
Bila teringin nak makan kuih muih zaman mak kita, maka terbayanglah kuih yang satu ini. Seri muka gula merah, bukan setakat orang tua…orang muda pun suka makan. Nikmatnya terasa bila buat sendiri, puas tak terkata.
SERIMUKA GULA MERAH
Bahan-bahan:
(loyang 9*inci nak rendah guna loyang 10*)
Bahagian bawah
2 cawan beras pulut(rendam 30minit)
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan di ikat…
Cara memasak:
1.Panaskan kukusan hingga air mendidih…leser minyak dalam loyang saiz 9* @ 10*inci lapik plastik dlm loyang..
2.Masukkan semua bahan di atas…kukus selama 25mnt guna api besar.. dah masak buang daun pandan dan tekan2kan pulut dalam loyang…
Bahagian atas
3 cawan santan sederhana pekat
2 biji telur gred A(buh sebiji pun ok)
1 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam
3/4 cawan gula merah timbang
1/4 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 atau 2 sdb kicap manis
Cara
1.Satukan semua bahan bahagian atas..kacau guna whisk.. Tapiskan dalam periuk..
2.Masak sekejap atas dapur guna api perlahan sambil kacau2 guna whisk.. Sentiasa kacau yer..
Bila sentuh periuk dah rasa panas tutup api..
3.Tuang adunan atas pulut tadi dan kukus selama 25 minit guna api sederhana perlahan..setiap 10 minit buka tudung kukusan dan lap tudung kukusan… Supaya air x menitis atas kuih…ulang hingga siap..
4.Buka tudung kukusan dan kukus lagi 5 minit tanpa tudung kukusan untuk keringkan air pada permukaan kuih..
5.Biarkan kuih sejuk.. Dah sejuk baru potong guna pisau plastik.. 😊
SELAMAT MENCUBA.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Muih Orang ‘Lama’. Dulu Bakar Dengan Sabut, Sekarang Masuk Oven Aje

Isi Kandungan
ToggleKalau ikut stail masak orang dulu-dulu kuih muih ini dibakar gunakan dapur kayu , arang dan sabut sahaja. Tetapi sekarang ni masukkan aje dalam oven.
Kuih bakar, cara, bingkang dan kek pisang ni pasti ada dalam koleksi resipi ibunda dan ninda kan. Kuih zaman berzaman ni memang ‘favourite’ sepanjang zaman dan tak jemu dimakan. Jom semak resipi kuih bakar tradisional.
Rugi kalau tak cuba…
1.KUIH CARA
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa/sederhana pekat (dari 1/3 biji kelapa)
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya /sebagai inti
- Garam secukup rasa/ untuk rasa lemak masin
- Sedikit minyak masak /untuk griskan acuan cara
CARA MEMASAK :
1. Cuci daun pandan, potong kecil dan kisar bersama santan kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan ‘whisk’ hingga semua sebati.
3. Masukkan secubit garam secukup rasa, kacau dan tapis adunan, ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima, griskan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat dan dcarik hujungnya.
5. Isi adunan dengan bekas bermuncung dan tuang adunanan hingga hampir penuh.
6. Masukkan sedikit gula 1/3 atau atau 1/2 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.
7. Masak hingga kuih masak kemudian angkat. Jangan lupa griskan minyak setiap kali menuang adunan baru dalam acuan.
Saiz hidangan : 30 ketul kuih
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Lembut dan inti gula yang cair di mulut
INFO CHEF : Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sungguh menyelerakan.. Jika menggunakan santan kotak tuang dalam 1/2 cawan dan campur air lagi setengah hingga penuh untuk jadikan
sederhana pekat.Sukat santan selepas dicampur air.
2. KUIH BAKAR
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 biji telur
- 2 cawan santan /santan kotak yang pekat
- 1 cawan air /kisar bersama 5 helai daun pandan dan tapi
- Secubit garam
- Pewarna hijau jika suka
- 1 sudu teh esen vanila jika suka
- Bijan secukupnya/ disangai sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan kecuali bijan ke dalam mangkuk.
2. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang (panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat.
4. Tuang adunan kuih bakar dalam acuan dan tabur bijan sangai.
5. Masukkan ke dalam ketuhar menggunakan api atas bawah pada suhu 180 C selama 40 minit.
6. Bakar lagi 10 minit (bahagian atas sahaja).
7. Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru potong.
Saiz hidangan : Loyang berukuran 17.8 sm ( 7 inci)
Masa memasak : 45 minit hingga sejam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa santan berlemak manis dan aroma rasa daun pandan
INFO CHEF : Kuih bakar perlu lembut dan lemak manis. Jika keras bermakna ia kurang menjadi dan tidak sedap. Boleh dibakar menggunakan dapur gas.
3. BINGKA UBI @ BENGKANG UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu /sukatan selepas diparut
- 2 cawan santan pekat /daripada 1 biji kelapa
- 3/4 cawan gula pasir
- Sedikit sagu daripada ubi kayu
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK :
1. Ubi kayu dibuang kuli dan dibersihkan, kemudian sagat atau parut ubi.
2. Setelah habis diparut, perah ubi dengan kain bersih/muslin untuk mengeluarkan airnya.
3. Air perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 minit di dalam mangkuk.
4. Setelah itu tuang air perahan perlahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati yang mendap di dasar mangkuk).
5. Kemudian campurkan ubi kayu, sagu, gula , garam dan santan. Gaul hingga sebati.
6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan loyang
7. Panaskan suhu oven 175 darjah celcius (api atas bawah) selama 1 jam hingga 1 1/2 jam bergantung kepada jenis oven anda.
8. Tunggu bingka sejuk baru dipotong.
Saiz hidangan : Satu loyang bersaiz 17.8 sm x 17.8 sm (7 in x 7 in)
Masa memasak : 1 jam hingga 1 1/2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Bingka ubi lembut dan rasa lemak manis
INFO CHEF : Resipi ini tidak perlu menggunakan tepung sebab ubi kayu ini sudah berkanji.
4. KEK PISANG
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji pisang emas /dilecek
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan minyak jagung
- 4 biji telur gred B
Bahan diayak :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan lain
- 1 sudu kecil esen vanila atau ekstrak vanilla @ esen pisang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Lengser mentega pada loyang atau acuan kecil, ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit hingga putih.
3. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Kacau sebati menggunakan spatula.
5. Masukkan esen vanila, dan gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit, jika menggunakan acuan kecil pendekkan masa ke 15 minit. Hiaskan hirisan pisang di atasnya sebelum dibakar dalam oven.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit jika acuan kecil, jika loyang 40- 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek lembut dengan aroma dan rasa pisang asli.
INFO CHEF : Selain pisang emas, pisang lemak manis , pisang rastali atau pisang raja juga sedap dibuat kek. Gunakanlah pisang yang lembut isinya dan manis. Tidak semua pisang yang boleh dibuat kek.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI NI :
5 Kuih Tradisional Paling ‘Legend’, Perlu Diwarisi Anak Muda
DAN JUGA RESIPI INI :
JOM SEMAK VIDEO NI :
Resipi Popia Sira Sambal Sedap, Sekali Buat Dapat 50 Biji

