Bila sebut Malaysia, ramai pelancong luar menganggap antara negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan yang asli dan menyelerakan. Malah Malaysia juga disebut ‘syurga’ makanan.
Sebut sahajalah apa-apa jenis makanan yang dipaparkan dalam media sosial hari ini, pastinya mendapat sambutan.
Namun begitu, sayang seribu kali sayang apabila makanan Malaysia gagal menempatkan diri dalam senarai 10 Hidangan Mee Paling Popular Pilihan TasteAtlas di Asia Tenggara, yang dikeluarkan pada 24 Disember 2022.
Sebaliknya, Laksa Indonesia dan Char Kway Teow Singapura tersenarai dalam kedudukan 10 menu mee paling popular di Asia Tenggara.
Manakala Pho Vietnam mendahului di kedudukan pertama dan Pad Thai Thailand di tempat kedua.
Meskipun begitu, kita sepatutnya berbangga kerana Malaysia masih tersenarai dalam senarai 50 Hidangan Paling Popular TasteAtlas di Asia Tenggara.
Buat pengetahuan pembaca RASA, laman sesawang TasteAtlas memaparkan panduan kembara dan pengalaman yang mengumpulkan makanan tradisi, resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan juga artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari seluruh dunia.
Jom kita lihat senarai ‘top 10’ hidangan mee di Asia Tenggara dan di manakah kedudukan Malaysia tercinta kita:
Sempena bulan Ramadan tahun ini, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah RASA sekali lagi meneruskan tradisi memberi dengan menganjurkan program RASA Bubur Lambuk 2U.
Bertempat di Rumah Ketupat, Seksyen 13 Shah Alam, program ini adalah kesinambungan dari Projek RASA Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor yang diadakan pada tahun lalu.
Berikutan situasi wabak Covid-19 yang sedang melanda, untuk tahun ini program Bubur Lambuk ditukar menjadi kempen CSR Majalah RASA supaya bersesuaian dengan situasi semasa.
Projek ini juga adalah sebagai tanda terima kasih serta menghargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah.
Patuh terhadap SOP serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, program Bubur Lambuk 2U ini berjalan dengan lancar dengan sokongan daripada rakan-rakan penaja iaitu Santan S&P dan AJI-SHIO®.
Sebanyak tiga periuk bubur lambuk telah dimasak menggunakan ramuan-ramuan terbaik oleh pihak keterer. Antara ramuan istimewa yang menyedapkan lagi rasa Bubur Lambuk tentunya dengan penggunaan bahan utama iaitu Santan S&P serta AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
600 pek Bubur Lambuk telah berjaya dihasilkan dan diagihkan kepada para petugas di Hospital Shah Alam dan juga Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.
Penyampaian ringkas di Hospital Shah Alam telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Puan Ani Nadila Yusof kepada Timbalan Pengarah (Perubatan) 3, Dr Syrrunnaja Bin Adnan.
Manakala di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam pula, penyerahan pek-pek bubur lambuk telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Jualan, Encik Mohd Affandi Abdullah kepada Ketua Balai, Inspektor Ahmad Fazlin Bin Rasli.
Turut hadir Pengurus Pemasaran Digital, Liew Mei Ling, Pengurus Pemasaran, Kwan Su Khoon dan Eksekutif Pemasaran, Zuliana Zainal Abidin selaku wakil dari pihak Santan S&P serta Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz.
Khabar pemergian Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali menghadap Ilahi awal pagi hari ini membuatkan ramai terkejut. Berita sedih buat kami.
Beliau amat dekat di hati kami karyawan Majalah Rasa kerana dahulu ketika di bawah Grup Majalah Karangkraf dia adalah antara ketua yang menjadi rujukan kami. Malah setelah tidak lagi sebumbung, beliau tetap bertanya khabar, mengambil tahu tentang kami.
Berita pemergiannya telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau. Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Semoga sahabatku Dtk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Berusia 66 tahun, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Beliau juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Tulisannya Sangat Digemari
Kehebatannya dalam bidang penulisan sememangnya tidak perlu dipertikaikan. Professionalismenya dalam profesion ini sangat disanjung, dihormati dan disegani. Tulisannya sentiasa mampu ‘menangkap’ perhatian. Dari isu politik, ekonomi, kemasyaraktan hinggalah kepada penulisan santai yang ringan, mesej yang disampaikan sangat tajam, padat dan tepat. Malah dalam penulisan yang lucu juga pasti terselit sindiran penuh pengajaran. Tidak keras , tidak menimbulkan amarah.
