang pusaran perlu besar (tambah air) supaya senang untuk ratakan dalam pan.
Air tangan yang paling enak merupakan air tangan seorang ibu. Tentunya setiap orang daripada kita mempunyai kenangan masakan ibu tercinta yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Terdapat pelbagai jenis masakan termasuk kuih muih tradisional yang pernah dimasak oleh ibu kita dan kesedapannya pasti terbayang sehingga kini. RASA kembalikan nostalgia enam jenis kuih tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Kini anda boleh cuba memasaknya untuk anak-anak anda pula. Ternyata, kuih tradisional tidaklah sesukar yang disangka. Yang penting, kena rajin…
PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
APAM NASI
BAHAN-BAHAN A (TAPAI NASI):
1 cawan nasi sejuk
400ml air
200gm gula pasir
11gm yis
BAHAN B:
200gm tepung beras
200gm tepung gandum
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Garam secukupnya
BAHAN LAIN:
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar halus kesemua bahan A. Ketepikan.
Kelapa parut dan garam digaul sebati. Ketepikan.
Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B (tepung). Gaul sekata dan perap selama 3 jam. Ketepikan.
Didihkan air di dalam kukusan. Sediakan acuan apam dan oleskan sedikit minyak masak di permukaan dalamnya. Tuang adunan yang telah diperap tadi dan kukus selama 15 minit.
Setelah masak, keluarkan apam dan masukkan ke dalam pinggan. Tabur kelapa parut di atasnya.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 4 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Apam yang gebu
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda. Waktu memasak bergantung pada saiz acuan.
LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
11/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:1 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Tanak dan kukus
Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh juga masukkan lompat tikam di dalam bekas-bekas kecil untuk lebih cantik.
CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan goreng
Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
Setelah sejuk, boleh dipotong.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan |bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Resipi: Terima kasih Nor Azizah Ghazali, Shah Alam Selangor
6 sudu tepung beras @ tepung gandum bancuh dengan secawan air ( tapiskan).
Cara Memasak:
Mula-mula, untuk membuat inti kelapa, cairkan gula nise bersama satu setengah cawan air. Bila dah cair masukkan kelapa. Kacau rata bagi kering dan tambah tepung pulut terus kacau bagi tata elok.
Bila dah nampak tekstur elok, tutup api dan biar sejuk supaya mudah nak bentukkan bulat-bulat. Ketepikan.
Untuk mermbuat kuah santan, masukkan semua bahan ke dalam kuali. Kacau hingga agak Kental elok santannya. Kalau belum, boleh tambah lagi tepung. Bancuh dan tapis ya. Pekat Berkrim elok. Kalau masih kurang lemak masin tambah sikit lagi garam. Ketepikan.
Untuk membuat doh kulit luarnya, satukan tepung pulut dan air. Kena pandai agak-agak air sampai boleh bentukkan doh bulat-bulat. Kalau terlajak lembek tambah gandum sikit. Terlajak keras, tambah air sikit. Kalau nak letak pewarna, silakan.
Dalam masa yang sama, jerang air dulu hingga mendidih. Leperkan doh dan bubuh inti kelapa di tengahnya dan tutup dan bentukkan ia bulat.
Kemudian terus masukkan ke dalam air mendidih. Bila timbul, jangan terus angkat. Biar lama sikit supaya masak elok.
Gunakan penapis kaut dan masukkan ke dalam air sejuk ais. Setelah itu, masukkan ke dalam kuah santan dan biarkan berendam di dalamnya. Siap
Nak beli karipap sardin tapi terambil karipap kentang, frust betul. Supaya tak terkeliru, peniaga karipap sardin boleh buat bentuk segi tiga seperti yang dihasilkan oleh Che Pah Che Gu. Beliau turut berkongsi cara membuatnya.
Bahan untuk kulit karipap
1kg tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1 1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar mentega
1/2 sudu teh garam
750 ml air sejuk atau air campur ais (1 1/2 cwn)
Cara membuat:
Cara panaskan minyak dan mentega. Nak guna margerin pun minyak masak pun boleh.
2. Tuang ke dalam campuran tepung beras dan gandum. Guna senduk kayu sebatikan macam serbuk roti.
3. Kemudian masukkan secawan air dulu. Sebatikan. Kalau keras tambahkan air lagi dan uli.
4. Perap selama 30 minit kemudian barulah boleh guna untuk masukkan inti.
Bahan untuk inti sardin (1 kg tepung)
2 tin sardin yang besar
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
4 sudu makan lada kisar
Sedikit halia
1/2 sudu jus limau supaya hilang bau hanyir ikan.
Kulit kayu manis 2 batang.
Cara membuat
Asingkan sos sardin. Hancurkan ikan guna garfu
2. Bawang dan halia kisar kasar. Tumiskan bersama kayu manis dan cili kisar. Dah naik bau masukkan sardin dan perasakan.
3. Untuk mendapat bentuk seperti dalam gambar timbang doh dalam 40 gram.
4. Canai doh membentuk bulatan. Lipat dua bulatan doh tadi.
5. Kemudian bahagi dua separuh bulatan tadi. Boleh potong guna lidi. Nak guna belakang pisau pun boleh. Nanti akan jadi macam poket bila dibuka. Masukkan inti dan kelim macam biasa.
6. Boleh terus goreng atau boleh dibuat frozen juga.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.