Sajian Thai adalah antara sajian cukup popular di seluruh dunia. Pergi sahaja ke negara Asia, Amerika Syarikat, Eropah dan pelbagai negara, restoran Thai pasti ditemui. Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan. Melalui inspirasi juadah dari Pattaya dan Bangkok, RASA kongsikan lima menu yang sedap & sangat mudah untuk anda cuba di rumah.

 

1. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)

Koleksi Resipi Masakan Thai Sedap, Mudah & Boleh Cuba Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi ayam /dicincang
  • 3 ulas bawang putih /dicincang
  • 20-30 gm daun selasih
  • 7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
  • 3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
  • 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu teh kicap pekat
  • 4 sudu teh gula
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
  3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kicap pekat
  5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.

 

2. GAENG KIAW WAN (DAGING MASAK KARI HIJAU)

Koleksi Resipi Masakan Thai Sedap, Mudah & Boleh Cuba Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging /dihiris nipis
  • 20- 30gm daun selasih
  • 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
  • 10gm kubis bunga/ dihiris
  • 3 tangkai kacang panjang/ dipotong pendek
  • 2 sudu teh gula
  • 2 sudu makan kicap sotong @ ikan
  • 62ml air rebusan daging
  • 100ml santan
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN TUMIS (PES HIJAU):

IKLAN
  • 1 batang serai /dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih /dikisar halus
  • 1.5 sm lengkuas /dikisar halus
  • 6 biji cili hijau besar / dikisar halus
  • 20gm belacan /dibakar dan kisar
  • 1/2 sm kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 biji kulit limau purut /disagat
  • 4 helai daun limau purut / dihiris halus

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
  3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
  4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
  5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
  6. Kari hijau sedia dihidang

INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.

 

3. GAENG PHANAENG (DAGING PHANAENG)

Koleksi Resipi Masakan Thai Sedap, Mudah & Boleh Cuba Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging – dihiris nipis
  • 40ml santan segar
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Gula dan garam secukupnya

BAHAN TUMIS:

IKLAN
  • 6 sudu makan pes cili kering
  • 2 batang serai /dikisar halus
  • 2 sm lengkuas /dikisar halus
  • 4 helai daun limau purut /dikisar halus
  • 1.5 sm belacan bakar /dikisar
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 20 gm daun dan tangkai ketumbar/ dicincang halus
  • 2 biji kulit limau purut /dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih/ dikisar halus
  • 1 batang kayu manis/ dikisar halus
  • 1/2 sudu teh jintan manis

CARA MEMASAK:

  1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
  2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
  3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
  4. Kacau seketika, perasakan dan padamkan api. Siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.

 

4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)

Koleksi Resipi Masakan Thai Sedap, Mudah & Boleh Cuba Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor udang /dicincang
  • 1 ekor sotong /dicincang
  • 4 ekor kupang /dicincang
  • 2 biji telur
  • 2 batang kacang panjang /dipotong kecil
  • 1/4 batang lobak merak /dicincang halus
  • 2 batang cili padi /dihiris
  • 2 ulas bawang putih /dicincang
  • 20 gm daun selasih
  • 1/2 biji bawang holland /dicincang
  • 2 biji bawang merah/ dicincang
  • 10 ml santan
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 sudu teh sos tiram
  • 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
  2. Panaskan pengukus dengan air.
  3. Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
  4. Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
  5. Hor mok sedia dihidang

INFO CHEF: Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.

IKLAN

 

5. GAR HOR BAI TOEY (AYAM PANDAN)

Koleksi Resipi Masakan Thai Sedap, Mudah & Boleh Cuba Masak Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
  • 4-5 helai daun pandan

BAHAN UNTUK PERAPAN:

  • 40ml susu cair
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih /dikisar halus
  • 3 ulas bawang merah /dikisar halus
  • 1 sm halia /dikisar halus

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
  3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
  4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
  5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
  6. Kukus selama 5-6 minit
  7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.

 

  

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI