Bagi penggemar sajian ayam pencen, ayam tua atau ayam kampung, pasti dah faham mengenai proses penyediaan hidangannya yang agak memakan masa. Maklumlah, dagingnya sedikit liat. Walaupun begitu, isi ayam ni masih boleh dilembutkan dan memang sedap jika dimasak rendang, masak lemak cili api dan sebagainya.
Cara nak melembutkan isi, salah satunya ialah dengan cara merebus dengan beberapa bahan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses ini. Antara yang boleh dicuba ialah:
PETUA 1: Tumbuk 1/2 sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia. Masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air. Rebus hingga lembut.
Ads
PETUA 2: Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
PETUA 3: Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Ia akan membantu isi ayam cepat lembut.
PETUA 4: Bungkus satu sudu makan biji selasih menggunakan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Hasilnya ayam akan cepat empuk.
PETUA 5: Ketika merebus ayam tua, masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk.
PETUA 6: Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa. Ayam bukan sahaja cepat empuk malah lebih sedap.
Ads
PETUA 7: Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.
PETUA 8: Kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.
Ads
PETUA 9: Masukkan daun nangka ke dalam masakan ayam. Masak bersama ayam sehingga ayam empuk .
PETUA 10: Masukkan beberapa batang sudu logam ke dalam masakan ayam. Ayam akan empuk lebih cepat. Malah cara ini juga sesuai digunakan untuk mengempukkan daging.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ikan keli merupakan antara menu kegemaran ramai. Antara hidangan yang popular adalah masak lemak cili api, goreng berlado dan banyak lagi. Satu masalah yang sering kita hadapi apabila menggoreng ikan keli adalah ia melekat pada kuali dan hasil gorengan jadi tak cantik. Sebenarnya ada petua nak goreng ikan keli ini agar sempurna seperti di kedai. Menurut petua yang dikongsi oleh Ala Alaniyah, anda hanya perlu gunakan tepung dan buat banyak hirisan pada badan ikan. Cara ini akan membantu air pada ikan cepat kering. Jom kita ikuti perkongsiannya.
CARA GORENG IKAN KELI AGAR TAK MELEKAT PADA KUALI
1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam. Perap sebentar.
2. Selepas itu, ambil ikan satu-satu. Bedakkan ikan dengan tepung gambar seperti di dalam gambar.
3. Kemudian, goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Hasil dia insyaAllah cantik.
4. Siap! Keli masak sambal.
Jika anda sedang mencari KUALI yang murah dan berkualiti, cuba klik DISINI.
Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya….
Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.
CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AGAR TIDAK MELETUP
Apa yang anda perlukan ialah:
Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.Selamat mencuba!
Tip ini sesuai sangat bagi yang suka buat acara makan-makan di luar bersama keluarga sama ada berkelah, barbeku, berkhemah dan sebagainya.
Jika suka bawa aiskrim sebagai hidangan untuk memastikan ia tak cair dan kekal beku boleh gunakan tip yang dikongsi oleh penjual aiskrim sendiri, @abamaiskriem.
Caranya cukup mudah cuma gunakan ais dan garam saja untuk memastikan aiskrim tahan lama tak cair. Berikut adalah cara yang beliau tunjukkan.
1. Sediakan termos/ice box yang lebih besar daripada bekas aiskrim.
2. Masukkan bekas aiskrim dalam termos dan tuang ketulan ais di keliling bekas aiskrim.
3. Kemudian tabur garam kasar di atas ais keliling bekas aiskrim.
4. Seterusnya tabur lagi ketulan ais.
5. Tabur sekali lagi garam di atas ais dan tambah lagi ketulan ais hingga memenuhi termos.
Ini aiskrim yang digunakan untuk kenduri kahwin, letak 2 layer garam sudah memadai. Kalau lebih nanti terlebih keras.