
Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
sambal tempe fb.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Asiah Jafar dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gebu Macam Kapas, Sedap Betul Rasa Sponge Milky Chocolate Cake Ni

Sponge Milky Chocolate Cake perkongsian dari FB Azlina Ina Fans ni kelihatan sangat sedap dan membuka selera. Bak kata empunya resipi dalam hantaran beliau di media sosial,” Siapa siapa nak buat makan kosong, sedap siapa nak untuk kek birthday. Gebu sangat dan sedap dimakan.” Ramuannynya pun mudah je. Selain menggunakan serbuk koko, penambahan emulco coklat dan susu kotak coklat menjadikan rasa kek ini jadi lebih enak, lembab dan gebu. Anda nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan juga cara penyediaannya.
RESIPI SPONGE MILKY CHOCOLATE CAKE
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji telur gred B
- 1 sudu makan ovallate – beli online disini
- 1 cawan gula halus (200-210gm) – beli online disini
- 2 cawan tepung naik sendiri / self-raising (200gm) – beli online disini
- 4 sudu makan @ 30gm serbuk koko – beli online disini
- 1 sudu makan emulco coklat – beli online disini
- 1 sudu teh esen creamy vanilla – beli online disini
- 1/4 cawan @ 60gm susu kotak coklat
- 1/2 cawan mentega cair – boleh ganti dengan 70-80gm minyak jagung
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali mentega cair @ minyak jagung ke dalam pengadun. Adun guna kelajuan rendah.
2. Bila bahan-bahan sudah sebati, adun bahan guna kelajuan tinggi sampai warna adunan dari warna perang tua (dark brown) bertukar menjadi perang cerah (soft brown). Masanya bergantung pada kelajuan mesin pengadun masing-masing.
3. Bila telah bertukar warna, matikan pengadun.
4. Masukkan mentega cair. Jika tiada, boleh guna minyak jagung.
5. Alas loyang saiz 6 inci dengan baking paper.
6. Tuang adunan ke dalam loyang. Adunan ini seberat 420gm, jadi akan dapat 2 loyang kek.
7. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C selama 5 minit.
8. Hentak sedikit loyang kek tadi dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit menggunakan api atas bawah.
9. Bila kek sudah masak, terbalikkan kek ke atas papan yang telah dilapik dengan tisu dapur. kemauian terbalikkan sekali lagi ke kedudukan asal.
10. Sponge Milky Chocolate Cake siap disediakan. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Azlina Ina Fans
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Idea Menu Eat Clean Untuk 40 Hari

Dalam pemakanan kita setiap hari perlulah seimbang agar tubuh sihat. Perlu tahu makanan yang baik untuk tubuh dan sebaiknya memilihnya dengan cara yang tepat. Anda mampu mengawal berat jika tahu setiap kalori makanan yang diambil. Turun berat badan kemudian memiliki tubuh yang lebih langsing tentu sahaja menjadi keinginan sesiapa pun. Ada yang puas berusaha namun badan masih kekal berlemak di sana sini, mana salahnya mungkin tidak bijak memilih makanan dan menyusun diet dengan tepat.
Ternyata, ia membuatkan diri rasa down dan enggan berusaha. Akhirnya bersikap reda dengan bentuk badan sedia ada. Kebaikan menjaga tubuh badan bukan hanya untuk penampilan malah paling utama untuk kesihatan. Fahami apa yang terbaik untuk tubuh agar anda kekal sihat dan bertenaga.
Program diet Eat Clean (Makan Bersih) adalah mengenai makan makanan pada tahap yang paling semula jadi. Ini bermakna anda mengelakkan makanan yang diproses, makanan yang mempunyai banyak pengawet, makanan yang banyak gula dan makanan dengan tahap yang tinggi lemak jahat/kolesterol (sesetengah lemak tepu/semua lemak trans). Selain itu, anda juga perlu mengelakkan pengambilan makanan yang telah disuntik dengan dos bahan kimia.
Sebab utama anda perlu “makan bersih” adalah untuk meningkatkan kesihatan. Dengan mengelakkan bahan kimia, pengawet dan gula halus, anda berupaya untuk mengurangkannya, sekali gus menggelakkan pelbagai penyakit.
Bersama Coach Yatie Nadzli beliau kongsikan 40 menu program pemakanan sihat dan EAT CLEAN yang boleh anda ikuti. Jika lakukan dengan konsisten, pasti hasrat untuk kurus berjaya. Selamat mencuba!
EAT CLEAN adalah perkara yang paling penting dalam proses Turun Berat Badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80% kejayaaan turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching, saya fokus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
FAHAMI APA ITU EAT CLEAN
✔ Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. makan nasi bukan bihun, mee.
✔ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
✔ Makan 4-5x sehari ikut keperluan kalori badan.
JAUHKAN MAKANAN INI SEMASA PROGRAM EAT CLEAN
🙅🏼 Semua makanan bergoreng
🙅🏼 Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
🙅🏼 Semua jenis air manis
🙅🏼 Processed food nugget, hotdog
🙅🏼 Fast food KFC, MCD, PIZZA
🙅🏼 SEMUA jenis sos dan kicap
🙅🏼 Kerepek, kekacang yang bersalut
Untuk penggemar produk dan makanan organik, bolehlah lihat pelbagai produk organik yang berkhasiat dan menyihatkan di sini:
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini jadi makanan ruji kita.
EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!
Ya sangat betul! Selama ni puas buat senaman dan makan macam-macam ubat kurus untuk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita. Minuman kita.
Jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
SENARAI MENU NASI CARA EAT CLEAN UNTUK 40 HARI


















