Bagi anda yang pernah menikmati menu kuetiau sup di restoran Old Town pasti anda tahu cita rasa sup di situ. Rasanya sedap dan membuatkan seperti tidak cukup semangkuk untuk dinikmati.
“Kuetiau sup ini tidak renyah untuk dimasak. Kita cuma perlu sediakan sup sahaja. Bahan yang lain cuma dicelur sebentar dengan air panas,” kata wanita yang menggunakan facebook Yasmin Dayanti Fami.
Jom kita lihat resipinya.
KUETIAU SUP ALA OLD TOWN
BAHAN SUP
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang
1 jag air
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
300 gram ayam (dicarik atau dipotong kecil)
3 titik minyak bijan
Ads
BAHAN CELUR
1 peket kuetiau
2 tangkai sawi
10 ekor udang (buang kulit)
Segenggam tauge
Sedikit daun bawang/kucai
BAHAN LAIN
Segenggam cili padi (potong kecil)
Kicap secukupnya
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan batang daun bawang. Biarkan batang daun bawang agak garing.
2. Masukkan air. Boleh agak-agak jumlah kuah yang anda mahukan.
3. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ayam. Biarkan mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan minyak bijan. Tutup api.
Ads
CARA PENYEDIAAN
1. Dalam mangkuk, letakkan kuetiau.
2. Kemudian masukkan sawi, udang, tauge dan daun bawang.
3. Tuangkan kuah.
4. Enak dimakan dengan cili padi potong yang diletakkan kicap.
Sedap juga sarapan dengan kuetiau goreng, Sementelah lagi kalau makan panas-panas, perghhh sedap bila tambah cili potong. Cara membuatnya senang dan cepat disediakan. Kalau korang sukakannya masak je sendiri , lebih jimat dan puas makan. Buat lebih boleh buat bekal anak ke sekolah atau anda ke pejabat. Berikut Rasa kongsikan resipi Kuetiau yang sedap meletop ni.
KUETIAU UDANG TELUR BAHAN-BAHAN
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tteokbokki merupakan makanan Korea berupa gabungan tepung beras dan tepung pulut yang dimasak menjadi kek beras. Dimakan bersama kuahnya yang ada rasa manis-manis pedas.
Ianya merupakan snek Korea yang popular dan menjadi makanan kegemaran ramai bukan sahaja di Korea, malah di Malaysia juga.
Nak tahu cara membuatnya? Ikuti resipi perkongsian daripada Ayu Hanna ini dalam menghasilkan Tteokbokki yang kenyal dan cukup lazat rasanya. Tak perlu lagi ke restoran makanan Korea jika tiba-tiba mengidam atau teringin nak menikmati Tteokbokki. Terus buat sahaja di rumah.
Kalau ke gerai masakan panas, Kuetiau Ladna adalah antara menu popular yang hampir pasti ada dalam senarai. Kuahnya yang pekat, rasa lemak dan gabungan pelbagai sayur serta protein menjadikan hidangan ini kegemaran ramai tanpa mengira usia. Sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam, menu ini memang mengenyangkan dan memuaskan.
Ramai beranggapan hidangan ini hanya sedap jika dibeli di kedai. Hakikatnya, Kuetiau Ladna boleh dimasak sendiri di rumah dengan cara yang sangat mudah. Bahan-bahannya ringkas, kos pun lebih jimat dan rasanya tidak kalah seperti di gerai.
Resipi perkongsian saudari Ameera ini sesuai untuk anda yang ingin masak cepat, mudah dan hasilnya pasti buat seisi keluarga puas hati. Bahan boleh diubah suai mengikut apa yang ada di dapur.
1 paket kuetiau
Kicap manis secukupnya
1–2 ulas bawang putih
Sedikit bawang merah cincang
Udang secukupnya
3–4 cawan air
1 kiub pati ayam
2 sudu makan sos tiram
Lobak merah secukupnya
Jagung secukupnya
Kubis secukupnya
Sawi secukupnya
2 biji telur
2 sudu makan tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
Minyak masak secukupnya
Basuh kuetiau terlebih dahulu dan toskan supaya tidak terlalu basah. Renjis kicap manis secukupnya pada kuetiau dan gaul rata agar kuetiau mempunyai sedikit rasa dan warna yang cantik.
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan masak kuetiau seketika sahaja. Jangan terlalu lama supaya kuetiau tidak hancur atau melekat. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan, kemudian ketepikan sementara menyediakan kuah ladna.
Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu dan naik bau. Masukkan udang dan masak sehingga berubah warna. Jika suka, udang boleh digantikan dengan ayam, sotong atau campuran makanan laut.
Tambahkan air ke dalam kuali, diikuti kiub pati ayam dan sos tiram untuk melengkapkan rasa kuah. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih seketika sebelum masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, jagung, kubis dan sawi.
Pecahkan telur ke dalam kuah dan biarkan ia masak tanpa perlu dikacau terlalu kuat supaya teksturnya lebih menarik. Akhir sekali, masukkan bancuhan air tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga kuah menjadi pekat dan berkilat.
Siram kuah ladna panas ke atas kuetiau yang telah disediakan tadi. Pastikan kuah menutupi kuetiau dengan sekata supaya setiap suapan terasa enak dan berperisa.
Kuetiau Ladna ini paling sedap dimakan panas bersama hirisan cili hijau atau cili merah. Rasanya cukup seimbang antara masin, lemak dan sedikit manis, sama seperti yang dijual di gerai masakan panas.
Untuk hasil yang lebih menyelerakan, gunakan kuetiau segar dan jangan terlebih masak kuah supaya sayur kekal rangup. Jika suka kuah lebih pekat, boleh tambah sedikit lagi bancuhan tepung jagung.
Resipi ini sangat sesuai untuk dijadikan menu ringkas harian kerana mudah disediakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Sekali cuba, pasti akan masak lagi.
Kredit resipi & foto: Ameera via Masakan Berpuaka
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dubai Chewy Chocolate ialah pencuci mulut viral yang menggabungkan coklat premium, inti pistachio dan tekstur kenyal yang unik. Ikuti resipi lengkap serta tip untuk menghasilkan versi terbaik di rumah.