Isi Kandungan
ToggleAnda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
- 1 paket kulit popia( 50 keping)
- 1 biji sengkuang saiz sederhana
- 3 batang lobak merah saiz sederhana
- 2 sudu makan udang geragau
- Sedikit serbuk perasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat.
3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji):
- 5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.)
- 15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh serbuk perasa
- 2 sudu makan bijan
- 5 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air.
3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.
6. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili.
2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat.
3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik.
4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Kredit resipi & foto: NoraFiza Kamarin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Koci Pulut Hitam, Sedap Macam Mak-Mak Buat.

Dulu-dulu, kuih tradisi Melayu memang tak lari dari menggunakan bahan utama seperti tepung beras, tepung pulut, santan, kelapa dan gula. Gabungan bahan-bahan ini memang serasi memenuhi kehendak selera. Bagi anda yang teringatkan air tangan mak-mak di kampung yang tak dapat pulang berpuasa dengan mereka, bolehlah cuba resipi Kuih Koci Pulut hitam, sekurang-kurangnya lepaslah rindukan air tangan mak.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawab tepung pulut
2 sudu makan beras pulut hitam | kisar halus
Secubit garam
1 cawan air
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa parut | putih sahaja
1 keping gula melaka
3/4 cawan gula pasir
1 sudu makan tepung gandum
1 helai daun pandan | carik dan simpul
Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
2 sudu makan tepung beras
2 sudu cawan santan pekat
Secubit garam.
CARA MEMBUAT:
- Tepung pulut, tepung pulut hitam dan garam dicampur. Gaul rata.
- Tuangakan air sedikit demi sedikit dalam adunan sambil adun hingga mendapat adunan tidak terlalu keras atau lembik (macam buat doh buah melaka) dan tidak melekat di tangan.
- Bulat-bulatkan seperti saiz buat buah melaka. Tutup dengan kain atau tisu dapur dan ketepikan. Sementara menunggu menyiapkan inti kelapa.
- Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan dalam kuali.
- Tambahkan sedikit air, renehkan atas api perlahan. Kacau hingga gula hancur dan tambahkan secubit garam.
- Tapis air gula tersebut, kemudian masukkan semua dalam kuali dan masukkan kelapa parut, kacau rata, bila agak kering masukkan bancuhan tepung gandum.
- Gaul rata dan tutup api.
- Setelah sejuk, bulat-bulatkan inti dan ketepikan.
- Untuk menyediakan, kuah santan, campurkan tepung beras dengan santan pekat dan garam, kacau rata.
- Masak adaunan ini atas api kecil hingga pekat, Tutup api.
- Untuk membungkus, ambil doh tepung pulut yang telah dibuatkan tadi, kemudian leperkan di atas tangan dan masukkan inti kelapa, bulatkan semula doh, lakukan hingga habis.
- Sementara memasukkan inti, masak air dalam periuk.
- Apabila air mendidih, masukan doh-doh berisi inti dalam air rebusan. Setelah timbul angkat dan masukkan dalam kuah santan pekat tadi.
- Menggunakan sudu ambil doh koci sekali dengan kuahnya santan dan letakkan atas daun pisang yang telah dilayurkan dan disapu minyak. Bungkus macam bungkus nasi lemak.
- Kemudian susun dalam pengukur dan kukus lebih kurang 7-8 minit bagi aroma daun pisang dan kuih betul-betul masak.
- Kuih koci sedia dihidangkan apabila sejuk.
Resipi: Makcik Basing