Kembali ke kampung jom kita imbau nostalgia lama dengan membuat kuih tradisi. Kuih bait ni adalah kuih lama memang sukar nak jumpa. Rasanya memang sedap kenyal-kenyal dengan inti kacang hijau. Pasti ada penggemarnya sehingga kini.
KUIH BAIT Bahan doh:
150g tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 kerek kecil nisang
100ml santan (setengah kotak kecil)
150ml air
2 helai daun pandan
Secubit garam
Cara membuat;
1.Masak nisang dengan santan dan air, daun pandan. Biar cair kesemuanya, ketepikan.
2.Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.Masukkan air nisang tadi.
3.Uli sampai jadi doh dan tidak melekat dijari.Rehatkan doh dalam 1 jam paling kurang.
Ads
Bahan inti kacang hijau:
120g kacang hijau ( rendam 3 jam ,dimasak sampai empuk)
100ml santan
2 biji bawang merah( dimayang dan ditumis)
½ kerek kecil nisang
2 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Rebus kacang,apabila sudah empuk masukkan nisang,santan,gula
Ads
2.Apabila hampir kering dan pekat masukkan bawang yang ditumis tadi.Masak sampai kacang jadi kering dan pekat.
3. Apabila bahan semua dah siap,layur daun pisang dan kemudian sapukan sedikit minyak.
4.Ambil doh bentukkan bulat. Masukkan inti kacang,bulatkan kembali.Kemudian buat kelongsong atau kun dari daun pisang.
Ads
5.Kukus dalam 20 hingga 25 minit. Siap untuk dihidang.
Mi kuning yang sudah dicelur Ubi Kaki ayam Tauge | dicelur Tauhu | digoreng & dihiris Cili muda (hijau) | dihiris Cili hidup (merah) | dihiris Telur | direbus | dibelah Ayam goreng
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan bertanda dalam pengisar. Kisar sampai halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 3. Jika hendak buat sambal sampingan, lebihkan pes dan perisakan secukupnya. Kemudian kaup bahagian yang hendak dijadikan sambal sampingan.
4. Masukkan ubi kentang, kaki ayam dan rangka/tulang ayam. Yang ini saya tambah untuk adakan ‘lauk’ habuan diratah kemudian.
5. Masukkan dalam periuk selepas pes pecah minyak dan tambah air secukupnya. Masak sehingga ubi empuk.
6. Tambah santan 1 cawan dan sedikit air. Perisakan dengan garam dan sekeping asam keping (asam ni ikut resipi Kak Lin di Vancouver)
7. Bila dah sebati semuanya, tutup api. Siap sudah bahagian kuah.
8. Untuk bahagian ayam goreng, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. 9. Tambah bahan perap bersama. Gaul rata.
11. Panaskan minyak. Goreng ikut kumpulan supaya masak sekata. Bila dah masak, angkat dan toskan.
12. Untuk menghidang, letak mi kuning yang sudah dicelur, masukkan kuah sampai mi tenggelam. 13. Letakkan rampai; ubi, kaki ayam, tauge, tauhu, cili muda (hijau), cili hidup (merah), telur dan ayam goreng.
14. Sebenarnya saya nak buat telur tu macam onsen tomago (telur air panas) tapi kurang menjadi. 15. Silakan jika hendak tambah bawang goreng, daun sup, daun bawang dan belahan limau kasturi. Saya letak apa yang ada di rumah.
Ayam goreng bawang putih ini harum baunya. Rasanya pun sedap. Tambahan lagi bila makan bawang putih tu dengan nasi putih nanti. Sedap bawang putih tu..kriuk kriuk bunyinya bila digigit.
Menurut puan Mizah Ngatiman yang berkongsi resipi ini, dia belajar masakan ini daripada mak mertuanya. Bolehlah korang semua cuba pula ye. Bahan yang diperlukan juga tak banyak.
Laksam ni makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
Bahan-Bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
Cara Membuat
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Tanpa sedar, beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia yang kerap diulang sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser jika diambil secara berlebihan dan berpanjangan.