Resipi Nasi Daging Ekspres Paling Mudah, Guna 1 Bahan Penting Ini

Pertama kali merasai keenakan nasi daging, pasti ingin mencuba lagi berulang kali. Dinikmati pula dengan hirisan daging lembut berserta air asam, memang mengundang selera.
Adakala kita tiada kesempatan waktu untuk menyediakan nasi daging ini, tetapi selera pada ketika itu teringin benar nak menikmatinya. Jangan risau. Ada resipi ekspres dan cara paling mudah dan pantas untuk menyediakan nasi daging.
Rahsianya ada pada Kurma Daging Adabi. Tak perlu lagi bersusah payah beli rempah kurma dan daging di pasaraya. Satu tin sudah cukup lengkap, cukup rasa.
Pernah tular suatu ketika dahulu, kali ini kita ikuti perkongsian daripada Hidayah Terbilang yang turut sama tidak ketinggalan mencuba resipi Nasi Daging Adabi yang tular ini. Jom kita buat.
NASI DAGING ADABI
BAHAN-BAHAN:
Tomato
Rempah 3 sekawan – Boleh beli online di sini
Cili hijau
Marjerin Planta – Boleh beli online di sini
1 tin Kurma Daging Adabi – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Panaskan marjerin dan tumiskan tomato yang telah dipotong dadu.
Tumis sekali bersama rempah tiga sekawan dan cili hijau.
Kemudian, tuangkan 1 tin Kurma Daging Adabi. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan kuah tumisan tadi ke dalam beras.
Tambahkan garam dan kiub pati ayam dan daging.
Rebus di dalam ini dan masaklah seperti biasa. Untuk 2 pot beras basmati, bersamaan dengan 3 pot air dan 1 tin Kurma Daging Adabi.
Jika rasa kurang rajin untuk menumis, boleh tuangkan saja Kurma Daging Adabi ini ke dalam beras. Konsepnya sama seperti masak beriani kambing Adabi.
AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
Tomato
Bawang besar
Air asam jawa – Boleh beli online di sini
Belacan
Garam
Sos tomato – Boleh beli online di sini
Sambal belacan
Cabai Melaka /cili padi
CARA MEMASAK:
Hiriskan nipis tomato dan bawang besar.
Masukkan sambal belacan.
Campurkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan.
Perasakan dengan garam dan sedikit sos tomato.
Gaulkan semua sekali.
NOTA: Jika tiada sambal belacan, boleh potongkan cili padi.
Selamat mencuba.
Kredit: Hidayah Terbilang
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Air Oren Ala Susu Kultur, Buat Sendiri Minuman Ini Secara Homemade
Resipi Nasi Arab Sedap dan Paling Senang, Guna Bahan Di Dapur Saja
Comelnya Labu. Uniknya Pumpkin Bua Loy, Pencuci Mulut dari Thailand
Cucur Nasi Pedas Comel Bulat-Bulat, Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official