Kuih tradisi memang sukar ditukar ganti. Dalam setiap gigitan, terbayang nostalgia yang pastinya sangat indah untuk dikenang. Bagi yang dah lama tak makan kuih ‘lama’ ni, alang-alang ada masa lebih hari ni, bolehlah buat kuih koleh kacang. Memang puas hati.
Ads
Ads
Ads
BAHAN – BAHAN:
500gm tepung kacang hijau
500ml santan pekat
1.5 liter air
Secubit garam
BAHAN AIR GULA:
350gm gula merah
150gm gula pasir
400ml air
BAHAN TAHI MINYAK:
500ml santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Untuk bahan air gula, didihkan dengan api sederhana sehingga menjadi pekat. Tapis.
2. Kemudian masukkan santan pekat, air dan garam. Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.
3. Apabila adunan sudah sejuk atau suam-suam kuku, masukkan tepung kacang hijau sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Setelah itu didihkan semula adunan dan masak perlahan-lahan sehingga menjadi pekat.
5. Sudu adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
6. Untuk tahi minyak, didihkan santan di atas api perlahan sehingga mengeluarkan minyak kelapa.
7. Akhir sekali, taburkan tahi minyak pada koleh yang telah dipotong. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rupa macam karipap tapi sebenarnya apam puri. Tapi yang paling best intinya kastad, wow sedapnya.
Bahannya pun tak rumit, lembut aje teksturnya, kalau tak nak manis boleh kurangkan gula dalam inti kastad tu. Berbaloi untuk dicuba, boleh buat warna warni barulah nampak menarik dan menambat selera.
APAM PURI INTI KASTAD
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti : 1 cawan tepung gandum – beli online DI SINI 2 sudu besar tepung kastard – beli online DI SINI 1 cawan gula (taknak manis boleh kurangkan) 3 cawan air Pewarna kuning -beli online DI SINI
Bahan kulit : 2 cawan tepung gandum – beli online DI SINI 2 setengah cawan air 1 biji telur 1 sudu kecil baking powder – beli online DI SINI sedikit garam Pewarna ikut suka -beli online DI SINI
CARA MEMASAK : Penyediaan inti : 1. Satukan semua bahan kacau sebati lepas itu tapis. 2. Tuang dalam periuk atau kuali. 3. Masak dengan api perlahan. 4. Kacau sampai pekat lepas itu angkat ketepikan.
Penyediaan kulit : 1. Satukan semua bahan kemudian tapis. 2. Kemudian panaskan pan sapu minyak sikit, dah panas boleh la tuang sikit adunan tepung tadi. 3. Bila dah masak boleh letak pada acuan karipap dan letak inti tadi. 4. Lepastu siap dikapit.
Selamat mencuba
Kredit Masni Bahari Via : FB Resepi Masakan Terkini
Ada yang panggil kuih bakar pandan, ada yang panggil bingka tepung. Tapi suka yang jenis kosong begini tidak letak bijan. Janji sedap dan menjadi kuih kesukaan seisi keluarga.
Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan dan kacau.
2.Nak bagi sebati , boleh blend kejap.
3.Kemudian bolehlah dimasukkan dalam loyang dan dibakar.
4.Bakar dalam oven suhu dengan suhu 200 selama 1 jam.Kalau nak kerak lebih, bakar la lama sikit.
Terasa nak makan Apam Balik panas-panas tapi tak tau nak beli dekat mana? Meh cuba buat sendiri. Resipi ni memang mudah. 30 minit je dah siap dan boleh makan. Malah ia merupakan resipi dari ibu Ierv Munirvh sendiri. Masak pun guna kuali non-stick je. Boleh cuba.
APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN INTI:
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan air. Pukul seketika dan masukkan soda bikarbonate dan baking powder.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Tambah esen vanilla jika suka.
4. Untuk memasak apam, guna kuali yang senang tanggal yang tak payah minyak ( non stick pan).
5. Letakkan bancuhan tepung dalam kuali. Bentukkan leper.
6. Kemudian letak jagung, kacang tanah dan gula ikut kemanisan yang disukai. Nak letak coklat pun boleh.
7. Biar hingga rangup dan angkat. Semasa masak, pastikan guna api yang kecil.
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.