
Dalam pada kita menikmati makanan, jangan lupa untuk menjaga kesihatan. Dan bagi mereka yang ada masalah kolestrol degil, bolehlah mencuba petua ini.
Petua daripada Ainasar Azizah yang memperoleh daripada seorang ustaz ini, boleh juga digunakan sebagai ikhtiar dijauhi dari serangan jantung.
BAHAN-BAHAN:

3 ulas bawang putih | buang kulit – beli online di sini
3-5 biji kurma | buang biji – beli online di sini
2 biji lemon | kisar bersama-sama kulit
1 biji timun
2 cawan air zam-zam /air mati (air mati – air panas yang dah sejuk)

CARA-CARA:
Semua bahan di atas dikisar halus dan diminum bersama-sama hampas pada waktu pagi, tengahari dan malam. Kita berusaha, Allah SWT yang mengizinkan.

Kredit petua: Ainasar Azizah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Takut Nak Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan? Jom Ikut Petua Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
9 Cara Untuk Hasilkan Ikan Bilis Goreng Yang Rangup Serta Tahan Lama

Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya.
Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1.Pilih Ikan Bilis Berkualiti
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2.Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.

3.Keringkan Sepenuhnya
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.

4.Guna Cuka
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.

5.Guna Minyak Panas
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
6.Goreng Guna Api Sederhana
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7.Tos Minyak Sepenuhnya
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.

8.Simpan Dalam Balang Kedap Udara
9.Goreng Secara Berperingkat
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Atuk Umur 86 Tahun Masih Kuat Dan Tak Ada Penyakit Sebab Amalkan Minum Air Ni… Cubalah!

Minuman berasaskan tumbuhan semulajadi memang banyak kebaikkan dan khasiatnya. Salah satu sayur yang mempunyai fungsi dan khasiat yang bagus adalah sayur bendi. Jom cuba minuman ini jika kamu ingin turunkan tekanan darah, tekanan darah, gula dalam darah, kecing manis dan turunkan kolestrol.

Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dah 86 tahun tapi masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar.. Tiada penyakit seperti adik beradik dia yang lain..tekanan darah ok, gula dalam darah ok, kencing manis takde, kolestrol rendah…
Bila tanya apa rahsia dia…
Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia masuk umur 30 tahun

Bahan dan Caranya mudah sahaja:
1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus
3. Rendamkan 8-12 jam di dalam air mineral supaya lendir bendi tadi keluar
4. Minum secukup rasa
5. Bila air dah abis, rendam sekali lagi (boleh buat sampai 2-3 kali, sampai likat lendir dia habis)
16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu..
- Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
- Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
- Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
- Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
- Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
- Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
- Mencuci hati.
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
- Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
- Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
- Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
- Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
- Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
- Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
- Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
- Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang
Sumber: dara anggun
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Supaya Tahan Lama.

Daun sup dan daun ketumbar antara herba yang sangat enak jika dicampur dalam masakan. Biasanya ia digunakan dalam penghasilan sup, bergedil, tomyam malah ia juga sesuai ditabur diatas hidangan mi goreng atau bihun goreng sebagai penyedap rasa dan penambah aroma.
Namun, herba-herba ini tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Ia mudah menjadi lembik dan busuk. Jika beli di kedai, biasanya ia dijual dalam kuantiti yang agak banyak. Dalam masakan pun bukan setiap hari kita akan pakai daun ni. Jadi lebihan daun sup dan ketumbar tu jika dibiarkan sahaja pasti akan membazir. Minggu depan bila anda nak masak dan perlukan daun ini, dah kena beli baru.

Ada petua menyimpan kedua-dua herba ini agar tahan lama yang boleh anda praktikkan iaitu dengan membekukan daun tersebut menggunakan air. Melalui cara ini, ia mampu tahan berbulan-bulan. Cubalah! Memang bijak malah tak membazir.

CARA-CARA MENYIMPAN DAUN SUP AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
- Daun sup dan daun ketumbar – basuh bersih dan buang sisa pasir.
- Bekas dadih atau bekas kecil
- Air
LANGKAH-LANGKAH:
1. Ambil daun sup dan ketumbar yang telah dibersihkan. Racik halus seperti saiz anda masukkan ke dalam masakan.
2. Ambil hirisan dan masukkan ke dalam bekas dengan secukupnya. Tuang air sampai menutupi daun-daun tadi.
3. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk beku.

4. Bila nak guna, ambil satu bekas dan masukkan terus ke dalam sup yang sedang mendidih.

Selamat mencuba!
INFO RASA: Anda juga boleh guna kaedah ini untuk ‘frozen’kan herba-herba lain juga seperti daun kesum, daun limau purut, daun bawang, halia, lengkuas dan sebagainya.
Kredit petua & foto: Nana Aziz
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

