Pelakon kecil molek dan berbakat besar ini tampil ayu berjubah untuk sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan. Tentunya memberi lembaran baru buat Elfira kerana Ramadan kali ini lebih bermakna, diraikan bersama suami tersayang. Sebagai orang baru dalam melayari kehidupan berumah tangga pastinya hidangan dari air tangan isteri mengikat kasih sayang keduanya.
Bercerita mengenai nostalgia Ramadan, Elfira akui sangat mengujakan. “Kalau bulan Ramadan, beberapa hari sebelum raya kami akan pulang ke kampung di Kedah dan sediakan bahan-bahan memasak untuk raya. Bakar lemang, masak rendang dekat luar, kutip kayu yang kering. Semua itu kenangan sungguh bermakna.
Biasanya raya di kampung, pagi-pagi masakannya sudah berat seperti nasi dan pelbagai variasi makanan. Namun laksa Kedah seperti dessert. Walaupun nasi, rendang dan ketupat daun palas sudah ada, laksa wajib ada. Ketupat daun palas kacang soya jadi kegemaran Elfira. Perkara yang paling susah ialah nak membalutnya. Kadang boleh buat kita keliru dan kalau telalu rapat membalutnya, rasa kurang sedap.
Rendang daging tok menjadi menu yang wajib dimasak atas kayu api oleh atuk Elfira. Memasak lauk ini mengambil masa yang lama jadi Elfira akan bantu memasak dan menunggu sambil mengacau rendang tersebut panas-panas agar tidak hangit.
Ads
Kalau Ramadan biasanya kuih dibeli. “Ada banyak pilihan yang El suka. Kalau cerita pasal manisan, apa yang saya beli ialah kuih muih. El suka beli kuih bakar, tepung pelita, kuih keria, cara berlauk dan bubur.
Untuk hidangan berbuka puasa, Chef Wan menyediakan Ikan Bakar Portugis yang turut menjadi kegemaran Elfira. “Kalau tidak ada ikan besar, ikan saiz sederhana pun boleh seperti ikan siakap dan juga ikan bawal. Bawal putih atau bawah hitam pun sedap untuk dimasak sebegini.
IKAN BAKAR PORTUGIS BAHAN-BAHAN:
600g ( 1 ekor) ikan merah
1/2 sudu makan sos ikan
Gula dan garam secukup rasa
1 helai daun pisang
BAHAN SAMBAL:
4 tangkai cili merah | dibuang biji dan dikisar
8 ulas bawang merah | dikisar
1 batang serai | dihiris halus dan dikisar
1/2 sudu teh belacan
1 sudu makan serbuk cili | dikisar
4 sudu makan minyak masak
1/2 biji limau nipis | diperah jusnya
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK:
1. Potong bahagian atas dan bawah ikan untuk isikan sambal
2. Kelar ikan agar mudah dimasak
3. Isikan sambal ke dalam bahagian ikan yang telah dipotong dan bungkus dengan daun pisang.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 30 minit.
5. Setelah masak,perah sedikit limau,sos ikan dan taburkan sedikit garam jika perlu.
Jika ada masa, macam-macam snek serta kudapan ringan yang boleh disediakan untuk ahli keluarga. Makanan-makanan homemade ini ternyata lebih enak malah lebih diyakini dari segi kebersihan, halal serta kandungan yang digunakan dalam penghasilannya. Bagi anda yang gemar menyediakan kudapan untuk anak-anak, ini salah satu yang perlu anda cuba. Penuh dengan rasa keju. Memang terbaik!
BAHAN-BAHAN:
250gm keju Mozarella parut (jika beli yang ketul, parutkan supaya senang cair.)
250gm krim keju
1 cawan daun bayam racik (daun sahaja tanpa batang.)
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus
1 sudu teh garam halus
BAHAN SALUTAN:
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur | dipukul
1 cawan serbuk roti oren
Nota: ** Nak tambah isi ayam cincang pun boleh. ** Nak gantikan bayam dengan daun sawi pun boleh. ** Nak guna carrot pun sedap. Caranya ialah parut halus dan perah sikit airnya. ** Nak guna brokoli pun ok. Ambil kepala brokoli tu cincang halus. ** Nak campur pun ok sangat-sangat. Ikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Masak guna api perlahan sahaja bagi elakkan bawang garing.
2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau hingga cair.
3. Bila keju dah cair, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.
4. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Boleh juga sapukan sedikit minyak pada bekas. Jika nak buat bentuk bulat, kepal semasa keju masih panas. Sebab jika dah sejuk, susah nak bentukkan keju tersebut.
5. Tekan-tekan keju supaya rata. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga set.
6. Bila dah pejal, potong keju menjadi kepingan serta saiz yang digemari. Sebaiknya jangan terlalu tebal atau nipis. Jika tak nak potong, boleh juga terap menggunakan ‘cookies cutter’. Bentuknya cantik nanti.
7. Salutkan dengan 1/2 cawan tepung gandum.
8. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang poses beberapa kali. Urutannya ialah: tepung – telur-tepung-telur.
9. Salut pula dengan dengan serbuk roti berwarna oren hingga rata.
10. Simpan kepingan keju di tempat beku selama 15 minit sebelum digoreng.
11. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan. Jika nak ‘frozen’kan pun boleh.
Kalau anda masih tercari-cari apa kuih raya nak buat, masukkan resipi biskut ini dalam list biskut yang akan dibuat menjelang raya nanti. Ianya senang dan tak perlu acuan, bulat-bulatkan atau sudukan je doh ke dalam dulang pembakar.
Kala semua pulang ke kampung, SOP jangan pula dilupa. Bila dah sampai di kampung, rai lah kedua ibu bapa dengan menu minum petang yang mereka suka. Sambil berbual dan nikmati kuih buatan anak, pasti tersenyum gembira orang tua kita.
Belebat keledek oren Bahan-bahan: 2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung jagung (pilihan)-BELI ONLINE DI SINI 4 cawan santan-BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan gula 1 sudu kecil garam 1/2 kg keledek oren
Cara memasak:
1.Keledek dikupas dan dipotong dadu.Basuh dan rendamkan (1/2 jam).Didihkan air.Toskan keledek.Masukkan ke dalam loyang.Gaulkan dengan 1/2 sudu kecil garam dan kukus keledek selama 15 minit atau hingga masak (jangan sampai empuk).Bila dah masak ketepikan. 2.Bancuhkan bahan-bahan lain dalam sebuah periuk.Kacau rata hingga sebati. 3.Buka api perlahan sahaja.Kacau bancuhan hingga likat dan mula nak berketul.masukkan keledek.Kacau perlahan hingga berketul.Tutup api dapur,biarkan adunan sejuk. 4.Basuh daun pisang.layur daun di atas api dapur.lapkan hingga bersih.Potong daun pisang kepada bahagian kecil (lebih kurang besar tapak tangan).
5.Sudukan adunan keledek ke dalam daun.Bungkus seperti bungkusan nasi lemak.Susun ke dalam kukusan. 6.Didihkan air.kukus kuih selama 10-12 minit.bila dah masak, angkat dan biarkan sejuk sedap dimakan.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...