Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan resipi-resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis
100gm labu | dipotong dadu
2 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 biji cili padi
1 liter air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.
Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
Nikmati segera.
Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
1 ikat bayam merah | dibersihkan
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 hiris halia
Garam secukup rasa
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji petola | kupas dan hiris
4 ulas bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
2 sudu makan udang kering | direndam air
15gm suhun | direndam
1 biji cili merah | dihiris
500ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.
Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
IKLAN
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
300gm kubis | dihiris
1/2 batang lobak merah | dihiris
50gm udang kertas 3 sudu teh lada hitam 2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih Air secukupnya Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih
Segengam udang basah
1 biji cili merah | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
IKLAN
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
2 batang serai | dititik
4 biji cili padi | dipecah sedikit
2 ulas bawang merah | dihiris
1 liter air
Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.
Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 ikat daun belinjau
1 sudu makan ikan bilis
2 biji bawang merah | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
Sedikit suhun
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
IKLAN
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
Tutup apinya dan angkat.
8. BENING BAYAM HIJAU DAN JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
2 ikat bayam hijau | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris nipis
1 biji cili merah | dihiris
1 tongkol jagung manis | dipotong kecil
1500ml air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan jagung ke dalam periuk. Rebus sehingga jagung empuk.
Kemudian masukkan hirisan bawang merah, gula serta garam dengan secukupnya.
Akhir sekali masukkan sayur bayam. Gaul rata dan dididhkan seketika. Tabur cili merah.
Sedia untuk dinikmati.
9. SAYUR PEDAS BETIK BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik mengkal
3 biji cili padi | dihiris
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih | dihiris
2 sudu makan ikan bilis
Sedikit suhun
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kupas betik dan potong kecil. Celur seketika dan toskan airnya.
Tumbuk bawang merah hingga lumat. Ketepikan.
Masak air sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, ikan bilis, cili padi, bawang putih, suhun dan betik. Biarkan mendidih.
Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya. Masak sehingga betik kelihatan lembut.
Angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sempena bulan kemerdekaan ini, RASAkongsikan 20 menu masakan sayur yang boleh mengimbau memori tentang zaman dulu-dulu.
Lauk pauk tradisi memang tiada tandingan sedapnya. Buat kita terkenang-kenang. Memang susah nak cari orang menjual lauk-pauk sebegini kecuali kalau dimasak sendiri.
Lauk tradisional tidak pernah menghampakan. Nak masuk lauk sayur ni modal pun sedikit saja, dan yang pasti tak menggemukkan.
Resipi yang ada mudah tapi masih ada yang belum pernah buat, terutama anak remaja. Semuanya mudah, sedap dan berbaloi untuk dicuba. Jom masak!
1.LABU MASAK LEMAK PUTIH UDANG KERING
BAHAN-BAHAN :
½ biji labu | buangkan kulit dan potong lebar 500 ml santan cair – beli online DI SINI 100 ml santan pekat 1 helai daun kunyit | dicarik dan simpul Garam secukup rasa
1. Masukkan labu, bahan-bahan yang ditumbuk dan santan cair ke dalam periuk. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3 .Apabila mula mendidih, masukkan daun kunyit dan santan pekat. Perasakan dengan garam. 4. Renehkan lagi hingga labu empuk. 5. Kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak. 6. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu pedas sedikit, boleh masukkan 4- 5 biji cili padi ditumbuk pecah, dan dimasukkan sama dengan bahan yang ditumbuk lain.
5-6 ikat pucuk ubi (direbus dengan air mendidih dan letakkan sedikit garam dan minyak masak) 500 gm tempoyak | lagi banyak lagi sedap 500 gm udang hidup (yang kecil pun boleh) 500 ml santan pekat 5 helai daun kunyit | dihiris halus 8 batang serai | dihiris halus – beli online DI SINI 20 ulas bawang merah | dikisar – beli online DI SINI 5 sm kunyit hidup | dikisar – beli online DI SINI 25 biji cili padi | ikut kepedasan disukai/dikisar – beli online DI SINI Garam secukup rasa – beli online DI SINI Gula secukup rasa- beli online DI SINI
1. Pucuk ubi yang direbus dan ditoskan dan perahkan airnya kemudian dipotong halus. 2. Masukkan kesemua bahan pucuk ubi, daun kunyit, serai, udang, bahan-bahan kisar, tempoyak dan santan di dalam kuali yang sudah dinyalakan api. 3. Balik-balikkan dan masak hingga sebati dan memekat dengan api yang sederhana. 4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau untuk mengelakkan santan pecah. 5. Masak hingga sedikit pekat dan bolehlah dipadamkan api.
INFO CHEF: Sajian kalori rendah yang mudah dan ringkas disediakan
3.RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan 2 kilo santan Segenggam ikan bilis – beli online DI SINI Segenggam cili api – beli online DI SINI 3 inci kunyit 5 ulas bawang merah |dihiris nipis 5 batang serai | dititik Garam Asam keping – beli online DI SINI
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
INFO CHEF: Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
2 keping tauhu basah 2 paket tempe |potong gaul garam dan goreng – beli online DI SINI 1 paket tauhu kering |rendam hingga kembang ½ biji sengkuang |dipotong 15 batang kacang panjang |dipotong 1 batang lobak merah |dipotong – beli online DI SINI 300gm kubis |dipotong 1 kilo santan Garam Minyak untuk menumis
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masak bahan A yang sudah dikisar. 2. Tumis hingga agak garing, masukkan udang hidup yang sudah dibersihkan. Masak sekejap 3. Kemudian masukkan santan. Kemudian masukkan tauhu kering yang sudah kembang, masak seketika. 4. Masukkan sayur sayur sudah di potong. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng. 5. Masak sehingga mendidih, tutup api dan boleh dihidang dengan lontong dan sambal sotong.
5. MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG & PUCUK UBI
Ini adalah cara masak gaya Negeri Sembilan. Melalui perkongsian SuiSan Aliezsha ini memang nampak menyelerakan sungguh apabila makan nasi panas dengan lauk ini bersama ikan goreng.
Gunakan jantung pisang nipah kerana ia tidak kelat dan tidak pahit. Sedap juga kalau direbus dan dimakan cecah dengan budu atau sambal belacan.
BAHAN-BAHAN
1 biji jantung pisang Semangkuk air 3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang) Garam secukup rasa Segenggam cili api 2 inci kunyit hidup 1 ½ biji kelapa (diparut dan diperah santannya) Segenggam ikan bilis Pucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan) 2 keping asam keping untuk memasak
CARA-CARA:
1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang. 2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini. 3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus. 4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih. 5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut. 6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api.
150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak 3 sudu besar gula perang atau pasir 1 biji cili merah | dihiris 5 biji cili padi 2 ulas bawang putih | dihiris 2 biji bawang merah | dihiris 1cm halia | dihiris Sedikit belacan Sedikit air asam jawa Garam secukup rasa Air panas secukupnya Sedikit minyak masak
CARA-CARA:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan. 2. Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan. 3. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. 4. Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan. 5. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan. 6. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya. 7. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati. 8. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah. 9. Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
7. GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika 300 gram kepah 500 ml santan 1 keping asam gelugor Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 cm kunyit hidup 10 biji cili padi 3 ulas bawang merah
CARA-CARA:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping. 2. Renehkan di atas api sederhana. 3. Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi. 4. Diikuti dengan kepah. 5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. 6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
8. KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500 gm rebung madu | cuci bersih 200gm daging tetel | rebus & hiris kecil 1000ml santan 2 sudu makan air asam Jawa 3 sudu makan rempah kari daging 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu makan pes cili kering Garam, gula dan perasa secukupnya Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan. 2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi. 3. Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak. 5. Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel. 6. Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit. 7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. 8. Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
9. PUCUK PAKU RAMPAI DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos 200gm daging bakar | hiris nipis 250ml santan pekat 3 sudu makan kerisik 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar Garam dan gula secukup rasa 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah 1 biji cili merah 8 biji cili padi 2cm halia muda | jika suka
CARA-CARA:
1. Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk. 2. Masukkan bersamanya bahan hirisan. 3. Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis. 4. Gaul rata, kemudian masukkan santan. 5. Gaul lagi sehingga cukup rasa. 6. Segera dihidangkan.
10. PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai 1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu 1 paket kecil tempe | potong dadu 1 liter santan 1 sudu makan ikan bilis 1 biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih | hiris 2cm halia muda | hiris Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe. 2. Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak. 3. Masukkan pucuk turi Kacau lagi. 4. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa. 5. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
11. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi 100 gm isi udang 2 sudu makan tempoyak 6 pucuk daun kesum 1 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi 3cm kunyit hidup
CARA-CARA:
1. Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan. 2. Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu. 3. Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi. 4. Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya. 5. Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata. 6. Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang.. 7. Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
12. BETIK TUMIS SANTAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda | parut atau cincang isinya. 250ml santan Garam dan gula secukup rasa 1 batang serai Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 3cm kunyit hidup 8-10 biji cili padi Sedikit ikan bilis | kopek
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan betik yang telah diparut atau dicincang tadi. 3. Apabila betik layu, masukkan santan, 4. Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
13. GULAI MASAM JERANTUT
Menu ni sangat mudah buat. Menggunakan sayuran seperti keledek, ubi kayu , terung dan pucuk ubi kayu. Bila dicampur dengan tempoyak, pergh memang kecur liur dibuatnya.
BAHAN-BAHAN:
1 biji keledek oren saiz kecil 1 biji ubi kayu saiz kecil sedikit pucuk ubi kayu (direbus dahulu) 3 biji terung hijau kecil 1 kuntum bunga kantan 1 tangkai daun kesum
BAHAN KISAR
3 ulas cili api (ikut kepedasan) seinci kunyit hidup 2 sudu besar tempoyak garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:
1.Masukan bahan kisar tadi ke dalam periuk sehingga mendidih 2.Kemudian masukkan semua bahan sayuran tadi sehingga betul-betu lmasak. 3. Isi bahan perasa. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi: Zaqyah Saneey
14. TERUNG BULAT GORENG BERLADA DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
Terung bulat (warna unggu/hijau pun boleh) – dipotong 2 dan direndam dalam air untuk hilangkan getahnya 1 bungkus ikan bilis – dicuci ( lebih kurang 1/2 genggam) – nak goreng dulu pun sedap 4 biji cili akar 2 biji cili hidup * ditumbuk halus/dikisar separuh hancur pun boleh 1 biji bawang merah besar 2 biji bawang putih 1 keping asam keping Serbuk pati ikan bilis @ perasa 2 sudu makan minyak
CARA-CARA:
1. Tumis bahan yang ditumbuk halus hingga wangi. 2. Masukkan ikan bilis dan asam keping kacau rata. 3. Masukkan terung. 4. Masak mengikut kematangan terung yang dikehendaki. Akhir sekali masukkan perasa atau kiub ikan bilis. (terung separuh masak pun boleh)
Kredit resipi: Nurul Hawa Nadila Sari
15. SAMBAL TERUNG PIPIT BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
250gm terung pipit | buang tangkai 150gm hirisan daging rebus 1 sudu makan air asam jawa 3 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 10 biji cili padi
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung hingga berubah warna. Ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes cili kering. 4. Kacau rata hingga pecah minyak. 5. Masukkan daging dan terung tadi, kacau lagi. 6. Kecilkan api, perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
16. TUMIS TERUNG CILI PADI IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
4 biji terung panjang | buang sedikit kulit, belah dan potong dua Garam dan gula secukup rasa 1/2 sudu makan air asam jawa Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Segenggam ikan bilis 2 biji cili merah 8 biji cili padi
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak, goreng terung, kemudian angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi. 4, Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula. 5. Setelah cukup rasa masukkan terung goreng tadi dan gaul rata. 6. Tutup api dan terung sedia dihidangkan.
17. TUMIS PERIA BERSAMA IKAN BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
6 biji peria | buang biji dan hiris nipis 1 cawan ikan bilis kopek | kisar kasar 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 15 biji cili padi
CARA-CARA:
1. Gaulkan peria bersama garam, ramas-ramaskannya kemudian biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian cuci di bawah air paip dan toskan. 2. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. 3. Tumiskan bahan kisar, setelah wangi masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar tadi. 4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa. 5. Akhir sekali masukkan peria, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Setelah masak dan timbul minyak, tutup api. 7. Tumis peria sedia dihidangkan.
18. MASAK LEMAK PUCUK PAKU DENGAN UDANG
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili padi | kurangkan kalau tak nak pedas 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup
BAHAN LAIN:
2 batang serai | dititik 2 pokok daun ketumbar bersama akarnya | bersihkan dan hiris 10 ekor udang sederhana besar 2 keping asam keping Garam secukup rasa 1 mangkuk santan 1 mangkuk besar pucuk paku | bersihkan
CARA-CARA:
1. Bahan kisar dikisar halus dan masukkan dalam periuk. 2. Masukkan serai dan daun ketumbar. Masak sehingga harum. 3. Masukkan udang. 4. Tambahkan air jika kuah kering. 5. Masukkan asam keping dan garam. 6. Masukkan santan 7. Tunggu kuah mendidih. Kemudian masukkan pucuk paku. 8. Masak kejap sampai sayur lecur sikit sahaja. Tutup api dan hidangkan.
