Dikala berbuka, aneka pemanis mulut seperti pengat antara yang paling digemari ramai. Lebih-lebih lagi disediakan menggunakan resipi tradisional. Bukan guna bahan yang sukar pun. Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Jom cuba!
1. PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Ads
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Untuk kuah pengat yang cantik, sentiasa kacau agar santan tidak berketul.
2. PENGAT LABU
BAHAN-BAHAN:
300gm labu
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukup nya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus labu bersama air secukupnya, gula melaka dan daun pandan hingga labu empuk.
Setelah itu, masukkan gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Jangan masak labu terlalu lama untuk menggelakkan ia terlebih lembik.
3. PENGAT KELADI
BAHAN-BAHAN:
Ads
300gm Keladi
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
Masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Rendam sagu mata ikan sehingga kembang dengan sedikit air untuk menghasilkan sagu mata ikan yang benar-benar jernih apabila masak.
4. PENGAT NANGKA
Ads
BAHAN-BAHAN:
6 ulas nangka yang dihiris
1 liter air
100gm gula pasir atau mengikut selera
200gm santan pekat
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Masak air, nangka, gula, daun pandan hingga menggelegak.
Setelah itu masukkan sagu mata ikan, garam dan santan. Masak selama 5 minit atau sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Manis bubur terpulang kepada selera masing-masing. Jika mahu kurang manis, ubahsuai jumlah gula mengikut citarasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Roti loaf atau roti keping memang stok makanan yang sentiasa ada di rumah dan biasanya roti ini kita beli. Tapi kalau di rumah dan ada breadmaker apa kata cuba buat sendiri.
Roti loaf homemade ini dah tentu lebih sedap dan sihat kerana tiada penggunaan bahan pengawet. Paling penting ia air tangan sendiri.
Jika mahu hasil roti yang kita hasilkan sama gebu macam kita beli boleh ikut cara yang dikongsi oleh Hehiman Sakuan.
Buat sendiri Roti loaf homemade
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan marjerin
3 sudu gula
1 cawan susu (full cream/lowfat/fresh)-suam
(1 cup air suam campur dengan 2 sdm susu tepung)
1 sudu makan yis
Sedikit garam
Cara membuat:
1. Gula, susu (suam) dan yis gaul dan biarkan berbuih sekejap.
2. Kemudian masukkan dalam adunan tepung bersama garam. Uli sekejap(boleh guna bread maker atau tangan) kemudian masuk marjerin.
3. Uli lagi hingga elastik. Selepas itu biarkan doh naik seketika (double in size).
4. Bentukkan dan masuk dalam acuan yang disapu dengan marjerin. Bentukkan dan bakar. Sebelum itu sapu juga bahagian atas doh dengan marjerin.
5. Bakar dalam oven suhu dalam 200-230 darjah celsius, masa 30-45 minit (bergantung kepada oven masing-masing). Guna api atas dan bawah.
6. Bila bahagian atas roti dan bertukar kekuningan macam dalam gambar boleh keluarkan.
Resipi ini boleh digunakan untuk cinnamon rolls juga.
Melihatkan senarai pilihan pemanis mulut pilihan Raja Permaisuri Agung sebagai hidangan di Majlis Santapan Diraja ia sungguh autentik dan menarik perhatian tetamu diraja, Ia bagaikan amembangkitkan nostalgia silam di mana kesemua manisan ini sangat sinonim di majlis-majlis keraian di zaman dulu-dulu. Menariknya kesemua manisan ini sangat mudah disediakan, kepada korang yang teringin mencuba dan merasakan aura autentik, ini dikongsikan resipinya yang boleh dicuba.
.
PUDING RAJA
BAHAN-BAHAN:
4 sikat pisang lemak manis | buang kulit
1 cawan biji gajus | goreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun | potong empat
Buah ceri merah/hijau
2 sudu makan minyak sapi
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KUAH PUDING:
1 tin susu cair
3 biji telur | ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula | ikut citarasa
Daun pandan | simpul
Esen vanilla
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning.
Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
Untuk Kuah Puding. Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila.
Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang:Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
.
KUIH KACAU KELEDEK BAHAN-BAHAN:
1 kg keledek
1 biji kelapa parut | jadikan santan 2 gelas
500gram gula pasir
2 biji telur ayam
1 sudu teh vanilla
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Keledek dibersihkan, rebus dan lecek hingga halus
2. Satukan gula dan santan serta garam. Jerangkan atas api sederhana dan dikacau hingga likat.
3. Telur dipukul lalu dimasukkan kedalam adunan santan gula bersama keledek lecek dan esen vanilla.
4. Masukkan pewarna kuning.
5. Kacau hingga cukup kental, tuang dalam acuan.
.
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN:
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
CARA MEMASAK: 1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat. 2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam. 3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka. 4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan hawa.
CARA MEMASAK: 1. Masakkan santan sehingga pecah minyak, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga gula hancur. 2. Biarkan sehingga pekat, kemudian masukkan pulut. 3. Kacau hingga tekstur adunan kental.
.
WAJIK DURIAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut |rendam
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
10 ulas durian | isi sahaja
Sedikit kapur
Daun pisang
BAHAN AIR GULA:
500 gm gula melaka
300 gm gula pasir
2 cawan air
1 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Beras dikukus, setelah masak, angkat dan gaul dengan sedikit santan cair yang dibancuh dengan sedikit garam. 2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan dua cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis. 3. Masak semula gula yang ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian. 4. Apabila mendidih masukkan santan pekat dan biarkan merenih dalam setengah jam menggunakan api yang kecil. 5. Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi. 6. Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering. 7. Apabila kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah di alas dengan daun pisang. 8. Setelah sejuk wajik sedia dihidangkan.
.
BUAH TANJUNG
BAHAN-BAHAN:
10 biji kuning telur
1 kg gula pasir
500ml air
250gm tepung pulut
100gm tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh pewarna oren | jika suka
CARA MEMASAK:
Satukan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian, sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan.
Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan
Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah diangkat.
.
KUIH TAHI ITIK
BAHAN-BAHAN:
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
Sehelai daun pandan | siat-siat
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
Biarkan sejuk.
Setelah sejuk, bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
Kuih Tahi Itik sedia dihidangkan.
.
KUIH BUNGA TONJET: BAHAN-BAHAN:
15 biji telur gred A | ambil kuning sahaja
1 kg gula
Daun padan | carik dan simpul
5 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula bersama daun padan dalam air hingga pekat. Angkat dan tapis. 2. Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian titikkan telur dalam air gula panas yang masih di atas api. 3. Jika telur itu tidak boleh dibentuk, Kacau atau pukul lagi. 4. Kemudian ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat. 5. Ulang proses yang sama hingga adunan telur habis. 6. Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat. 7. Jika air gula menjadi terlalu pekat tambah air panas.
Selain durian crepe, kita juga boleh gantikan intinya dengan coklat. Nak senang, guna saja coklat jenama Nutella. Sudahlah sedap, senang pula nak membuatnya.
Blogger Nina Mirza berkongsi resipi membuat crepe coklat Nutella. Jika rajin, bolehlah buat sendiri coklat menggunakan coklat gelap. Namun, jika ingin cepat, boleh gunakan coklat sedia ada seperti Nutella.
Memang mudah untuk membuatnya dan paling penting, sedap!
Jom kita lihat resipinya.
CREPE COKLAT NUTELLA
BAHAN-BAHAN KULIT
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur ayam
3 sudu kecil minyak masak
3 sudu besar gula halus
3/4 cawan susu cair
1 sudu kecil coklat emulco
CARA MEMBUAT KULIT
1. Dalam bekas, satukan semua bahan. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati dan larut. Tapiskan.
2. Ambil kuali leper yang tidak mudah melekat. Panaskan atas api kecil sehingga kuali benar-benar panas.
3. Ambil 1 senduk penuh adunan tadi. Tuang atas kuali dan dadarkan.
4. Biarkan sehingga permukaan adunan mengering.
5. Tanpa perlu diterbalikkan, angkat dan letak atas pinggan.
6. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga adunan habis dimasak.
CARA MEMBUAT GANACHE CREAM
1. Dalam periuk, masak krim putar sehingga berbuih. Tutup api.
2. Masukkan coklat gelap. Kacau sehingga coklat cair.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi.
4. Biarkan seketika sehingga adunan memekat dan boleh digunakan.
Jika hendak lebih mudah, tidak perlu buat ganache cream, sebaliknya gunakan Nutella sahaja.
CARA PENYEDIAAN
1. Dalam bekas, pukul non dairy whipping cream sehingga kental dan kaku.
2. Ambil sekeping kulit crepe. Bentangkan.
3. Paipkan krim putar di tengah crepe.
4. Paipkan ganache cream.
5. Paipkan sekali lagi krim putar.
6. Lipat kulit crepe kemas-kemas.
7. Buat sehingga habis kulit crepe.
8. Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam. Sedia dimakan!
Siap!
Ini yang telah siap.Selepas dibelah, beginilah rupanya. Nampak sedap kan?
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...