Ads

Buat Sendiri KUAH ROJAK BUAH Sedap, Pedas, Pekat & Manis Secukup Rasa, Tak Letak Petis Udang

Rojak buah yang sedap, kuahnya kena cukup pedas, pekat dan manis secukup rasa. Selalunya pes rojak yang dijual dipasaran ada campuran petis udang dimana sesetengah orang ada yang jenis tak makan petis udang ni.

Sebenarnya kita boleh buat sendiri kuah rojak buah yang sedap, ikut cuba resipi yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika ini.

Berikut perkongsian resipi kuah rojak buah tersebut;

“Alhamdulillah.. berojak buah hari ni, permintaan kawan-kawan dia orang kata sedap tu yang suruh buat lagi. Tak tau la puji ikhlas ke tak. Tapi akak buat ikhlas penuh kasih sayang untuk gather dengan kawan-kawan sekolah”

Bahan-Bahan:

1 botol sos cili
1 botol kicap lemak manis
350 gm gula
3 keping nisan besar (Agak-agak je kalau guna gula melaka @ merah)
sedikit belacan
cili kering blend (Ikut suka)

Bijan (disangai-Suka hati nak letak ke tak)
Kacang tanah (kisar kasar nak makan baru letak)

Ads

Buat Sendiri KUAH ROJAK BUAH Sedap, Pedas, Pekat & Manis Secukup Rasa, Tak Letak Petis Udang

Cara Membuat:

1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dengan kacang).
2.Boleh letak air dalam botol tu untuk habiskan sisa-sisa sos dan kicap.
3.Masak guna api sederhana saja, masak sampai pekat.

Buat Sendiri KUAH ROJAK BUAH Sedap, Pedas, Pekat & Manis Secukup Rasa, Tak Letak Petis Udang
4.Dah pekat baru letak bijan tadi kacau tutup api.

Ads

Buat Sendiri KUAH ROJAK BUAH Sedap, Pedas, Pekat & Manis Secukup Rasa, Tak Letak Petis Udang
5.Seimbangkan rasa.

Buat Sendiri KUAH ROJAK BUAH Sedap, Pedas, Pekat & Manis Secukup Rasa, Tak Letak Petis Udang

Buat Sendiri KUAH ROJAK BUAH Sedap, Pedas, Pekat & Manis Secukup Rasa, Tak Letak Petis Udang

Ads

Selamat Mencuba!

RASA:Boleh cuba buat sendiri resipi kuah rojak buah ni. Lebih jimat dan pasti puas hati bila buat sendiri.

Sumber: Tg Khuzanika

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Buffet Ramadan Zai Event 2026 Paling Nostalgia & Menggamit Memori Kampung

Buffet Ramadan Zai Event 2026 tampil dengan konsep Nostalgia Kampungku menampilkan lebih 120 hidangan tradisi Melayu, harga early bird RM95 dan pengalaman berbuka penuh memori.