Kredit resipi: Telegram KakiMakan
19. GULAI BATANG PISANG
Gulai Batang Pisang antara hidangan tradisional yang kian jarang ditemukan di kedai makan. Menu ni tidaklah susah sangat nak memasaknya. Cuma untuk mendapatkan batang pisang agak susah jika di pasar raya yang ada mungkin di pasar tani dan kedai-kedai runcit kampung. Kalau yang duduk kampung mudah la dapat. Belakang rumah je. Masakannya mudah sahaja, cuma masaknya kena lama, biar batang pisang tu betul betul lembut. Baru la sedap!
BAHAN-BAHAN:
Batang pisang *Ambil dari pokok yang sedang-sedang saja. Ambil teras dia yang lembut, masukkan serbuk kunyit waktu nak buang getah dia 1/2- 1kg daging lembu atau tulang lembu (dalam resepi ini, saya guna daging tetel, potong kecil-kecil)
BAHAN UNTUK MENUMIS:
Sedikit minyak Kulit kayu manis Bunga lawang Buah pelaga 3 tangkai daun kari
BAHAN LAIN:
8 ulas bawang merah | dikisar 1 ulas bawang putih | kisar 1 inci halia | dikisar 2 cawan santan pekat 7 sudu makan serbuk kari daging 1 sudu teh pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Kerisik (optional)
CARA-CARA:
1.Potong serong batang pisang tu kecil-kecil. Lepas tu masukkan dalam bekas. Masukkan air dan serbuk kunyit. Gaulkan.
2. Gunakan lidi sate atau chopstik untuk buangkan getah dia yang bertali-tali tu. Boleh tengok DI SINI untuk caranya. 3. Rupa yang sepatutnya ada pada gulai yang dah siap. Kalau batang pisang tu masih putih dan nampak pucat, maknanya kena rebus lagi. Kena ada sikit warna tanned ye. 4. Sementara itu di dalam bekas lain, gaulkan daging dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Gaulkan dengan sedikit hingga sebati. Ketepikan. 5. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis tiga sekawan (buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis) dan daun kari sehingga naik bau. 6. Masukkan daging. Kacau-kacau sehingga semuanya sekata. Tutup periuk. Biarkan ia mereneh hingga daging empuk. 7. Setelah empuk, buka penutup periuk. Masukkan air, santan, asam jawa dan kerisik. Gaulkan. 8. Kemudian, masukkan batang pisang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gaulkan. Apabila sudah masak, tutup api.
3-4 pokok keladi kemahang muda 3 sudu makan tempoyak 6 pucuk daun kesum 1 kuntum bunga kantan Air secukupnya Garam dan gula secukupnya 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam Sedikit ikan bilis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi 3cm kunyit hidup
CARA-CARA:
1. Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu. 2. Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata. 3. Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana. 4. Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam. 5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ramai yang tak tahu, sebenarnya Bunga Durian boleh juga dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi panas yang memang padu! Siapa yang tertanya-tanya bagaimana rasa Bunga Durian Masak Belacan, bolehlah cuba resipi ni nanti. Jangan guna bunga lain pula! Pastikan Bunga Durian sahaja digunakan dalam resipi ini.
Resipi lengkap telah di kongsikan oleh daporhitam_ ini sangat mudah disediakan walaupun agak pelik bila Bunga Durian boleh dijadikan lauk. Jom cuba resipi ni nanti.
BUNGA DURIAN MASAK BELACAN
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk Bunga Durian
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit belacan (dibancuh dengan sedikit air)
Ikan bilis goreng (optional)
Minyak
Garam
Serbuk Perasa
CARA PENYEDIAAN:
Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian, tumis pula bersama cili merah dan masukkan air belacan.
Masukkan bunga durian dan kacau sebati bersama bahan tumis tadi.
Masukkan bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa dan gaulkan bersama bahan-bahan yang ada di dalam kuali itu tadi.
Dah siap, letakkan di atas pinggan dan taburkan ikan bilis goreng di atas bunga durian masak sambal.
Salah satu hidangan lauk yang dicari-cari ketika kenduri kahwin adalah pajeri nanas. Sedap kan pajeri nanas ni. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NANAS TERUNG
BAHAN KISAR
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
BAHAN REMPAH
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
BAHAN ASAS
• Terung
• Nanas
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.