Ada yang panggil kuih bakar pandan, ada yang panggil bingka tepung. Tapi suka yang jenis kosong begini tidak letak bijan. Janji sedap dan menjadi kuih kesukaan seisi keluarga.
Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula (kurangkan kalau tak nak manis)
1 cawan air pandan
2 1/2 cawan santan
Sedikit garam
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan dan kacau.
2.Nak bagi sebati , boleh blend kejap.
Ads
3.Kemudian bolehlah dimasukkan dalam loyang dan dibakar.
4.Bakar dalam oven suhu dengan suhu 200 selama 1 jam.Kalau nak kerak lebih, bakar la lama sikit.
Anda peminat kuih muih melayu? Susah nak dapat yang benar-benar menepati cita rasa. Buat untuk minum petang memang sedap dipadan pula dengan kopi panas, gerenti tak cukup sebiji. Kalau ada yang nak cuba buat, dikongsikan resipi membuatnya.
Dangai Kukus
(Anggaran 26 biji saiz lompang kecil)
Bahan-bahan:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Gula merah atau gula Melaka secukupnya
Cara membuat:
1.Masukkan 3 cawan kelapa parut putih bersama 1 cawan tepung pulut dan sedikit garam.
2.Gaul manja semuanya.
3.Masukkan 1 sudu penuh kelapa parut tadi ke dalam acuan. Tekan-tekan manja kelapa tersebut. buat lubang tengah dan masukkan 1 sudu kecil membukit gula merah atau gula Melaka.
4)Sediakan air kukusan. nak lebih wangi, masukkan 4 helai daun pandan ke dalam air kukusan tersebut. untuk aroma yang wangi. Setelah itu boleh kukus kuih dangai tersebut sehingga kuih masak
Sedapnya Kuih Kalakatar @ Kuih Bingka Kelapa Muda ni. Nampak lemak manis, memang membuka selera. Rasanya kalau dekat gerai, tak ada jual kuih ni.
Kuih Bingka Kelapa ini adalah salah satu kuih tradisi orang Banjar. Sangat mudah dan kelihatan sangat sedap. Bagi anda yang nak cuba, saudari Nadia Ismailada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA BUAT KUIH KALAKATAR @ BINGKA KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air kelapa muda – dari 2 biji kelapa muda yang besar
Isi kelapa muda – jumlahnya terpulang ikut cita rasa
Sedikit garam
Gula secukupnya – letak sedikit demi sedikit hingga cukup manis
1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan air kelapa muda, tepung gandum, garam, gula dan telur.
2. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut. Kemudian tapis.
3. Masukkan isi kelapa ke dalam adunan tadi.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Bakar adunan dalam ketuhar menggunakan api atas bawah selama 1 jam. (RASA: boleh guna suhu 180C. Namun masa dan suhu boleh berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing)
6. Setelah cukup 1 jam, bakar lagi 20 minit menggunakan api atas. Ia bertujuan untuk garingkan bahagian permukaan kuih.
7. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
INFO: Kuih Kalakatar ni jika nak makan di waktu pagi, kena buat malam sebelumnya. Jika nak makan petang, boleh buat waktu pagi. Kuih ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.
Burger Malaysia merupakan antara kuih kegemaran ramai. Kegebuan roti dan kepedasan sambal ikan bilis itu pasti akan buat kita teringat-ingat. Sedap melekat! Jika anda teringin makan burger Malaysia ni, boleh cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi Hidayati Hana.
RESIPI BURGER MALAYSIA
RESIPI DOH:
Bahan A:
200ml air suam
1 sudu besar yis
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
Bahan B:
2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar butter
Secubit garam
Bahan Lain:
Sambal Tumis Ikan bilis
Timun
Salad
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan semua bahan A dan kacau sebati.
2. Biarkan sampai yis berbuih.
3. Campurkan bahan B dalam mangkuk yang lain dan masukkan bahan A sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
5. Perap selama 1 jam dan tekan angin doh, bentukkan bulat-bulat.
6. Bila doh dah kembang, goreng menggunakan api sederhana sekali balik saja.
7. Ambil bun tadi dan belahkan kepada dua bahagian.
8. Letakkan sambal ikan bilis dan timun.
9. Letakkn salad jika suka.
10. Sedia untuk dimakan.
Jika anda memerlukan FOOD STEAMER baru, boleh cari DISINI.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!