Kalau korang kurang gemar makan kek, boleh try makan brownies. Brownies adalah sejenis kek tapi teksturnya lebih keras sedikit. Brownies yang popular sekarang ini adalah brownies kedut kerana di bahagian atasnya nampak berkedut dan kering.

Lelaki yang menggunakan nama Pakcu Kek di facebook ini berkongsi cara betul dan mudah untuk buat brownies kedut. Ada yang buat brownies tapi tak nampak berkedut kan? RASA kongsikan resipi yang mudah untuk korang cuba buat sendiri di rumah.

BROWNIES KEDUT

Lelaki Ini Kongsi Tip Mudah Buat Brownies Kedut

IKLAN

BAHAN-BAHAN
300 gram coklat gelap
150 gram mentega tanpa garam
100 gram tepung gandum
30 gram serbuk koko
½ sudu kecil garam halus
2 sudu besar air panas
¾ sudu kecil serbuk espresso atau nescafe
200 gram gula perang | kurangkan 150 g kalau nak kurang manis
4 biji telur ayam | gred B
1 sudu kecil esen vanila

CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Gris dulang bersaiz 9X9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
2. Cairkan coklat gelap bersama mentega tanpa garam menggunakan kaedah double boiler. (Sila rujuk tips).
3. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
4. Bancuh air panas bersama serbuk espresso atau nescafe. Ketepikan.
5. Pukul telur ayam bersama gula perang sehingga sebati. Jangan pukul lama sangat. Nanti tak jadi kedut.
6. Masukkan esen vanilla.
7. Masukkan cairan coklat gelap dan mentega tadi. Masukkan juga bancuhan kopi. Kacau sekejap.
8. Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan menggunakan spatula agar semua bahan sekata.
9. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga lidi yang dicucuk ada sedikit basah berketul coklat bila ditarik keluar. 10. Tak perlu licin sangat nanti brownies akan overbaked.

IKLAN

TIP KAEDAH DOUBLE BOILER
Kaedah Double Boil ialah kaedah kita memasak sesuatu bahan dengan menggunakan steam di permukaan bawah, tanpa terkena direct heat dari api. Panaskan periuk kecil dan letak mangkuk di atasnya sebagai penutup supaya steam tak keluar.

IKLAN

TIP TEPUNG
Boleh juga gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri. Tapi tekstur brownies akan jadi lebih ringan dan macam kek sikit, kurang fudgy.

Kredit Facebook Pakcu Kek (link)

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI