Enak sungguh masakan Kelantan, selain Nasi Kerabu dan Nasi Dagang banyak lagi masakan yang menjadi kegemaran ramai masyarakat Cik Siti Wan Kembang ini yang enak dan menguja rasa. Walau berbeza menu  namun soal rasa memang terbaik. Untuk itu, Rasa bawakan 10 jenis masakan  masyarakat Kelantan yang tidak menghampakan bila anda cuba.

GULAI  IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
  • 1000ml santan
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
  • 1 /2 batang timun | hiris bulat
  • 8 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN KISAR:
  • 3cm lengkuas | hiris nipis
  • 3cm kunyit hidup
  • 6 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
  2. Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
  3. Setelah mendidih, masukkan  kacang panjang dan timun.
  4. Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.

RENDANG LIMPA

BAHAN-BAHAN

  • 1kg limpa | potong kiub bersihkan dan tos
  • 750ml santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1 keping gula Melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3cm lengkuas
  • 3cm halia
  • 5 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar.
  2. Tumis hingga naik bau, masukkan pula pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan limpa bersama air asam Jawa, kacau hingga limpa kecut.
  4. Setelah air kering masukkan santan, biarkan terus mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
  5. Masukkan pula kerisik, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, terus kacau rendang hingga timbul minyak.
  7. Setelah cukup masak, tutup api dan rendang sedia dihidangkan.

KERUTUP AYAM  KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung | belah empat
  • 3 sudu makan rempah kerutup
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 500ml santan pekat
  • 1keping gula Melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
  4. Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
  5. Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato,  gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
  6. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
  7. Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.

 LAWAR  IKAN TAMBAN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan tamban | bersihkan
  • 5 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 6-7 biji cili padi | hiris halus
  • Sedikit hirisan daun kesum
  • Sedikit hirisan daun selom
  • Sedikit hirisan daun ulam rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
  2. Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
  3. Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi.
  4. Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
  5. Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
  6. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan..

SINGGANG DAGING LENGKUAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan budu
  • 1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
  • 1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
  • 3 keping asam gelugor
  • 4 -5 hirisan lengkuas | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 10 biji cili padi | titik atau  hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
  2. Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
  3. Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

DAGING GULAI KAWAH DENGAN UBI STELO
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging
  • 1kg tulang
  • 1 kg santan
  • 2 biji ubi stelo | buang kulit dan potong dadu besar
  • 8 ulas bawang merah | hiris
  • Gula kerek/gula Melaka secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu air asam Jawa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRISAN NTUK TUMISAN:

  • 12 biji bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | hiris
  • 4cm halia | hiris
  • 4 sudu makan Rempah Gulai Kawah

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan.
  2. Kacau rata hingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yang dibancuh dengan sedikit air. Terus kacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
  3. Tutup api dan ketepikan seketika.
  4. Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yang telah dihiris dalam periuk dan masak dengan sedikit air.
  5. Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo,  rempah gulai yang sudah ditumis.
  6. Gaul rata, kemudian masukkan bawang yang dihiris.
  7. Tuangkan santan dan masak lagi hingga mereneh.
  8. Perasakan dengan gula Melaka, air asam Jawa , gula dan garam secukup rasa.
  9. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.

TERESEK KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 10 batang kacang panjang
  • 3 biji cili hijau
  • 250gm kepak dan leher ayam | potong kecil
  • 2 sudu makan  rempah kari
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar biji  | sangai dan kisar kasar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi.
  2. Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam  tadi.
  3. Kacau rata hingga ayam kecut, masukkan air asam Jawa diikuti santan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata.
  6. Apabila kacang layu. Tutup api dan Teresek Kacang Panjang sedia dihidangkan.

AYAM  PERCIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
  • 1 keping  asam gelugor
  • Garam  dan gula secukup rasa
  • 1 batang serai | titik

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 cawan santan pekat

BAHAN PERAP:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
  2.  Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
  3. Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
  4. Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
  5. Tutup api,  ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

SOLOK IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji kelapa sederhana tua | diparut dan ditumbuk
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • 10ulas bawang merah | ditumbuk
  • 2ulas bawang putih | ditumbuk
  • ½ sudu teh lada hitam | ditumbuk
  • 1biji telur ayam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Ikan dibuang tulang tengah dan dikikis. Jangan sampai terkoyak kulitnya.
  2. Isi ikan yang dikikis tadi, ditumbuk.
  3. Kemudian dicampurkan bersama kelapa dan bahan-bahan lain yang ditumbuk.
  4. Selepas itu, masukkan telur dan garam secukup rasa ke dalam bahan-bahan tadi.
  5. Gaul sehingga sebati.
  6.  Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ikan dan goreng sehingga masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.