Terasa nak makan lauk pauk yang Asam Pedas Ikan Kembung yang simple sahaja tetapi sedap untuk sajian makan tengahari ni? Menu perkongsian saudari Cik Puan Aini ni boleh dicuba. Memang mudah & yang paling penting, sangat sedap!
CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan kembung 4-5 batang bendi 1 kuntum bunga kantan Daun kesum secukupnya 1 biji tomato Cili kisar secukupnya – beli online disini Air asam jawa / pes asam jawa – beli online disini Garam secukupnya Minyak masak
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan cili kisar secukupnya. Kacau hingga tumisan pecah minyak dan garing. Ia penting supaya cili masak dan tidak mentah. 3. Masukkan air asam jawa/ pes asam jawa ikut kepekatan yang disukai. 4. Bila kuah sudah mendidih, boleh masukkan ikan. Masak seketika. 5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan, bendi, tomato. Boleh juga masukkan apa sahaj sayur kegemaran.
6. Perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa ikut selera. 7. Bila semua sudah sempurna, padamkan api. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ubah suai kepekatan ikut cita rasa.
Kalau pergi pasar malam, min memang suka beli popia basah. Lagi-lagi kalau inti di dalam banyak dan dituang dengan sos yang pekat.
Wah, menyelerakan sungguh bila mendengarnya kan. Sebenarnya, kita boleh buat sendiri menu ini di rumah. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga.
Resipi yang dikongsikan Roshida Shida ini, lengkap dari cara buat kulit popia, sos dan juga inti dalam popia. Jom kita buat!
POPIA BASAH
BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 biji telur putih ¾ cawan air 2 sudu makan cuka Secubit garam
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMBUAT KULIT POPIA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit. 2. Tutup dan perap 30 minit. Selepas ½ jam, panaskan kuali leper atau non stick, ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.
3. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis. 4. Kulit popia ni boleh letak bertindan ya sebab dia tak melekat.
1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. 2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis. 5. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. Tambah garam secukupnya.
BAHAN INTI POPIAH:
Sengkuang (jika suka, hiris nipis @ memanjang) Tauge | bersihkan ½ biji kubis | racik halus 1 biji lobak merah | hiris memanjang Segenggam udang | buang kepala & ekor, potong kecil ½ labu bawang besar | cincang halus 2 ulas bawang putih | cincang halus Udang kering (optional – yang ni saya tambah sendiri, tumbuk halus) Garam secukupnya Minyak untuk menumis
CARA SEDIAKAN INTI:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana. 2. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu. 3. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya (masak sekejap je bahan inti).
BAHAN TABUR:
Kacang tanah | disangai, buang kulit & tumbuk Udang geragau kering | disangai & tumbuk halus Bawang goreng
CARA SEDIAKAN:
Sediakan kulit popia dan sapukan sos sedikit, masukkan inti. Gulung kemas. Buat sampai habis. Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur. Siap.
Ada tetamu yang bakal berkunjung ke kediaman anda. Bertemakan hi- tea boleh anda hidangkan tetamu istimewa dengan seleksi menu berikut. Kepelbagaian pilihan menu buat tetamu anda rasa berbesar hati disambut ke kediaman anda dengan himpunan menu yang menyelerakan.
NASI LEMAK -Chef Alipah
Saiz Hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Anggaran Kos: RM 18
Tip: Masak cili sehingga pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang lebih enak
Bahan-bahan untuk nasi:
250g beras wangi
200g santan
2 helai daun pandan
1 biji bawang besar
10g halia(diketuk)
Air secukupnya
Secubit garam
1 biji timun*
200g kacang tanah(digoreng)*
200g ikan bilis(digoreng)*
10 biji telur*
Nota: Bahan yang ditanda asterik (*) merupakan bahan hiasan kepada Nasi Lemak
Cara memasak:
1.Basuh beras sehingga bersih dan toskan.
