Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Samsiah Hj Mat Ali telah berkongsi resipi kuih angku kacang merah.
Menurut Samsiah, kuih angku ini teksturnya kenyal. Rasanya pula lemak manis dan sangat membuka selera.
“Boleh saja gunakan apa-apa bentuk acuan pun asalkan cantik dan menarik perhatian,” kata Samsiah.
Ayuh kita lihat resipinya.
Ads
KUIH ANGKU KACANG MERAH
(resipi untuk 18 biji)
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan santan
3/4 cawan air
Pewarna merah
Pewarna kuning
1 cawan inti kacang merah
Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung pulut.
2. Kemudian masukkan tepung gandum.
3. Masukkan pula garam.
4. Masukkan santan dan air.
5. Gaul sebati semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit ketika menggaul.
6. Gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
7. Bahagikan kepada dua bahagian.
8. Satu bahagian diletakkan pewarna merah. Gaul sehingga doh menjadi warna merah sekata.
9. Satu lagi letakkan warna kuning. Gaul sebati sehingga doh menjadi warna kuning sekata.
10. Ambil satu sudu inti kacang merah. Bulat-bulatkan.
11. Sapu acuan dengan minyak masak.
12. Ambil sejemput doh warna merah. Bentukkan bulat leper. Kemudian letakkan inti kacang merah. Balut kemas. Padatkan pada acuan.
13. Ulangi langkah ini sehingga semua adunan merah dan kuning habis.
14. Masukkan dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
15. Potong daun pisang ikut bentuk bulat ikut saiz acuan.
16. Keluarkan kuih angku dan letak atas daun pisang tersebut.
17. Siap!
Kuih dangai sememangnya terkenal di negeri sebelah Utara. Kalau yang biasa makan dangai yang rangup, apa kata kali ini kita cuba kuih dangai kukus gula Melaka pula.
Ikuti perkongsian resipi daripada Nur Aqilah Jufri dalam menghasilkan kuih dangai gula Melaka atau gula merah.
Nikmat tau dapat makan kuih dangai kukus ni suam-suam. Jom cuba buat.
Masukkan kelapa parut, tepung pulut dan garam secukupnya. Tepung pulut tak perlu ayak.
Kelapa parut pun tak perlu dikukus dulu sebab nanti kita nak kukus kuih ni juga.
Setelah semua bahan tersebut digaul sebati, letakkan ke dalam acuan kuih lompang. Acuan tersebut tak perlu disapu minyak. Terus masukkan saja adunan kelapa parut tersebut. Tekan-tekan sikit kelapa parut tu ke dalam acuan.
Kemudian, buat lubang di tengah-tengahnya. Jangan buat lubang dalam sangat, nanti cairan gula Melaka tembus keluar. Boleh buat lubang gunakan batang senduk kayu.
Masukkan satu sudu kecil gula Melaka atau gula merah ke dalam lubang kuih tersebut.
Kukus selama 15 mnit atau sehingga kuih masak. Kelapa parut yang terlebih tu biarkan saja. Tapi, kalau nak kemaskan pun boleh juga.
Air kukus saya letak sehelai daun pandan untuk bagi wangi. Tak letak pun tak apa.
Haaa… yang dalam pengukus tu belum siap lagi. Dalam bekas tu dah siap. Mudah bukan.
Satu adunan boleh dapat antara 25 hingga 30 biji kuih dangai. Bergantung pada berapa banyak kita masukkan adunan ke dalam acuan. Mudah je buat.
15 resipi kuih-muih tradisional, tak lapuk dek zaman. Kuih tradisional di Malaysia sebenarnya ada lebih daripada 100 jenis. Kuih tradisional ni bukan sahaja terdiri daripada kuih manis, tetapi ada juga kuih pedas.
Kalau anda nak tahu, setiap negeri di Malaysia ada kuih tradisional yang tersendiri tau! Dengan itu, RASA kongsikan 15 resipi kuih-muih tradisional Malaysia untuk anda cuba. Selamat mencuba!
