Menjelang malam, anak-anak request makanan yang simple. Boleh buat resipi perkongsian Roha Adrinna ini. Mudah dan ringkas hanya guna dua bahan. Lebih enak jika roti putih ni disapu dengan marjerin atau mentega terlebih dahulu. Gerenti berebut anak-anak menikmatinya.
Resipi Sandwic Telur
Bahan-Bahan:
Cara membuat:
1.Rebus telur hingga masak. Jumlah telur bergantung kuantiti sandwic yang anda mahu.
2.Masukkan telur yang direbus ke dalam bekas dan lenyek menggunakan garpu hingga halus.
3.Masukkan mayonis secukupnya.
4.Tambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada cita rasa masing-masing.
5.Gaul inti hingga sebati.
6.Ambil roti dan sapukan inti tadi. Sapu roti dengan planta untuk rasa yang lebih enak.
7.Sandwic telur sedia untuk dihidang
DapatkanCUOCO STAINLESS STEEL AIRTIGHT CONTAINER SETdengan harga diskaun DISINI!Masukkan codeRASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Sedap Kuih Tepung Pelita ni. Lemak manis, memang jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang sukakan manisan ini dan mahu cuba membuatnya, resipi perkongsian saudari Shakinah Zainal ni boleh dicuba. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Paling penting resipinya sangat mudah. Jomlah cuba.
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan dan kacau sebati. 2. Bila bancuhan sudah tidak berketul, buka api dan kacau lagi sampai masak. 3. Tepung akan kelihatan pekat berkilat bila sudah masak. Padamkan api dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Biarkan seketika.
BAHAN LAPISAN ATAS: 4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras 4 cawan santan (boleh guna 2 cawan santan pekat & 2 cawan air tapi lebih sedap jika guna santan lebih supaya rasa lebih lemak) 2 sudu teh garam 1 sudu teh gula – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada bahan berketul. 2. Buka api dan masak hingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Padamkan api. 3. Masukkan ke dalam bekas berisi lapisan hijau tadi. Masukkan dengan secukupnya.
4. Sejukkan Tepung Pelita dan bolehlah dinikmati.
Nota : Air kapur perlu dibancuh cair sahaja. Jika pekat kuih akan berbau kapur.
Suka makan Karipap kosong tanpa inti? Jangan berasa pelik kerana memang ada yang mempunyai kegemaran sebegitu. Memang sedap pun. Menerusi perkongsian saudari Dik Da Aida, beliau kongsikan resipi karipap kosong yang diminta oleh jiran. Pada awalnya agak ‘nervous’ kerana bimbang karipap tidak kembang dan menggelembung seperti biasa. Tapi hasilnya, memang elok. Jom cuba!
RESIPI KARIPAP KOSONG TANPA INTI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak seketika. Kemudian satukan dengan marjerin. Biar marjerin cair sepenuhnya.
2. Tuang campuran minyak dan marjerin ke dalam tepung.
3. Gaul menggunakan sudu. Bila sudah suam, ramas menggunakan tangan hingga minyak sebati dengan tepung.
4. Satukan air dan sedikit garam. Larutkan.
5. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
6. Tanpa perap, terus bulatkan dan canai doh tadi.
7. Kelim doh menggunakan tangan seperti mengelim karipap biasa.
8. Lakukan hingga habis adunan dan sedia untuk digoreng.
Daging Masak Kicap Kerisik yang empuk, berkuah pekat dan beraroma wangi. Ikuti resipi mudah ini untuk menghasilkan hidangan makan tengahari yang lazat dan menyelerakan.