2.Masukkan bawang besar yang dibelah dua, halia yang telah diketuk serta daun pandan ke dalam periuk.
3.Masukkan air, santan dan secubit garam. Biasanya paras air dalam kurang 1meter atau satu paras garisan jari.
4.Masak dalam periuk nasi. Apabila nasi sudah masak, sedia untuk dihidang
Bahan-bahan untuk sambal tumis:
1kg minyak masak
1kg cili kisar
500g bawang kecil (dikisar)
300g bawang putih (dikisar)
200g ikan bilis (dikisar)
50g belacan
500g bawang besar (dihiris)
20g asam jawa
Cara memasak:
1.Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi dan masukkan hirisan bawang besar. Setelah naik bau, masukkan cili kisar
2.Gaul hingga sebati. Apabila bahan tumisan telah menjadi sedikit kering, masukkan sedikit air dan gaul sehingga pecah minyak.
3.Apabila bahan tumisan telah pecah minyak, masukkan air asam jawa.Masak sehingga sambal menjadi pekat. Ini untuk memastikan sambal tahan lama.
4.Taburkan serbuk perasa dan sedikit gula. Sekiranya sudah masak, sedia untuk dihidang bersama nasi lemak
Bahan-bahan untuk ayam goreng:
120g peha ayam
500g minyak masak
10g bawang putih (dikisar)
10g halia (dikisar)
10g serai (dikisar)
5g serbuk kari
2g serbuk perasa
Cara memasak:
1.Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan rempah-rempah yang telah dikisar serta serbuk kari dan serbuk perasa.
2.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga warna keemasan.
3.Dan siap! Sedia untuk dihidang bersama nasi lemak, sambal tumis dan hiasan lain seperti timun, kacang tanah, ikan bilis dan telur
AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA-Chef Yee
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 25 minit
Anggaran Kos: RM 15
Tip: Gochujang boleh juga digantikan dengan serbuk cili
Bahan-bahan ayam goreng:
6 ketul kepak ayam
5g halia (dicincang)
3g garam
3g lada hitam
250g tepung jagung
30g perasa sayuran
BAHAN-BAHAN SOS PEDAS ALA KOREA
45g sos tomato
40g gochujang
60g madu
60g gula perang
30g kicap
30g bawang putih (dicincang)
15g minyak bijan
CARA MEMASAK:
1.Dalam mangkuk, masukkan ayam, halia, garam dan lada hitam. Gaul rata dan kemudian salutkan ayam yang telah diperap dengan tepung jagung dan ketepikan
2.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan.
3.Dalam periuk lain, masukkan bahan-bahan untuk sos pedas. Kacau hingga sebati.
4.Gaulkan sos pedas bersama dengan ayam yang telah digoreng dan taburkan biji bijan serta daun bawang ke atas hidangan sebelum dihidang
SOTONG GORENG -Chef Yee
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 20 minit
Anggaran Kos: RM 10
Tip: Pastikan sotong tidak digoreng terlalu lama bagi mengelakkan sotong menjadi liat
BAHAN-BAHAN:
280g sotong
5g pati ayam
1 biji telur
85g tepung jagung
85g tepung gandum
10g minyak bijan
30g lada Sichuan
5g cili padi
3g daun bawang
5g bawang putih
CARA MEMASAK:
1.Perapkan sotong bersama dengan kiub pati ayam, minyak bijan, telur, tepung jagung serta tepung gandum. Gaul rata.
2.Panaskan minyak dalam kuali.
3.Celupkan sotong yang telah diperap dengan tepung dan goreng sehingga garing keemasan. Ketepikan sotong.
4.Dalam kuali yang sama, letakkan 1 sudu minyak masak dan tumiskan bawang putih, cili padi dan bawang hijau sehingga naik bau. Kemudian, gaul rata dengan sotong yang digoreng sebentar tadi dan taburkan lada Sichuan. Matikan api dan sedia untuk dihidang.
