Himpunan resipi sup ringkas yang mudah dan sedap. Sesuai sangat dinikmati di musim tengkujuh ni. Menu berkuah macam ni memang cepat masak malah boleh memanaskan badan. Ni ada 9 resipi sup ringkas yang anda boleh cuba setiap hari. Sedap, berkhasiat dan yang paling penting penuh dengan rasa kasih sayang.

 

1. SUP DAGING
Koleksi Resipi Aneka Sup Ringkas Yang Sedap & Mudah Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
  • 3-4 biji cili padi
  • 3 sudu makan tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air
  • 1 kiub pati daging
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sudu teh lada hitam | ditumbuk kasar

BAHAN TUMIS:

  • 4 sudu makan rempah sup
  • 100gm bawang merah | dikisar halus
  • 30gm bawang putih | dikisar halus
  • 50gm halia | dikisar halus
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
  3. Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.

INFO CHEF: Jika anda tidak mahu menggunakan tepung dhal, ia boleh digantikan dengan 1 biji kentang yang direbus dan dikisar halus sebagai bahan pemekat.

 

2. SUP RASAM

Koleksi Resipi Aneka Sup Ringkas Yang Sedap & Mudah Masak
BAHAN A:

  • 6 ulas bawang putih | diketuk
  • 3 sudu makan jintan manis | ditumbuk kasar

BAHAN B:

  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 4 tangkai cili kering
  • 1 biji tomato | dipotong baji
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar minyak masak

BAHAN C:

  • 1 liter air
  • 3 sudu makan asam jawa | dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan A dan tumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan B dan kacau sebati. Biarkan seketika sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan jus asam jawa. Perasakan dengan garam, lada hitam dan sedikit gula.
  4. Didihkan sup rasam lebih kurang lima minit sebelum menutup api.

INFO CHEF: Anda boleh menambah kacang dhal yang sudah direbus empuk ke dalam kuah rasam untuk kelainan dan boleh dinikmati bersama roti atau capati.

 

IKLAN

3. SUP SAYUR ASIN

Koleksi Resipi Aneka Sup Ringkas Yang Sedap & Mudah Masak
BAHAN-BAHAN:

  • 100gm kubis
  • 3 sudu makan sayur asin
  • 2sm halia | dihiris halus
  • 2 keping tauhu | dipotong empat
  • 50gm isi ayam
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji tomato | dipotong baji
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sudu makan pati ayam
  • ½ sudu makan garam
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan masukkan kobis, halia, dan sayur asin.
  2. Apabila kubis sudah sedikit empuk, masukkan pula isi ayam.
  3. Kemudian masukkan pula tomato dan tauhu.
  4. Perasakan secukupnya dengan pati ayam dan garam. Apabila sudah mendidih, padamkan api.

INFO CHEF: Untuk rasa sup yang lebih mengancam, anda boleh tambahkan salted plum ke dalam sup ini dan kurangkan amaun bahan perasa.

 

4. SUP ISI KETAM
Koleksi Resipi Aneka Sup Ringkas Yang Sedap & Mudah Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin jagung manis
  • 2 biji telur
  • 200gm isi ketam | dicarik halus
  • 1000ml air
  • 1 sudu makan tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
  • 1 kiub pati ayam
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
  2. Masukkan garam dan gula.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.

INFO CHEF: Untuk sup yang lebih bertekstur, anda boleh gunakan jagung tongkol menggantikan jagung dalam tin. Pilih jagung manis untuk rasa sup yang sedap.

 

IKLAN

5. SUP AYAM THAILAND
Koleksi Resipi Aneka Sup Ringkas Yang Sedap & Mudah Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 1/4 ekor ayam | dipotong kecil
  • 1 batang serai | dititik
  • 2sm lengkuas | dititik
  • 1 batang saleri | dipotong serong
  • 1 biji tomato | dipotong empat
  • 1 batang akar daun ketumbar
  • 3-4 biji cili padi | dipotong
  • ½ biji limau nipis
  • 1biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang merah | dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • Sedikit sos ikan
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
  2. Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
  3. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
  4. Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
  5. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.

INFO CHEF: Jangan biarkan kulit limau nipis di dalam sup untuk mengelakkannya dari menjadi pahit. Seeloknya, hanya masukkan perahan limau nipis sahaja tanpa kulitnya.

 

6. SUP IKAN SAWADEE-KA

Koleksi Resipi Aneka Sup Ringkas Yang Sedap & Mudah Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 keping isi ikan merah
  • 1 batang serai | dititik
  • 2sm lengkuas | diketuk
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • 3 biji bawang merah | dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 3-4 sudu makan perahan limau nipis
  • 1 kiub pati ikan
  • 5 biji cili api | dipotong serong
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun bawang
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Minyak bagi menumis
  • Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
  4. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.

INFO CHEF: Sesetengah resipi di Thailand menggantikan penggunaan limau nipis dengan belimbing buluh.

 

7. SUP BEBOLA DAGING

Koleksi Resipi Aneka Sup Ringkas Yang Sedap & Mudah Masak

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm bebola daging
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih | dimayang
  • 2sm halia | dihiris halus
  • 1/2 batang saderi | dipotong halus
  • 3-4 biji cili padi | dihiris halus
  • 1 sudu makan lada hitam | ditumbuk kasar
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu makan pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
  2. Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
  3. Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
  4. Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.

INFO CHEF: Jika bebola daging yang digunakan mempunyai bau yang ‘kuat’, anda boleh perahkan limau nipis atau masukkan cuka ke dalam sup.

 

8. SUP SAYUR DIET

Koleksi Resipi Aneka Sup Ringkas Yang Sedap & Mudah Masak
BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 biji bawang kecil | dihiris halus
  • 2sm halia | diketuk
  • 2 keping tauhu | dipotong empat
  • 100gm putik jagung/baby corn
  • 200gm cendawan shimeiji
  • 2 biji tomato | dipotong enam
  • 200gm brokoli
  • 1/2 batang saderi
  • 1 sudu teh pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih beserta bawang merah dan halia.
  2. Apabila naik bau, masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan brokoli, putik jagung dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan masukkan sayuran yang lain.
  4. Perasakan secukupnya dengan garam dan pati ayam dan akhir sekali masukkan tauhu.
  5. Biarkan mereneh seketika sebelum menutup api.

INFO CHEF: Anda boleh mempelbagaikan pilihan sayur-sayuran yang mahu digunakan dalam resipi ini.

 

9. SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN

Koleksi Resipi Aneka Sup Ringkas Yang Sedap & Mudah Masak
BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 2sm halia | dikisar
  • 2 biji telur
  • 100gm kacang pis
  • 100gm sawi bak choy
  • 2 biji tomato | dipotong empat
  • 50gm suhun
  • 30gm sayur fucuk
  • 2 sudu makan pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada hitam kasar
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan minyak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
  3. Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
  4. Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
  5. Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
  6. Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.

INFO CHEF: Untuk telur yang sempurna, gunakan api sederhana panas supaya kuningnya cair dan bahagian putihnya masak elok.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI