Kerabu Mempelam Telur ni boleh buat anda tidak duduk diam. Lihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk buat orang yang melihatnya terliur. Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Norraihan Ismail ini.
BAHAN-BAHAN:
Mempelam telur muda
Bawang merah
Cili padi
Cili flake
Kacang tanah | disangai
Udang kering | digoreng
Gula perang secukup rasa
BAHAN SOS:
Ads
Kicap sotong
Madu
CARA MEMASAK:
Ads
Potong nipis mempelam telur seperti dalam gambar dan rendam dalam air sejuk.
Potong bawang merah dan cili. Campurkan cili kering, belacan dan gula perang.
Gaul bahan-bahan tadi hingga sebati. Kemudian masukkan bahan-bahan lain( termasuk sos) kecuali udang kering.
Campur semua bahan hingga rata. Kemudian gaul dan masukan udang kering.
Sedia untuk dinikmati.
NOTA:
Ads
* Untuk sos, campurkan madu dengan kicap sotong dan masak hingga mendidih. Sejukkan sepenuhnya.
* Bahan-bahan diatas tiada jumlah yang spesifik. Ikut kesesuaian & citarasa anda.
Kecur liur bila tengok macam macam jenis kerabu. Tambah berselera bila adanya kerabu dalam hidangan. Sebenarnya telur ikan pun boleh dibuat kerabu. Kedengaran pelik tapi sekali rasa pasti nak lagi. Berikut min kongsikan enam resipi kerabu paling unik dan terlajak sedap.
Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk isi udang
3 biji tomato hijau
2 sudu makan kacang tanah goreng (Ditumbuk kasar)
3 sudu makan santan pekat
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Buang kulit udang dan sangai (goreng tanpa minyak) di dalam kuali sehingga isinya kemerah-merahan.
2. Potong tomato kecil-kecil.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
4. Gaulkan supaya sebati dan rata.
Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan diperlukan:
500 g telur ikan tenggiri
1 sudu teh serbuk kunyit
5 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 helai daun kunyit (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
3 biji cili hijau (Dihiris)
3 biji cili merah (Dihiris)
5 biji cili api (Dihiris)
½ cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh dan tuskan telur ikan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Gorengkan telur ikan sehingga masak dan sedikit garing.
3. Angkat telur ikan dan potong kecil.
4. Hiris daun kunyit halus-halus.
5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul perlahan-lahan supaya sebati.
Sedia dihidangkan
Bahan-bahan diperlukan:
15 biji terung telunjuk
1 biji cili merah
8 biji cili api
1 sudu makan udang kering
1 sudu teh lada hitam
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api, udang kering, lada hitam dan belacan ditumbuk bersama)
1 labu bawang besar (Dihiris)
1 sudu makan kerisik
½ cawan pati santan
4 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Rebus terung telunjuk sehingga lembut selama 10 minit dengan garam, kemudian belahkan dua.
2. Gaulkan bahan yang ditumbuk dengan bawang besar, kerisik dan santan di dalam mangkuk.
3. Masukkan terung dan bahan-bahan lain. Kemudian gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk kupang
1 mangkuk kecil tauge
2 biji tomato (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
8 biji cili api
2 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan ditumbuk halus bersama)
½ cawan santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan perahan limau kesturi
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh dan rebuskan kupang dengan sedikit garam. Kemudian tuskan.
2. Buangkan akar tauge dan basuh.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan diperlukan:
2 biji peria katak
1 labu bawang besar (Dihiris nipis)
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan santan
2 sudu makan jus limau kesturi
2 biji cili merah
5 biji cili api
Sedikit belacan
(Cili merah, cili api dan belacan ditumbuk bersama)
Cara menyediakan dan memasak:
1. Belah dua peria katak dan buangkan biji di tengahnya. Kemudian hiris nipis-nipis.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Bahan-bahan diperlukan:
1 kg kerang (Bersaiz besar)
1 ikat pucuk paku hijau (Dipotong kasar)
1 sudu makan kerisik
½ cawan santan pekat
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 labu bawang besar (Dihiris)
10 biji cili api
3 biji cili merah
Sedikit belacan
(Cili api, cili merah dan belacan dikisar bersama)
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Rebuskan dengan sedikit air dan garam selama 5 minit.
2. Tuskan dan ambil isi kerang sahaja
3. Ambil bahagian daun hijau pucuk paku dan basuh sehingga bersih. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.
4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kerang rebus memang sedap. Istimewanya kerang adalah boleh dijadikan lauk dan boleh juga dimakan begitu saja atau ratah.
Ada pelbagai cara untuk menikmati kerang rebus. Ada yang dimakan dengan air rebusan kerang sebagai kuah. Ada juga yang ditoskan kemudian dihidang dengan sos pencecah.
RASA kongsikan cara masak kerang rebus dengan sos bercita rasa Thailand.
BAHAN-BAHAN
1 kg kerang 5 ulas bawang putih 1 biji cili merah 3 biji cili api Setengah cawan air Garam dan gula secukup rasa 1 biji tomato (potong dadu) Sedikit daun ketumbar (dihiris halus) Daun limau purut (jika suka)
BAHAN-BAHAN SOS THAI 2 sudu sos tiram 2 sudu oren Sunquick – beli online disini 2 sudu sos ikan Setengah cawan air
CARA MEMBUAT 1. Kerang direbus sekejap. Angkat dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tidak kecut. Kemudian kopek dan buang sebelah kulitnya.
2. Tumbuk kasar bawang putih, cili merah dan cili api.
3. Panaskan kuali, letak air setengah cawan. Biarkan air didih. 4. Masukkan semua bahan sos. Kacau rata.
5. Bila kuah dah likat, masuk bahan yang ditumbuk kasar tadi. Kacau hingga sebati.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa.
7. Masuk pula tomato dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.
8. Siap. Curah la pada kerang tu dengan penuh rasa kasih sayang.
Sekarang ni macam-macam bahan boleh dijadikan kerabu. Asalkan kreatif mengolah resipi, kerabu yang sedap pastinya terhidang di atas meja makan. Kali ini, pengguna facebook atas nama Anys Idayu Zakaria berkongsi resipi membuat kerabu kacang botor yang digabungan dengan kerang. Nak tengok macam mana rupa? Jom tengok resipi ini.
.
BAHAN-BAHAN
• 5 biji kacang botor 5 batang | potong halus
• 3 urat kacang panjang | potong halus
• 1 biji tomato | potong dadu
• 1 bekas kerang | bersih dan rebus
• Cili api secukupnya
• 2 ulas bawang merah | potong halus
• Garam secukupnya
• 1 biji limau nipis
• 2 sudu kerisik
CARA MEMBUAT
1. Campurkan kacang botor, kacang panjang dan tomato dalam mangkuk.
2. Letakkan kerang rebus. Gaul seketika.
3. Masukkan cili api, bawang dan garam. Gaul rata.
4. Masukkan kerisik dan perah limau nipis.
5. Gaul lagi sehingga sebati semua bahan
6. Siap boleh hidang. Senang sangatkan.