Korang tahu tak apa manfaat limau kasturi untuk kesihatan? Antaranya adalah untuk bantu legakan batuk, cairkan kahak, singkirkan lemak dalam badan dan juga bantu legakan sakit kepala. Sama ada diminum jusnya begitu sahaja, korang boleh juga campurkan dengan madu untuk mengurangkan rasa masam limau tersebut.
Selain itu, boleh juga limau kasturi ini dicampur dalam masakan. Misalnya kerabu. Selain menambah sedap lauk yang dimasak, boleh juga dapat manfaat limau itu untuk kesihatan. Jom lihat resipi Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi yang diilhamkan oleh Wan Norma melalui facebooknya.
Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi
Ads
Bahan-bahan
500 gram ikan bilis (Goreng dan toskan)
3 batang serai (hiris halus)
2 labu bawang besar (hiris halus)
7 biji cili api (hiris halus)
1 biji tomato (hiris halus)
5 biji limau kasturi (belah dua dan perah airnya)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas
2. Masukkan jus limau kasturi.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Gaul sehingga rata.
5. Sedia dimakan.
Masakan Kelantan memang cukup terkenal dengan aneka pilihan yang enak serta membuka selera. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang senarai makanan Kelantan ni. Ada diantaranya yang jarang dijumpai. Untuk memartabatkan kembali sajian asli Kelantan kepada generasi muda, saudari Wan Nor Susy Susanthy bermurah hati untuk berkongsian sajian warisan negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersama para pembaca RASA. Semuanya resipi turun temurun yang sangat enak dan mudah disediakan.
1. TERESEK JANTUNG PISANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Ambil jantung pisang dan hiris halus. Rendam dalam air garam anggaran 30 minit untuk membuang getahnya. Kemudian perah dan keringkan airnya. Ketepikan. 2. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering dan cili padi hingga halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. 4. Seterusnya masukkan rempah kari. Masak lagi seketika. 5. Masukkan tulang, tengkuk dan kaki ayam. Masak hingga empuk. 6. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hingga pecah minyak. 7. Tambahkan hirisan jantung pisang dan kacang panjang. Kacau hingga sebati. 8. Masukkan kerisik, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. 9. Masak lagi hingga mendidih dan terbit minyak. Angkat dan boleh dihidangkan.
INFO: * Hidangan ini sangat terkenal di negeri Kelantan. Kebanyakan dihidangkan semasa kenduri@sebagai juadah harian. *Ada sesetengah masak hidangan inimenggunakan Kacang Panjang@Cendawan Sisir sahaja (hanya pada musim tengkujuh di Pantai Timur)
2. BUDU TUMIS KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Kisar bahan-bahan kisar hingga halus. Kemudian masak dengan santan serta cili kering hingga pecah minyak. 2. Masukkan budu. Masak hingga terbit minyak. 3. Tambahkan asam gelugur, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 4. Bila budu tumis kelihatan agak pekat, padamkan api dan sejukkan. 5. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih. Untuk menikmatinya, ambil budu tumis, patahkan cili, perah limau nipis dan cicah bersama ikan panggang tawar. 6. Jika ada lebihan, simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 6 bulan.
INFO: *Jika nak buat dalam jumlah yang banyak, tambah kuantitinya. * Budu Tumis ini sesuai untuk Nasi Putih. Budu Tumis untuk Nasi Kerabu, resipi dan cara masaknya berbeza.) * Hidangan ini sangat terkenal di kalangan generasi lama kerana cara membuatnya agak rumit.
3. JERUK PETAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Rebus@celur petai bersama kulitnya seketika. Angkat dan toskan air. 2. Bila petai telah sejuk, picit kulit petai dan ambil isinya. Basuh dan toskan sekali lagi. 3. Masukkan isi petai ke dalam botol bersih bersama dengan air masak, sedikit garam dan cili padi. Elak letak garam terlalu banyak kerana ia akan masin. 4. Simpan botol petai jeruk di tempat kering supaya tahan lama. 5. Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.
INFO: *Petai jeruk biasanyadiperam 2-3 hari @ seminggu supaya rasanyalebih sebati. *Sedap dimakan bersama Ikan Panggang Tawar@Ikan Rebus dan dipenyek cili. *Jeruk Jering juga boleh dibuat cara yang sama cuma Jering tidak perlu direbus. (guna jering semai baru sedap dimakan kerana rasanya yang lebih rangup.)
4. SOLOK LADA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan cili hijau, belah panjang bagi membentuk poket dan buang bijinya. Ketepikan. 2. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, serai,halia garam dan gula hingga halus. 3. Tambahkan isi ikan rebus yang telah dibuang tulang dan kulit. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam bekas besar. 4. Seterusnya masukkan kelapa parut dan kelapa goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi hingga lumat. Tuang ke dalam bekas berisi ikan tadi. 5. Gaul rata semua bahan dan kelapa tadi hingga rata. 6. Ambil bahan tumbuk dan isikan ke dalam cili hingga mampat. Lakukan hingga habis. 7. Ambil periuk bersesuaian, susun(lapik) kacang panjang@pucuk ubi di dasarnya sebagai alas. Fungsinya supaya manis air kacang@pucuk ubi menyerap pada Solok Lada. 8. Tuang santan, tutup periuk dan rebus Solok Lda Periuk guna api sederhana hingga cili masak dan lembut. 9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
5. SIRA ROTI GULA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Ambil roti dan hiris nipis-nipis. Kemudian celup dalam telur yang telah dipukul. 2. Panaskan sedikit minyak dan goreng roti yang dicelup tadi. Lakukan hingga habis. Angkat dan letak dalam pinggan. 3. Dalam periuk berlainan, rebus air bersama daun pandan, gula, bunga cengkih dan sedikit air gula untuk dijadikan air gula. 4. Bila gula telah larut, tuang air gula tadi pada roti yang telah digoreng tadi. 5. Sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas dan mempunyai rasa lemak manis.
6. SIRA ROTI SANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Potong kecil roti dan celup dalam bancuhan telur yang telah dipukul. 2. Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng roti telur tadi sekejap sahaja (hingga sedikit garing). Ketepikan. 3. Untuk menyediakan kuahnya, masukkan santan, gula, garam, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 4.Masukkan roti yang digoreng tanpa minyak tadi. Masak sehingga roti sedikit lembut. 5. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. Enak Dinikmati Sejuk
7. PINDANG TAPAI UBI (PENCUCI MULUT MUSIM TENGKUJUH)
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK 1. Masak santan bersama gula hingga larut. Kemudian masukkan daun pandan. 2. Bila santan kembali mendidih, masukkan tapai masak seketika. 3.Angkat dan masukkan sedikit kiub ais. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
INFO: Pencuci mulut ini popular semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur..Enak dimakan bersama pulut putih@Kosong
Menu kerabu mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Selain terkenal dengan hidangan sihat dan segar, kerabu antara juadah pembuka selera dan cara penyediaannya juga ringkas dan cepat. Kerabu Ikan Bilis antara menu yang sangat sesuai dimakan sama ada ketika berbuka mahu pun ketika bersahur. Ini resipi Kerabu Ikan Bilis yang dikongsikan oleh Haslina Mohamad
RESIPI KERABU IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis (goreng bagi garing) – BELI ONLINE Bawang besar Bunga kantan Serai Daun ketumbar (jika suka) Cili padi – BELI ONLINE Tomato – BELI ONLINE Air perahan limau kasturi Garam dan gula secukup rasa
*sukatan boleh ikut masing-masing dan kuantiti kerabu yang dikehendaki.
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan ke semua bahan dan gaul rata.
2. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
3. Kerabu Ikan Bilis ini sedap dimakan terus selepas semua bahan siap digaul sebati. Bila makan baru rasa rangup. Jika disimpan, ia akan sedikit lemau. Elok sebatikan semua bahan ketika hendak makan. Barulah kunyah rasa sedap dan ikan bilis tidak lemau.
Terasa nak makan Umai Ikan Tenggiri? Tak perlu susah-susah terbang ke Sarawak. Cuba je resipi ni. Dijamin menjadi! Hidangan tradisional dari Bumi Kenyalang ini terkenal dengan rasa segar, masam, pedas dan sangat menyelerakan. Ia sering menjadi pilihan pencinta makanan laut kerana menggunakan isi ikan yang diperap dengan jus limau sehingga teksturnya menjadi lembut dan enak dimakan.
Resipi ini sesuai disediakan untuk makan tengah hari, makan malam atau sebagai hidangan istimewa ketika berkumpul bersama keluarga. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan proses penyediaannya tidak mengambil masa yang lama.
3. Tuang jus limau kasturi ke atas isi ikan. Gaul rata dan biarkan selama kira-kira 20 minit sehingga isi ikan bertukar warna putih.
4. Kisar cili padi, bawang merah dan belacan sehingga lumat.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas yang mengandungi ikan.
6. Tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
7. Gaul sehingga semua bahan sebati.
8. Masukkan hirisan bawang holland dan kulit limau kasturi.
9. Gaul sekali lagi dan hidangan sedia untuk dinikmati.
Pemilihan ikan memainkan peranan yang sangat penting. Pastikan ikan tenggiri yang digunakan benar-benar segar kerana hidangan ini tidak dimasak menggunakan haba seperti masakan biasa. Ikan yang segar mempunyai isi yang pejal, tidak berbau hanyir dan warna yang masih cantik.
Jus limau kasturi pula berfungsi untuk memerap isi ikan sehingga teksturnya berubah menjadi lebih lembut. Proses ini perlu dilakukan dengan sempurna bagi memastikan setiap bahagian ikan menerima rasa masam yang seimbang. Jangan tergesa-gesa ketika proses perapan kerana ia memberi kesan kepada rasa akhir hidangan.
Jika anda gemarkan rasa yang lebih pedas, jumlah cili padi boleh ditambah mengikut kesesuaian. Namun begitu, pastikan rasa pedas tidak menenggelamkan rasa asli ikan dan kesegaran limau kasturi yang menjadi identiti utama hidangan ini.
Hidangan ini terkenal kerana gabungan rasa yang unik. Keasidan limau kasturi, kepedasan cili padi, aroma bawang dan rasa semula jadi ikan menghasilkan kombinasi yang sangat menyelerakan. Ia juga sesuai dinikmati sebagai pembuka selera atau hidangan sampingan bersama nasi panas.
Selain mudah disediakan, resipi ini tidak memerlukan banyak bahan. Walaupun ringkas, hasilnya mampu memberikan pengalaman menikmati makanan tradisional Sarawak yang autentik. Tidak hairanlah ramai yang mencari cara untuk menyediakannya sendiri di rumah.
Bagi penggemar makanan laut, hidangan ini menawarkan rasa segar yang sukar ditandingi. Dengan teknik penyediaan yang betul dan penggunaan bahan berkualiti, anda boleh menikmati cita rasa tradisional tanpa perlu pergi jauh.
Hidangan ini paling sedap dinikmati ketika masih segar. Ia boleh dihidangkan bersama nasi putih panas, ulam-ulaman atau sebagai menu sampingan ketika majlis keluarga. Gabungan rasa masam, pedas dan segar menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis selera.
Selamat mencuba dan semoga resipi Umai Ikan Tenggiri ini menjadi salah satu menu kegemaran anda di rumah.
Ketahui cara masak suhun yang betul supaya tidak menyerap kuah, kekal kenyal dan tidak mudah lembik. Ikuti tip mudah ini untuk hasil sup yang lebih sedap.