Sebanyak RM30 bakal diagihkan mulai hari ini kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun.

Tebus RM30 Insentif E-tunai Rakyat 2020 Hari Ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, program e-Tunai Rakyat itu yang dilancarkan dengan dana keseluruhan RM450 juta akan disalurkan melalui tiga pengendali e-dompet terbesar di Malaysia iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go. Menurutnya, RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali yang terpilih.

Tebus RM30 Insentif E-tunai Rakyat 2020 Hari Ini.
Lim Guan Eng – Foto: Bernama

Program e-Tunai Rakyat ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Oktober 2019.”

GUNA SEBELUM 14 MAC 2020

Menurut Lim Guan Eng lagi, inisiatif e-Tunai Rakyat ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital di kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya di sektor runcit. Oleh itu, Kementerian Kewangan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat daripada insentif e-Tunai Rakyat sebelum 14 Mac 2020.

Tebus RM30 Insentif E-tunai Rakyat 2020 Hari Ini.

IKLAN

Insentif e-Tunai Rakyat ini adalah komitmen kerajaan bagi memenuhi agenda Kemakmuran Bersama dengan mengurangkan halangan ke arah digitalisasi dan meningkatkan keterangkuman kewangan.

Bagi memastikan supaya insentif ini akan mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 tersebut perlu dibelanjakan oleh penerima bermula pada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020. Baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas 14 Mac 2020.

Khazanah Nasional Berhad merupakan pelaksana program e-Tunai Rakyat ini. Ketiga-tiga pengendali e-dompet telah dipilih berdasarkan kepada kemampuan mereka untuk memastikan supaya insentif ini dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan selewat-lewat pada bulan Januari 2020,” katanya.

CARA TEBUS E-TUNAI

Melalui insentif RM30 yang diberikan ini anda boleh membelanjakannya melalui eDompet bagi pembayaran makanan, pengangkutan, penghantaran dan sebagainya. Ia tidak boleh dipindahkan ke akaun pengguna lain atau ditukar kepada tunai.

IKLAN

1. TnG eWallet

Tebus RM30 Insentif E-tunai Rakyat 2020 Hari Ini.

  • Muat turun aplikasi TnG eWallet untuk Android atau iOS dan daftar akaun bagi pengguna kali pertama.
  • Kemudian pergi ke bahagian profile > Account Verification dan seterusnya tekan butang Verify Account.
  • Anda perlu ikuti langkah-langkah pengesahan akaun seperti mengambil gambar kad pengenalan, selfie dan mengisi beberapa maklumat.
  • Pengesahan ini dibuat untuk mengenal pasti, sama ada pengguna layak menerima atau sudah membuat penebusan di eDompet lain atau belum.

Tebus RM30 Insentif E-tunai Rakyat 2020 Hari Ini.

2. Grabpay

IKLAN

Tebus RM30 Insentif E-tunai Rakyat 2020 Hari Ini.

  • Muat turun aplikasi Grab untuk Android atau iOS dan daftar akaun bagi pengguna kali pertama.
  • Setelah itu pergi ke bahagian Payment dan aktifkan Grabpay.
  • Anda akan diminta untuk membuat mengambil gambar kad pengenalan dan beberapa maklumat berkaitan.
  • Tekan butang Claim It Now pada GrabPay Wallet pada 15 Januari, kemudian ikuti 3 langkah; Sahkan kelayakan, sahkan identiti dan kemudian selfie.
  • Menurut laman soal jawab Grab, insentif RM30 itu mungkin mengambil masa sehingga 5 hari (dari tarikh penebusan) untuk dimasukkan dalam GrabPay Wallet.

3. Boost

Tebus RM30 Insentif E-tunai Rakyat 2020 Hari Ini.

  • Muat turun aplikasi Boost untuk Android atau iOS dan daftar akaun bagi pengguna kali pertama.
  • Naik taraf kepada Premium Wallet dan sahkan.

  • Klik iniasitif e-Tunai Rakyat pada paparan utama aplikasi Boost bermula 15 Januari 2020.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI