Wahai mak-mak sekalian, cuba periksa ada kurma ke tidak di dapur? Ataupun tersimpan elok di dalam peti sejuk sejak dari bulan puasa yang lalu.
Tapi apa nak buat ye dengan kurma lebihan ni? Haa, jangan buang ye. Selain boleh dibuat sebagai minuman sihat, kurma boleh juga dijadikan salah satu bahan untuk kek!
Resipi perkongsian saudari Asmidar Nor, boleh dijadikan sebagai juadah makan petang sempena projek PKP di rumah.
Jom la komee kita buat Kek Kurma Homemade sendiri saja.
1.Lenyekkan kurma lembik tetapi jangan terlalu kasar atau terlalu halus. Ketepikan.
2.Satukan marjerin dan gula. Kacau guna senduk sahaja sampai sebati. Masukkan telur satu persatu, jangan semua sekali ye. Kemudian, masukkan sedikit esen vanilla.
3. Masukkan kurma yang telah dilenyekkan tadi. Kacau sebati. Kemudian, masukkan tepung yang diayakkan tadi. Kacau sebati sekali lagi.
4. Sapu loyang dengan minyak atau alas dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang. Kemudian, tabur kurma keras tadi ikut kreativiti masing-masing.
Ads
5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 55 minit. (bergantung kepada ketuhar masing-masing).
Resipi sambal sardin goreng rangup ini memang lain dari sambal sardin yang biasa kita masak.
Ikannya tak lembik kerana ia terlebih dahulu digoreng dengan tepung dan digoreng garing sebelum ditumis.
Lebih enak sambalnya dimasak menggunakan kuah asal dari dalam tin, digabung dengan cili, bawang dan hirisan tomato yang menjadikan rasanya lebih mantap dan beraroma. Lauk sardin dari Rizal Channel ini memang kena cuba.
Resipi sambal sardin goreng rangup
Bahan-bahan
1 tin besar sardin-asingkan kuahnya
Tepung jagung
Bawang merah -dihiris
Halia- dihiris memanjang
Tomato -dipotong
Limau nipis -diperah jus
Bahan dikisar
Lada besar
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Cara memasak
1. Letak tepung jagung dalam bekas, ambil ikan sardine yang sudah diasingkan dari kuah tadi kemudian gaulkan setiap satu hingga tepung meliputi semua seluruh ikan.
2. Panaskan kuali kemudian goreng ikan sardine tadi hingga garing. Angkat dan tos.
3. Seterusnya tumis bawang merah yang dihiris hingga naik bau, kemudian masukkan hirisan halia Bersama dengan tomato. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga tumisan masak.
5. Tuangkan kuah sardine yang diasingkan tadi dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya diikuti dengan perahan limau nipis. Kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan ikan sardine yang siap digoreng rangup tadi. Gaul rata dan tutup api. Sedia dihidangkan.
Ginger Beef Kuetiau salah satu hidangan popular di restoren Cina Muslim. Jika selalu menikmatinya di luar apa kata belajar masak sendiri menu ini di rumah. Boleh cuba ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Nasriah Ramli.
Ginger beef kuetiau homemade
Bahan-bahan
Kuetiau
Daging
4 ulas bawang putih -mayang halus
Halia muda – dipotong nipis
2 biji telur
Daun bawang – dipotong
3 sudu makan tepung jagung -dibancuh dengan air
1 kiub bilis
3 sudu makan sos tiram
Cara memasak
1. Kuetiau digaul dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian goreng sekejap guna api besar. Tutup api. Ketepikan.
2. Daging direbus hingga empuk. Air rebusan disimpan dan daging ditos serta dihiris nipis.
3. Goreng daging dalam 10 minit, letak sedikit garam. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram dan tambah 1 cawan air.
5. Biar mendidih kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa serta sikit gula.
6. Pecahkan telur dalam, kacau dan tuang dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.
7. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau. Bila dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang.
8. Letak kuetiau dalam pinggan dan siram kuah tadi di atasnya. Dah siap ginger beef kuetiau.
MAGGI® Cukup Rasa berkongsi 3 resipi berasaskan ayam yang istimewa, sesuai di masak untuk hidangan di rumah yang lazat dan enak untuk seisi keluarga. Pasti berselera ketika menjamahnya, menu paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.
AYAM BALADO HIJAU
BAHAN-BAHAN A:
5-6 ketul ayam
3 cawan air
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
2 helai daun salam
1 batang serai
4 biji buah keras | kisar
BAHAN-BAHAN B:
10 biji cili hijau | tumbuk kasar
2 biji tomato hijau | tumbuk kasar
1 sudu makan air asam
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumurkan pada ayam bersama buah keras dan 1 sudu makan MAGGI® Cukup R Kemudian rebus ayam bersama daun salam, serai dan 3 cawan air hingga air hampir kering.
Angkat ayam dari periuk lalu goreng ayam dalam minyak yang panas hingga keperangan. Ketepikan.
Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B yang ditumbuk kasar hingga harum dan tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya. Tambah air asam dan gaul sebati.
Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. Hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Sekiranya suka pedas, boleh tambah cili padi hijau dalam kuantiti yang dikehendaki. Tomato hijau akan memberi rasa masam semulajadi ke dalam makanan. Jika suka, boleh juga ditambah hirisan belimbing buluh.
AYAM SAMBAL BAWANG
BAHAN-BAHAN A:
5-6 ketul ayam
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
1 sudu makan serbuk cili
BAHAN-BAHAN B:
3 sudu makan cili kisar
1 batang serai | titik
2 labu bawang besar | dadu kasar
1 sudu teh air asam jawa
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Perap ayam bersama MAGGI® Cukup Rasa dan serbuk cili selama sejam atau lebih. Kemudian goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis cili kisar hingga cili masak.
Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati.Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan gaul sebati.
Tuang sambal bawang ke atas ayam goreng dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Jika suka pedas, boleh tambah cili padi yang dikisar bersama cili kering. Api jangan terlalu besar ketika menumis cili. Ini kerana api yang besar akan membuatkan cili tak masak sepenuhnya dan pahit.
AYAM DAN SAYUR TUMIS KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
2 keping dada ayam | hiris nipis dan gaul dengan MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
200 gram bunga kobis | potong kecil
10 batang kacang buncis | potong kecil
1 batang lobak merah | hiris memanjang
1 bij cili merah | hiris
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji sawi
MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam hingga agak perang.
Tambah serbuk kunyit dan biji sawi. Tumis sebati.
Masukkan bunga kobis, lobak merah, kacang buncis dan cili merah lalu kacau rata. Biarkan beberapa minit masak hingga semua sayur lembut. Jika perlu tambah sedikit air.
Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan kacau rata. Hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR: Selain sayur-sayur yang terdapat dalam resipi ini, boleh juga gantikan dengan pelbagai sayur lain mengikut citarasa. Sayur tak perlu ditumis keterlaluan untuk mengekalkan khasiatnya.
Jangan buang kulit tembikai! Cuba resipi sayur tumis kulit tembikai yang sedap, unik dan berkhasiat ini. Lauk kampung ringkas tapi padu, wajib cuba kalau belum pernah rasa.