Ulundu adalah sejenis kacang dhal yang beza dengan kacang dhal yang selalu kita lihat. Ulundu vadai ada campuran tepung beras dan dibentuk seakan donat. Selamat mencuba.
ULUNDU VADAI
BAHAN-BAHAN:
- 1⅓ cawan @ 240 gm kacang dhal ulundhu
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 8-10 helai daun kari
- 1 biji bawang besar
- 4 biji cili hijau dicincang
- 3 biji cili merah dicincang
- 2 tangkai cili kering digunting halus ( jika ingin pedas jika tak nak pedas cili kering abaikan )
- 3 sudu besar air panas
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk goreng
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih kacang dhal dan rendam selama 4 jam atau sehingga lembut.
2. Kemudian kisar sehingga halus menjadi seperti pes.
3. Satukan pes kacang dhal tadi bersama bahan cincang, daun kari, tepung beras, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk adunan. Uli sehingga sebati dan masukkan air panas sedikit demi sedikit. Teruskan uli.
4. Kepal-kepalkan dan bentukkan bulat-buatkan lubang kecil ditengah-tengahnya. Lakukan sehingga selesai.
5. Panaskan minyak dan goreng terendam sehingga doh bewarna kuning keemasan, angkat dan toskan miyak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Tepung Boko Ubi Kayu Yang Asli, Sukat Guna Cawan Je
Sekarang ni kuih tepung boko ubi kayu tengah viral kan. Sana sini orang mula buat dan jual untuk dapatkan pendapatan sampingan.
Kalau nak rasa tepung boko ubi kayi yang asli, ini resipinya. Cubalah. Orang kata, resipi tradisi ni biar berpanjangan. Kan?
TEPUNG BOKO UBI KAYU
Bahan-bahan
3 cawan air
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
3 cawan ubi kayu (diparut)
Cara membuat
1. Isikan air dalam periuk. Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Campur dengan 3 cawan ubi kayu parut. Gaul rata. Kukus 30 minit.
Bahan Lapisan Atas
1 cawan santan pekat boleh guna santan kara.
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
Cara membuat lapisan atas
1. Satukan semua bahan. Gaul sebati dan masak atas api kejap sahaja sambil kacau. Api kecil.
2. Bila dah pekat sikit tutup api. Kacau sebati dan tuang atas ubi yang dikukus tadi. Siap.
Resipi oleh Amylia Haidir di Telegram KakiMakan
Basque Burnt Cheese Cake. Resipi Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Sedapnya Basque Burnt Cheese Cake ni. Kalau beli di kedai, sepotong pun dah mahal. Memang tak puas makan. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Menerusi perkongsian saudari Norlela Abdullah, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan Basque Burnt Cheese Cake yang sedap dan mudah. Sangat berbaloi cuba.
CARA MASAK BASQUE BURNT CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 1000gm (1kg) krim keju ( cream cheese) – suhu bilik
- 300gm gula halus – beli online disini
- 7 biji telur
- 500gm whipping cream ( krim putar)
- 30gm tepung gandum – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama, siapkan acuan spring foam saiz 9 inci terlebih dahulu.
2. Alas bahagian dalam alaskan acuan dengan parchment paper. Lebihkan sedikit parchment paper di bahagian atas kerana kek akan naik. Bahagian luar spring foam balut dengan aluminum foil. Ketepikan.
3. Untuk menyediakan kek, putar krim keju dengan gula halus. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan krim putar.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kaup balikkan sahaja hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan spring foam. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek menjadi warna coklat gelap. Guna api atas dan bawah. Kipas off.
6. Bila kek masak, biarkan kek sejuk dalam ketuhar barulah buka pintu oven.
7. Kemudian masukkan kek ke dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.
Kredit resipi & foto: Norlela Abdullah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Daging Goreng Masak Hitam ,Menu Kegemaran Keluarga Datin Umi
Buat Datin Umi Kalsom Abd Latib makan bersama keluarga adalah saat yang dinantikan dan tidak mahu dilepaskan. Di ketika inilah pelbagai cerita dikongsi bersama dan secara tidak langsung merapatkan hubungan sekeluarga.
Empat resipi dikongsi beliau ini sering menjadi hidangan sekeluarga. Cerita beliau Daging Goreng Masak Hitam antara menu yang digemarinya kerana resipi itu yang keluarga gemari. Istimewanya lagi resipi ini diperoleh dari ibu mertua yang mengajar beliau cara memasaknya. “ Walaupun cara memasaknya agak rumit tapi bila makan sangat sedap rasa. Daging tersebut perlu dipotong nipis dan ditumbuk halia dan kemudian diperap seketika. Goreng pula tidak boleh terlalu lembut dan terlalu garing. Masa menggorengnya juga agak lama,” akuinya.