Lalu tidak hairanlah tulisannya sentiasa dinantikan. Cerita tentang kisah keluarga di Majalah Keluarga membuatkan ramai pembaca tidak sabar untuk menunggu untuk kisah bulan hadapannya. Belum lagi kisah pengantin baru dalam kolum yang dikendalikannya di Majalah Pesona Pengantin. Pasti membuatkan pengantin baru dan pengantin lama tersipu-sipu dan senyum sendirian. Malah sering kami yang membaca beramai-ramai berderai tawa kerana baris ayat yang dicoret sentiasa mencuit hati.
Koleksi Buku Tentang Kehidupan & Motivasi
Dalam kesibukan tugasnya, beliau juga sempat menghasilkan beberapa buku tentang kehidupan dan motivasi. Juga dari koleksi artikel yang disiarkan dalam kolum khasnya di beberapa majalah. Antara buku-buku tulisannya adalah Asam, Garam, Kopi & Gula. Kopi O Tanpa Gula, Teh Tarik Kurang Manis dan Dari Menara KL serta Asam Pedas Sirap Bandung,sebuah buku motivasi.
Melihat buku-bukunya, nama-nama makanan menjadi tajuk yang menarik. Ya itulah kehidupan. Ibarat makanan yang kita ambil saban hari. Setiap rasa ada cerita dan kisahnya. Pendekatan mudah ini nyata mudah diterima oleh pembaca.
Beliau juga sangat dekat dihati setiap kakitangan di Karangkraf. Seorang ketua, mentor dan sifu yang sangat disenangi. Sangat disayangi. Yang sentiasa punya jawapan dan jalan penyelesaian dalam setiap masalah terutama dalam penulisan. Ideanya sentiasa mencurah, nasihat dan ceritanya pasti membuatkan ramai kakitangan merasa sangat selesa kala berbicara dengannya.
Setiap kakitangan disapa dengan mesra. Bertanya khabar bukan sahaja tentang kerja, malah tentang kehidupan dan keluarga juga. Sambil pasti memberi nasihat dan ingatan. Pasti selalu dalam berbicara akan juga diingatkan kami, agar selalu jaga ibu ayah, jaga keluarga, jaga isteri, jaga suami , jaga anak-anak. Jasa dan budi baiknya akan sentiasan kami hargai. Kebaikan, nasihat dan perkongsian ilmunya akan tetap kami kenang.
Doa kami semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. – Ida Abd Aziz – Editor Pengurusan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hero Remaja kembali lagi dalam edisi yang ke-11 dengan kehadiran Scha Alyahya dan Dato’ Rosyam Nor sebagai juri tetap program pencarian “Hero Remaja 2021” dan Shaza Bae (Dewi Remaja 2019) bergandingan dengan Nadhir Nasar (Hero Remaja 2020) sebagai hos sepanjang program ini yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) atau boleh distrim melalui aplikasi Astro Go dan On Demand sebanyak 8 episod setiap hari Sabtu bermula 11 September ini tepat jam 9 Malam.
12 Finalis Hero Remaja 2021 akan di nilai dari segi potensi dan kelebihan setiap finalis sepanjang program ini sebelum dinobatkan sebagai juara di pusingan akhir nanti.
Mulai 22 September, penonton juga boleh menonton keletah dan gelagat sebanyak 8 “webepisode” pengalaman Bersama 12 finalis Hero Remaja 2021 ini menerusi laman digital dan media sosial Majalah Remaja sebagai hiburan tambahan.
Kelebihan program pencarian “Hero Remaja 2021” kalini adalah finalis perlu merebut dua gelaran selain gelaran juara Hero Remaja 2021 iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite. Penonton yang mempunyai hero pilihan boleh mengundi dengan menekan butang ‘vote’ pada profil hero pilihan anda melalui laman web www.remaja.my/hero pada setiap hari dan akan terus di buka sehingga finale.
Turut di raikan selaku penaja program pencarian “Hero Remaja 2021”, Nivea Men yang akan mempersiapkan finalis sepanjang program ini ditayangkan.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021 melalui laman web www.remaja/hero, Facebook [Majalah Remaja], dan Instagram [majalahremaja]
Hashtag :
#HeroRemaja
#HeroRemaja2021
#majalahremaja
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika selalu asyik hidang air sirap je, boleh cuba kelainan sediakan pati air fanta hijau ni. Rasanya sebiji macam rasa air fanta yang dijual cuma takde rasa gas.