BRUSCHETTA DENGAN MOZARELLA – Chef Yee
Saiz Hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 20 minit
Anggaran Kos: RM 6
Tip: Ia juga boleh dihidangkan dengan salad hijau, untuk makan malam atau makan tengah hari yang ringan.
BAHAN-BAHAN:
6 keping kepingan roti baguette
30g bawang putih
100g tomato
50g bawang merah
30g daun selasih
200g keju mozzarella
10g garam
6g lada hitam
20g minyak zaitun
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih sehingga bertukar kepada warna keemasan.
2.Potong tomato, bawang merah, daun selasih dan keju mozzarella. Campurkan bahan yang dipotong dalam mangkuk dan taburkan sedikit lada hitam dan garam.
3.Tambahkan minyak zaitun dan bawang putih ke dalam mangkuk dan gaul rata.
4.Bakarkan kepingan roti baguette sehingga keemasan.
5.Letakkan adunan bruschetta ke atas roti baguette dan sedia untuk dihidangkan.
SEAFOOD VOL-AU-VENT -Chef Yee Chia
Saiz Hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Anggaran Kos: RM 7
Tip: Pastikan air yang digunakan adalah sejuk bagi mendapatkan tekstur yang ranggup.
BAHAN-BAHAN DOH PASTRI PUFF:
250g tepung serbaguna
3g garam
200g mentega sejuk
12ml air sejuk
CARA PENYEDIAAN DOH PASTRI PUFF
1.Letakkan tepung dan garam dalam mangkuk adunan besar dan pukul sehingga rata.
2.Potong mentega dalam kepingan kecil dan tambahkan kepada adunan tepung dan gaul sehingga mentega disaluti dengan tepung.
3.Masukkan air sejuk dan gaul hingga adunan menjadi doh.
4.Bentukkan doh menjadi bola. Kemudian ratakan ke dalam bentuk cakera dan bungkus dalam bungkusan plastik.
5.Sejuk selama sejam dalam peti sejuk beku.
6.Gulung doh menjadi bentuk segi empat tepat kasar.
7.Lipat doh dalam bentuk pertiga, seakan menyampul surat.
8.Pusing ke arah 90 darjah, ulang langkah no.6 dan 7.
9.Ulang buat 2 atau 4 kali, bungkus doh dalam bungkusan plastik dan sejukkan dalam peti selama 2 jam atau semalaman.
BAHAN-BAHAN INTI VOL-AU-VENT
20g udang (dikupas)
20g sotong
20g Fish fillet
3g parsli
10ml minyak zaitun
10g bawang merah
3g lada hitam
10g sayur campur beku
2g garam
3g kiub pati ayam
5g mentega
30g heavy cream
CARA PENYEDIAAN INTI VOL-AU-VENT
1.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan udang, sotong, ikan isi putih dan sayur campur beku. Masak hingga lembut.
2.Masukkan bawang cincang halus. Kacau dari masa ke masa sehingga lembut dan bawang menjadi kekuningan.
3.Tambahkan krim dan mentega. Perisakan dengan garam dan lada mengikut cita rasa.
4.Masukkan inti dalam pastri puff dan taburkan daun parsli ke atas hidangan.
5.Hidangkan dengan serta merta.
BAHAN-BAHAN PUFF VOL-AU-VENT
300g pastri puff
1 biji kuning telur (untuk salut)
CARA PENYEDIAAN PUFF VOL-AU-VENT
1.Gulung pastri puff dengan ketebalan 4 atau 5 mm dan potongkan puff tersebut menggunakan pemotong bulat.
2.Menggunakkan berus pastri, saluti doh yang berbentuk cakera dengan kuning telur.
3.Pada puff pastri lain, tebukkan lubang di bahagian tengah puff dengan pemotong yang lebih kecil untuk membentuk cincin.
4.Susun doh berbentuk cincin dengan berhati-hati di atas cakera pastri. Doh cincin akan melekat pada puff yang telah disaluti dengan mudah.