Bila disebut kuih Melayu Tradisional, tepung dan beras pulut memang di antara bahan ‘popular’ terkandung dalam ramuannya. Pulut menjadikan kuih mengenyangkan dan sesuai disajikan waktu sarapan esok mahupun petang.
Jom kita cuba warisan resipi zaman berzaman. warisan budaya usah dilupa
PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
50 gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300 gm kelapa parut | diambil putih sahaja
Bahan pulut :
100 gm beras pulut | direndam 3- 4 jam toskan
100 ml air
50 ml santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
4. Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
Ads
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
2. Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap. Angkat dan ketepikan.
3. Ambil sedikit beras pulu yang sudah masak tadi, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
4. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
5. Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2 .TEPUNG GOMAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan salutan :
500 gm kacang hijau
Bahan inti :
Air secukupnya
200 gm gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1 sudu makan tepung gandum
1 biji kelapa parut
Bahan Kuih:
500 gm tepung pulut
Garam secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak bahan salutan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan
3. Kisar kacang hijau hingga halus seperti tepuk. Ayakkan dan ketepikan.
Cara masak inti :
1. Masak gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
2. Biarkan gula larut, angkat dan tapiskan
3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula.
4. Kacau hingga inti masak dan sebati.
5. Angkat dan sejukkan dahulu.
6. Bulat-bulatkan dan ketepikan
Cara memasak :
1. Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
3. Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.
4. Masak air, selepas mendidih masukkan kuih. Masak hingga kuih timbul dan angkat.
5. Gaul atau golekkan dengan bahan salutan, siap dihidangkan
Saiz hidangan : 30- 40 orang makan
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kenyal dan kaya rasa kacang hijau
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis boleh juga menggunakan inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut dan gula Melaka. Cuma inti kelapa manis gula Melaka memberi variasi rasa.
3.KUIH BOM
Ads
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
1 biji kelapa parut/ putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula Melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan /disimpul
Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6 .Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
Ads
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
4.TAPAI PULUT
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras pulut | basuh bersih dan rendam selama tiga jam
1/2 biji ragi
Daun pisang atau daun getah untuk membungkus
CARA MEMASAK :
1. Tanak pulut hingga masak. Sukat pulut menggunakan 5 cawan air panas untuk 5 cawan pulut. Boleh gunakan periuk elektrik
2. Selepas pulut masak letakkan dalam dulang dan sejukkan.
3. Ayakkkan ragi di seluruh permukaan pulut, terbalikkan dan ayak lagi di atas bahagian sebelah.
4. Bungkus pulut dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama dua hari dalam periuk besar bertutup yang sudah dialas dan ditutup dengan daun pisang.
5. Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tanak dan peram
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Peram selama 48 jam untuk dapatkan hasil tapai yang cukup rasa manis dan masaknya.
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Jangan masukkan tapai yang belum cukup tempoh peraman ke dalam peti air kerana ia akan membantutkan proses menapainya. Sedap dimakan sejuk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kuih generasi mak-mak dan opah ni elok sangat dipopularkan kembali. Nak nak oleh generasi muda. Sayang kalau kuih ni berlalu dan hilang begitu sahaja.
Tengok aje Lompang Sagu ni bukan hanya cantik dipandang tapi rasanya pun sedap manis dan tekstur kenyal memang layanlah kalau buat kudapan teman kopi di petang hari. Nak membuatnya cukup senang perlu tiga bahan utama je, sagu kelapa dan gula. Kuih Wadai Kipeng ni pun dah agak jarang dihidangkan
Apa lagi korang kena cuba dulu, baru tahu rasanya….
KUIH LOMPANG SAGU
.
BAHAN-BAHAN:
300gm sagu mata ikan warna hijau – beli online DI SINI
CARA MEMASAK: 1. Cuci sagu di bawah air mengalir kemudian toskannya. 2. Taburkan sedikit garam dan gaul rata dan padatkan. Ketepikan. 3. Sementara itu, campurkan campurkan kelapa dengan gula, pewana merah dan secubit garam, gaul rata dan goreng sangai hingga sedikit garing. 4. Setelah masak, ketepikan, biar sejuk. 5. Panaskan pengukus, sementara itu masukkan sagu dalam acuan kuih lompamg 3/4 acuan. 6. Tekan tengahnya untuk membentuk lubang dan masukkan inti merah di tengahnya. 7. Kukus hingga masak (lebih kurang 15-20 minit. 8.Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
CARA MEMASAK: 1. Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata. 2. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli. 3. Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut. 4. Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh. 5. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi. 6. Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk. 7. Sementara itu, sediakan kuah santan. 8. Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan. 9. Didihkan atas dapur dengan api sederhana dan sentiasa kacau. 10.Apabila mendidih, tutup api. 11. Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan.
ANDA MENCARI ALAT PENGUKUS TERKINI DAN EFEKTIF, JOM BELI DI SINI
Ikan goreng garing saja pun tapi boleh jadi lauk yang cukup enak kalau dalamnya juicy tak keras. Makan dengan nasi panas dan kicap saja pun dah cukup sedap.
Tapi untuk dapat hasil ikan goreng yang begini memang ada tekniknya terutama Ketika menggoreng. Dikongsi oleh Ben Safwan boleh gunakan tip ini ya.
Tip goreng ikan garing tapi dalamnya ‘juicy’
1. Bersihkan ikan, kemudian gaul dengan sedikit garam.
2. Panaskan minyak, sebaiknya minyak banyak kemudian masukkan ikan.
3. Gunakan api sederhana, goreng ikan 6-7 minit sebelum terbalikkan. Jika ikan sudah boleh dibalikkan tanpa tertanggal kulit bermakna ikan sudah masak. Goreng 3-4 minit lagi untuk bahagian sebelah lagi. Kemudian bolehlah diangkat dan tos minyak.
4. Lagi sedap jika ikan goreng ini dihidangkan panas-panas. Boleh makan dengan nasi dan diratah.
Info: Ikan ini memang hanya digaul dengan garam tanpa kunyit. Lebih asli rasanya.
Kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng?
Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.
Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.
Bagi memastikan ikan tak melekat, minyak hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Agak-agak sedikit berasap barulah dimasukkan ikan.
Dah lama tak minum petang. Maklumlah, sebulan berpuasa kan. Bagi anda yang teringin sangat nak makan Cokodok Pisang yang sedap, ni ada resipi mudah yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...