Sementara resipi gulai udang ini adalah resipi orang Nogori dan memang resipi tradisi ibunda beliau sendiri. Tambah menyelerakan bila dipadu dengan kerabu pucuk pegaga. Menurut beliau ,membuat kerabu lain orang lain caranya. Cara beliau, kelapa digoreng terlebih dahulu tanpa minyak dan ia tidak terlalu halus. Itulah kelainan kerabu air tangan beliau.
DAGING GORENG MASAK HITAM
Bahan-bahan
- 1 kilo daging
- 7cm halia
- 7 biji bawang putih
- 2 sudu kecil serbuk cili
- 4 sudu besar kicap pekat
- 2 tangkai daun kari
Cara memasak:
- Daging dihiris nipis dan kecil.
- Perap daging bersama halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus sebentar selama 10 minit.
- Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging sedikit- sedikit hingga garing dan toskan. Ulang sehingga daging habis digoreng.
- Tambah minyak bila perlu sedikit demi sedikit hanya untunk mencukupi gorengan daging tadi sehingga habis.
- Tumis daun kari menggunakan sedikit minyak daging yang sedikit tadi , masukkan daging , serbuk cili dan kicap , gaul rata hingga secukup rasa angkat dan hidangkan.
GULAI UDANG BERSAMA CENDAWAN BUTANG
Bahan-bahan
- 10 ekor udang kertas.
- 10 ulas bawang merah. }
- 3 ulas bawang putih. } ditumbuk halus
- 10 biji cili padi. }
- 5cm kunyit hidup. }
- 3 kotak santan.
- 1½ cawan air.
- 2 paket cendawan butang (belah dua).
- 1 batang serai (diketuk).
- 1 keping asam gelugur.
Cara memasak:
- Dalam periuk (lebih enak jika menggunakan periuk tradisional yang perbuat dari tanah liat) masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama 1½ cawan air.
- Masukkan santan , garam , bila gulai sudah mendidih baru masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi dan cendawan yang dibelah dua.
- Juga masukkan keping asam gelugur dan serai yang sudah diketuk ke dalam periuk gulai.
- Masukkan garam,gula secukup rasa jangan biarkan gulai mendidih terlalu lama sebab udang akan mengecil dan keras.
- Sedia dihidangkan.
PUDING ICE-CREAM
Bahan-bahan
- 1 packet agar-agar
- 5 tin air sejuk
- 1 tin susu cair
- ¼ tin santan
- 1 tin gula (kurangkan jika tidak suka manis)
- 4 biji telur ayam (asingkan putih telur dan kuning telur)
- 1 sudu kecil asen vanilla
- Pewarna merah (sedikit sahaja)
Cara memasak:
- Masakkan agar-agar bersama gula sampai mendidih.
- Asingkan putih telur dengan kuning telur.
- Pukul putih telur sehingga kembang.
- Masukkan putih telur tersebut ke dalam agar-agar dan bahagikan dua bekas.
- Campurkan asen vanila serta perwarna merah kepada satu bahagian.
- Satukan bahagian lagi dicampurkan dengan kuning telur , susu cair dan santan.
- Masakkan bahagian kuning telur tersebut didapur (api perlahan) sebentar.
- Tuangkan ke dalam adunan merah tadi.
- Akhir sekali masukkan ke dalam acuan sejukkan dalam peti sejuk.
KERABU PUCUK PEGAGA
Bahan-bahan
- 2 ikat pegaga
- ¼ kelapa parut (digoreng hingga kuning tanpa minyak) dan (ditumbuk kasar).
- 1 biji bawang merah besar (dipotong halus).
- 3 biji cili merah (dihiris halus)
- 3 sudu kecil udang kering (ditumbuk halus)
- ½ limau nipis (ambil airnya)
- Garam,gula secukup rasa.
Cara memasak:
- Rendam dalam air sebentar pucuk pegaga, bersihkan dan tos. Potong kecil-kecil.
- Masukkan dalam bekas pucuk pegaga,kelapa goreng yang sudah ditumbuk tadi , udang kering, bawang merah , cili merah, garam, sedikit gula dan air limau nipis. Gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini