Kecur liur bila tengok macam macam jenis kerabu. Tambah berselera bila adanya kerabu dalam hidangan. Sebenarnya telur ikan pun boleh dibuat kerabu. Kedengaran pelik tapi sekali rasa pasti nak lagi. Berikut min kongsikan enam resipi kerabu paling unik dan terlajak sedap.

 

Koleksi Kerabu Paling Rare Dan Terlampau Sedap

KERABU UDANG

Bahan-bahan diperlukan:

1 mangkuk isi udang
3 biji tomato hijau
2 sudu makan kacang tanah goreng (Ditumbuk kasar) 
3 sudu makan santan pekat
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Buang kulit udang dan sangai (goreng tanpa minyak) di dalam kuali sehingga isinya kemerah-merahan.

2. Potong tomato kecil-kecil.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.

4. Gaulkan supaya sebati dan rata.

Sedia dihidangkan.

Koleksi Kerabu Paling Rare Dan Terlampau Sedap
KERABU TELUR IKAN

Bahan-bahan diperlukan:

500 g telur ikan tenggiri
1 sudu teh serbuk kunyit
5 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
1 helai daun kunyit (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili hijau (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
5 biji cili api (Dihiris)
½ cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Basuh dan tuskan telur ikan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.

IKLAN

2. Gorengkan telur ikan sehingga masak dan sedikit garing.

3. Angkat telur ikan dan potong kecil.

4. Hiris daun kunyit halus-halus.

5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul perlahan-lahan supaya sebati.

Sedia dihidangkan

Koleksi Kerabu Paling Rare Dan Terlampau Sedap
KERABU TERUNG TELUNJUK

Bahan-bahan diperlukan:

15 biji terung telunjuk
1 biji cili merah
8 biji cili api 
1 sudu makan udang kering
1 sudu teh lada hitam
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api, udang kering, lada hitam dan belacan ditumbuk bersama)
1 labu bawang besar (Dihiris)
1 sudu makan kerisik
½ cawan pati santan
4 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Rebus terung telunjuk sehingga lembut selama 10 minit dengan garam, kemudian belahkan dua.

2. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan bawang besar, kerisik dan santan di dalam mangkuk.

IKLAN

3. Masukkan terung dan bahan-bahan lain. Kemudian gaul rata.

Sedia dihidangkan.

Koleksi Kerabu Paling Rare Dan Terlampau Sedap
KERABU KUPANG

Bahan-bahan diperlukan:

1 mangkuk kupang
1 mangkuk kecil tauge
2 biji tomato (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
8 biji cili api
2 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan ditumbuk halus bersama)
½ cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan perahan limau kesturi
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Basuh dan rebuskan kupang dengan sedikit garam. Kemudian tuskan.

2. Buangkan akar tauge dan basuh.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Sedia dihidangkan.

IKLAN
Koleksi Kerabu Paling Rare Dan Terlampau Sedap
KERABU PERIA

Bahan-bahan diperlukan:

2 biji peria katak
1 labu bawang besar (Dihiris nipis)
1 sudu makan kerisik 
3 sudu makan santan
2 sudu makan jus limau kesturi
2 biji cili merah
5 biji cili api
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api dan belacan ditumbuk bersama)

Cara menyediakan dan memasak:

1. Belah dua peria katak dan buangkan biji di tengahnya. Kemudian hiris nipis-nipis.

2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Sedia dihidangkan.

Koleksi Kerabu Paling Rare Dan Terlampau Sedap
KERABU KERANG

Bahan-bahan diperlukan:

1 kg kerang (Bersaiz besar)
1 ikat pucuk paku hijau (Dipotong kasar)
1 sudu makan kerisik 
½ cawan santan pekat
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 labu bawang besar (Dihiris)
10 biji cili api
3 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan dikisar bersama)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

1. Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Rebuskan dengan sedikit air dan garam selama 5 minit.

2. Tuskan dan ambil isi kerang sahaja

3. Ambil bahagian daun hijau pucuk paku dan basuh sehingga bersih. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.

4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI