Korang suka tak sambal peria katak dengan ikan bilis? Walaupun ada sedikit rasa pahit, tetapi ia pahit-pahit lemak. Kena dengan ikan bilis rangup dan pedas cili, sambal ini boleh jadi ‘berhantu’. Apa taknya, ia boleh menghabiskan dua atau tiga nasi putih, memang ketagih punya. Memang sedap dan peria juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Berikut RASA kongsikan menu Sambal Goreng Peria Ikan Bilis yang gerenti sedap.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm peria | hiris nipis
250gm ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan tumisan garing tutup api.
Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cikgu Afy Al Habibi yang dihasilkan khas untuk individu yang sedang diet. Ia menggunakan lemon, gula merah dan garam bukityang tentunya lebih sihat. Malah rasanya tetap sedap seperti sambal belacan biasa. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN DIET
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi merah
1 genggam cili padi hijau
3 biji cili merah
7 biji limau kasturi (buang biji)
1 biji lemon (untuk diperah)
Sedikit air
BAHAN BAKAR:
1 ulas bawang merah
1/4 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 1/2 inci belacan ( nak tambah lagi pun boleh untuk yang suka rasa belacan yang kuat)
BAHAN PERASA:
8 sudu makan Gula merah
1 sudu teh Perencah hilal/knorr
2 sudu teh Garam bukit
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan bakar (simpan sedikit bawang untuk dihiris nanti), cili, 3 biji limau kasturi bersama kulitnya, jus dari sebiji lemon dan bahan perasa. Bahan perasa boleh dimasukkan sedikit demi sedikit atau terpulang pada citarasa masing-masing.
2. Masukkan juga sedikit sahaja air. Jangan banyak nanti sambal terlalu cair. Kisar hingga lumat.
3. Tuang sambal belacan siap kisar ke dalam bekas.
4. Tambahkan hirisan lebihan bawang bakar, baki jus limau kasturi dan juga hirisan kulit limau kasturi.
5. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati bersama aneka sayur dan ulam.
6. Jika ada lebihan, boleh letak sambal belacan di dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama berminggu-minggu.
Sambal mangga kelapa ini gerenti buat makan nasi bertambah-tambah.
Bayangkan, di celah-celah rendang dan aneka lauk pauk hari raya lain, terselit sambal mangga ini. Gerenti ini yang akan jadi tumpuan. Dapat pulak makan dengan nasi panas-panas. Memang tak perlu lauk lain dah. Rendang pun dah boleh ‘duduk tepi’.
Ada orang tak suka sambal mangga ini diletakkan kelapa parut. Tapi sebenarnya ia menambah rasa lemak pada sambal. Sedap tau. Tapi, terpulang pada selera lah ye.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zuraidah Ali ini. Selamat mencuba.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!