KUIH NAGASARI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Daun pandan
2 1/4 tepung beras cap teratai
2 sudu besar tepung ubi
3/4 cawan gula pasir
Sedikit garam
Pisang berangan
Daun pisang
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN INTI:
200gm ayam / daging kisar
Sebiji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih dikisar
2 ulas bawang merah dikisar
Sedikit halia dikisar
5 sudu besar rempah kari daging
Sedikit cili kisar
Garam, perasa, gula secukupnya
BAHAN HIASAN:
Cili merah
Daun sup
BAHAN-BAHAN KUIH TALAM:
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
100ml santan
5 cawan air
1 biji telur
1 kiub pati ayam
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
4-5 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
Sedikit garam
1 biji telur
Inti kelapa parut
2 cawan santan sederhana cair
2-3 titis pewarna hijau
Sedikit minyak
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
KUIH BINGKA KELAPA PARUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
3 cawan kelapa parut (kelapa putih)
5 sudu makan gula – jumlah bergantung pada tahap kemanisan masing-masing
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya- jangan banyak sangat. tengok keadaan adunan
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
KUIH PUTERI AYU
Bahan bahan:
1 cawan gula kastor
2 biji telur ( suhu bilik )
1 sudu makan ovalette
¾ cawan santan (kalau santan fresh beli RM3)
¼ cawan air pandan
Pewarna hijau -secukupnya
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung – ayak
1 sudu kecil baking powder – ayak
Lapisan Kelapa:
2 ½ cawan kelapa parut
Garam atau secukup rasa
1 sudu besar tepung ubi
Cara penyediaan boleh tonton di video
LEPAT LABU INTI KELAPA
BAHAN-BAHAN
500-600gm Labu
½ sudu kecil garam halus
½ cawan (100gm) gula pasir
1 cawan (120gm) tepung gandum
½ cawan (50g) tepung ubi
Daun pisang – dilayur
BAHAN KELAPA
½ biji kelapa parut putih
½ sudu kecil garam halus
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan pisang – dilecek
¼ cawan gula putih
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 keping gula melaka
¼ cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN DOH:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh garam halus
5 helai daun pandan
Sedikit air
Pewarna hijau
BAHAN-BAHAN INTI KELAPA:
1 keping gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula merah
1 helai daun pandan
½ biji kelapa parut
1 sudu besar tepung gandum
BAHAN KUAH:
5 cawan santan sederhana pekat
4 sudu besar tepung beras
1 ½ sudu teh garam halus
1 helai daun pandan
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
KASWI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
6-7 helai daun pandan
¾ cawan gula
2 cawan air
½ cawan santan (separa pekat)
1 cawan tepung gandum
¾ cawan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
Kelapa parut | dikukus dan digaul bersama garam
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:
1 Cawan Tepung Pulut
1 Helai Daun Pandan
2 1/2 Cawan Air
1 Ketul Gula Melaka
3 Sudu Besar Gula Merah
1 Kotak Kecil Santan
Garam Secukup Rasa
Cara memasak boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
ONDE-ONDE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan atau lebih air
Pewarna kuning, biru dan hijau
Seketul gula melaka – potong dadu
Sedikit garam
1/2 biji kelapa parut ditambah sedikit garam – kukus sebentar
Cucur kembung ini adalah salah satu versi cucur yang ada. Tapi cucur ini boleh dikatakan yang paling senang dan cepat siap. Kalau lapar waktu petang sesuai sangat untuk sediakan hidangan ini.
Sedap makan panas-panas, kalau hidang sepinggan sekejap saja licin. Kalau belum pernah buat cucur ini kenalah cuba. Caranya ada dikongsi oleh Munierah Rohanie
Cara buat cucur kembung
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum (Bakers Choice’s)
2 cawan air panas mendidih
3 sudu gula
Secubit garam
Cara membuat
1.Gaul sebati adunan guna senduk/sudu.
2.Bentukkan bulat bila adunan suam.
3.Sapukan minyak sikit dekat tapak tangan untuk cantikkan bentuk bulat cucur.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.