Sebagaimana tahun lalu, Ramadan bufet di Sunway Resort Hotel & Spa. Memilih tema Jemput Makan Ramadan di The Resort Café, menghidangkan himpunan makanan pelbagai rasa dan aroma. Lebih daripada 400 menu autentik yang diketuai oleh Chef Mohamad Yatim Supaat, Sous Chef Tournant yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kulinari di hotel antarabangsa dan tempatan.
Buffet spread mengetengahkan bazar style station dan live-action cooking dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019; bermula jam 6.30pm hingga 10.30pm. Sepuluh gerai ini termasuk Assam Pedas Gearbox Station, Churrasco Station, Seafood Bakar Station, Golek Station, Kawah Station, Warisan Station, Noodle Station, Nasi Station, Satay Station dan Goreng-goreng Station.
Di Churrasco Station anda dapat menikmati daging, ayam dan daging kambing bakar segar, sayur dan buah-buahan segar. Tetamu boleh mencuba seleksi makanan dari Timur Tengah Minced Chicken Kebab, Minced Seafood Kofta Kebab dan lain-lain.
Ads
Di Seafood Bakar Station, pelbagai makanan laut segar boleh dirasai seperti Ikan Pari, Kembong, Sotong Hokkaido, Udang, Kupang dan sebagainya yang akan dibakar oleh chef.Tambah berselera dipadu dengan aneka jenis sambal home-made.
Golek Station menghidangkan seekor kambing di mana chef akan menghiriskan ke pinggan tetamu. Kambing ini diperap semalaman dengan 25 rempah ratus seperti halia tua, bawang putih, serai, garam, masala, yogurt, daun pudina sebelum dibakar dalam api sederhana selama empat jam.
Kawah Station menampilkan seleksi Gulai Kawah iaitu Gulai Ayam Kampung, Gulai Ikan Tenggiri, Gulai Ayam Lengkus, Gulai Ikan Siakap Kepak, Gulai Daging, Gulai Kambing, Gulai Ikan Pali dan Gulai Nangka Muda.
Manakala di Warisan Station menghidangkan menu nostalgia seperti Rendang Tok, Serunding, Bubur Lambuk, Lemang Bakar dan Ketupat.
Penggemar mi pula boleh menikmati aneka mi di Noodle Station antaranya Nyonya Laksa Lemak, Assam Laksa, Prawn Mee dan Wonton Mee Soup.
Ads
Di Nasi Station menghidangkan sembilan jenis nasi dengan pelbagai aroma rasa. Antaranya Nasi Bukhari, Nasi Hujan Panas, Oriental Rice, Steamed Rice, Nasi Minyak dan seleksi nasi dari Timur Tengah seperti Nasi Mandi, Maqluba danKabsa.
Buat yang suka satay, Satay Station menghidangkan satay ayam dan daging bersama ketupat, timun, bawang dan kuah kacang.
Ads
Goreng Station menghidangkan Goreng Pisang, Cempedak Goreng, Keropok Lekor, Karipap, Ubi Keladi, Ubi Keledek dan lain-lain.
Aneka pencuci mulut boleh anda nikmati di Dessert Corner. Antaranya agar-agar, puding, tapai ubi, buah Melaka, lepat ubi, apam kelapa, bubur. Batang buruk, kuih siput, kuih bangkit, kuih rose, kuih karas, kuih semperit, kuih kapit, dodol, bingka ubi kayu, bingka labu, bingka roti, bingka pandan, bingka tepung dan bingka kelapa.
Makanan yang dihidangkan mengimbau kembali nostalgia lama dari serata negeri. The Resort Café, terletak di aras lobi, Sunway Resort Hotel & Spa.Harga bufet RM188 nett untuk dewasa dan RM98 nett untuk kanak-kanak (umur antara 6 -12 tahun).
Bagi mereka yang menjamu selera antara 6 hingga 9 Mei dan 1 hingga 4 Jun, ditawarkan 40% diskaun untuk harga buffet bagi dewasa dan kanak-kanak; dan untuk tawaran early bird RM138 nett untuk dewasa bagi mereka yang menempah sebelum 30 April 2019 untuk berbuka puasa di antara 10 hingga 31 Mei 2019.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi orang Kuala Lumpur yang ingin menikmati masakan Thai, boleh cuba singgah ke Restoran Tom Yam Hah. Restoran ni biasa-biasa saja tapi masakannya sedap. Lebih meriah kalau datang malam. Parking pun banyak sebab lokasinya bersebelahan dengan Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Restoran ni dibuka sebelah petang hingga tengah malam. Pelancong pun ramai makan kat sini.
Antara menu paling laris di sini adalah nasi kerabu. Boleh pilih lauk yang kena dengan cita rasa korang. Selain itu, ada juga kerang bakar, keropok lekor, siakap stim dan apa-apa lagi masakan Thai yang korang suka.
Nasi kerabu
Kerang bakar
Ayam goreng
Laici kang sejuk
Ubi kayu sira gula
Sup ayam
Keropok lekor
Nama kedai: Tom Yam Hah
Lokasi: Sebelah Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Wajib cuba: Ubi kayu sira gula melaka, sup ayam, kerang bakar, nasi kerabu
Tak dinafikan lagi nasi lemak merupakan antara hidangan ‘signature’ dan menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Nasi yang dimasak bersama santan dan dihidangkan bersama sambal, telur, hirisan timun dan ikan bilis goreng ini memang punya keistimewaannya yang tersendiri. Mana tidaknya, dari pagi hingga ke larut malam, hidangan ini sentiasa dijual dan mudah didapati.
Malah, hidangan ini juga diangkat ke kelasnya yang tersendiri dimana ia telah dijadikan tema bagi baju yang bakal diperagakan oleh Samantha Katie James; Miss Universe Malaysia di pertandingan Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat pada penghujung bulan ini. Baju yang direka oleh Brian Khoo ini memang unik. Agaknya berapa banyak manik lah yang digunakan untuk menghasilkan ‘effect’ seperti butiran nasi lemak ni kan?
Sebut pasal nasi lemak ni, rasa laparlah pula. Jom lihat lokasi-lokasi nasi lemak best di sekitar Lembah Klang ni yang boleh anda cuba. Mungkin ada dalam senarai ni yang anda belum ‘test’ lagi.
1. Nasi Lemak Wak Wanjor
Nasi lemak Wak Wanjor adalah nasi lemak yang popular di kalangan warga kota yang mana difahamkan telah dibuka sehjak tahun 80an lagi. Terletak di Kampung Baru, nasi lemak ini memang menjadi pilihan ramai. Nasinya dijual dengan harga serendah RM3 dan terdapat pelbagai pilihan lauk pauk lain seperti lauk sotong, ayam, daging, paru, limpa dan banyak lagi.
Lokasi : Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Cili Kampung telah menghidangkan masakan asli Melayu sejak 2017. Sebuah perniagaan keluarga yang menggunakan resipi keluarga tradisional turun temurun.
Cili Kampung terkenal dengan hidangan Negeri Sembilan yang lazat di Langkawi kini di Hartamas pula.
Sempena bulan Ramadan, Cili Kampung Hartamas mengadakan bufet hidangan kegemaran anda.Bersedia untuk berbuka puasa di restoran dengan dekorasi yang cantik.
Satu perkara yang anda mesti cuba di sini ialah hidangan klasik Negeri Sembilan mereka yang menjadi kegemaran ramai pengunjung Cili Kampung. Signature Masak Lomak wajib cuba di sini! Alas kelapa kuning dicampur dengan banyak herba dan rempah ratus.
Selain itu, cubalah Daging Masak Kicap mereka yang dimasak dengan banyak rempah dan sos kacang soya serta Daging Masak Minang. Pencinta makanan laut pasti menyukai Tenggiri Sambal Petai dan Sotong Cili Api – kedua-duanya dimasak menggunakan campuran cili dan pes cili buatan sendiri. Hidangan ini pastinya menyelerakan dari segi kepedasan dan rasa
Sudah tentu, bufet Ramadan yang sempurna tidak akan lengkap tanpa beberapa hidangan kegemaran anda. Pergi ke stesen Bakar dan kawasan bufet di luar untuk bahagian makan semuanya menyelerakan. Kambing Golek yang baru dipanggang, Satay Daging/Ayam, Rendang Ayam & Daging dan banyak lagi.
Selain daripada hidangan utama, tidak boleh ketinggalan menikmati pelbagai hidangan pembuka, pencuci mulut yang disediakan mereka. Isi perut anda dengan semua kuih muih kegemaran anda dan ais kacang yang boleh disesuaikan. Terdapat juga pelbagai pilihan minuman boleh isi semula yang boleh anda rasa.
Jom! Masa untuk berbuka puasa di Bufet Ramadan Cili Kampung.Ajak keluarga dan rakan-rakan anda untuk menikmati hidangan bufet Ramadan asli Negeri Sembilan.
Bufet Ramadan di Cili Kampung bermula dari 4 April hingga 2 Mei.Buat tempahan anda sekarang.
Cili Kampung Hartamas
Lokasi: Lot No V-02, Hartamas Walk, Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur