
Kerabu Ayam Goreng resipi dari Thai yang sangat menyelerakan. Buat yang tak selera makan, hidangan ini memang sesuai untuk dijadikan menu.
Lengkap rasanya masam, manis, masin dan pedas. Yang nak diet pun sesuai makan kerabu macam ni.
Jika di Thai, menu ini turut dikenali dengan nama Yam Kai Sep, biasanya ia dihidangkan sebagai salad untuk makan bersama makanan lain.
Kerabu Ayam Goreng/ Yam Kai Sep

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam – di goreng bersama tepung GOGI/BESTARI dan goreng hingga kekuningan
1 labu bawang merah bombay
1 tangkai daun ketumbar
2 sdb beras pulut digoreng dan tumbuk
3 sdb jus limau
3 sdb sos ikan
2 sdb gula thai
1 sdb cili flakes
Bahan-bahan sampingan (dihiris)
Salad
Kobis purple
Carrot

Cara-cara:
- Campurkan jus limau, sos ikan, gula thai, cili flakes dan beras pulut yang digoreng. Gaul hingga rata.
- Masukkan bahan-bahan sampingan dan ayam goreng yang telah dipotong-potong. Gaul lagi hingga rata. Rasakan masam-masam pedas dan sedikit manis
- Taburkan daun ketumbar yang dihiris kasar.
- Siap untuk dihidangkan
Kredit:Romaliza Omar
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Buttermilk Chicken Meleleh, Resipi Anak-anak Suka. Makan Dengan Roti Pun Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Lauk Pauk Masak Guna Taucu. Sedap & Mudah.

Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1. TAUCU TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:
- Ikan Tenggiri yang dah digoreng
- 1 inci halia – dihiris
- 4 biji bawang merah – dihiris
- 1 biji bawang holland – dihiris
- Lada besar – dihiris panjang
- Cili api
- Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
- 3 sudu makan taucu
- 6 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk kari ikan
- 2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
- Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
- Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
Kredit resipi & foto: Norhidayah Mohd Aripin
2. TAUCU PETAI

BAHAN-BAHAN:
- Petai
- 1 biji bawang besar – hiris
- 10 biji cili api hijau – tumbuk
- 2 biji cili merah – tumbuk
- 2 sudu makan taucu
- Sedikit belacan
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
- Setelah layu, masukkan taucu.
- Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
- Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Filzati
3. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
- 3 biji bawang merah – dipotong
- 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
- 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
- 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
- 2 biji cili hijau – dipotong
- 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
- 4 biji cili padi merah – potong halus
- 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
- Minyak untuk menumis
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
- Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
- Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
- Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud
4. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland – dicincangkan
- 1 labu bawang putih – dicincangkan
- 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
- 1 sudu besar taucu tamin
- 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa – jika perlu
- 1 batang daun bawang – hiris kecil
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
- Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
- Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na
5. TIMUN MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- 1 batang timun – hiris panjang
- 3-4 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 3 biji bawang merah – hiris
- 1-2 sudu makan taucu
- Minyak untuk menumis
- Sedikit ikan bilis
- 1 keping asam keping/ gelugor
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
- Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
- Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
- Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
- Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Fizah Nasir
6. AYAM MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- 6-7 ketul ayam
- 3 biji bawang merah – hiris
- 3-4 ulas bawang putih – hiris
- 1cm halia – hiris halus
- 3-4 biji cili padi – hiris ( kalau tak suka pedas, boleh ganti dengan cili emrah atau cili hijau)
- 2 sudu makan taucu
- 1 mangkuk air asam jawa – masam ubahsuai ikut citarasa
- 1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng ayam seperti membuat ikan masak taucu. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga wangi.
- Kemudian masukkan taucu.Gaul rata.
- Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau lagi hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan kiub pati ayam. Biarkan seketika dan rasa. Tambah garam jika perlu sahaja.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fadhilah Alattas Syed Mahusin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .


Kerala adalah sebuah daerah yang terletah di utara India. Terkenal dengan masakan menggunakan kelapa, santan, pelbagai rempah ratus dengan aroma dan warna yang amat menarik serta rasa yang sungguh lazat.
Jadikan kari ayam kampung Kerala nih kalau jadikanjuadah sahur pun sedap sangat nih Lagi pula makan dengan capati, memang terbaiklah.
KARI AYAM KAMPUNG PEKAT KERALA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung- dipotong kecil dan dicuci bersih.
- 2 biji bawang merah besar-dihiris
- 1 sudu makan halia-ditumbuk halus
- 3 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan rempah ketumbar
- 2 biji tomato-dipotong kecil
- 2 biji cili hijau-dipotong empat
- *5 biji gajus
- *5 biji badam
- *3 biji buah keras
- *2 sudu makan serbuk kas kas
- *2 sudu makan kelapa
- 2 helai bay leaf
- 1 batang kayu manis
- 2 biji pelaga
- 2 kuntum cengkih
- Garam secukup rasa
- 1/4 cawan minyak kelapa (gunakan minyak kelapa untuk kekalkan rasa kari ayam cara Kerala tapi boleh tukar dengan minyak biasa)
- Daun kari segenggam
- Sedikit daun ketumbar dan pudina
SEMUA TANDA (*)DIKISAR DENGAN SEDIKIT AIR.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak kelapa dalam kuali dan masukkan bay leaf, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sampai bau wangi.
- Selepas itu masukkan bawang dan daun kari, tumis sampai layu.
- Masukkan halia yang sudah ditumbuk dan cili kering kisar. Tumis lagi sampai wangi dan masukkan tomato, cili hijau, semua rempah dan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak dengan api paling perlahan.
- Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam kampung tadi dan gaul sebati. Tutup kuali dengan penutup sampai ayam masak. Ayam kampung ambil masa untuk masak jadi masak dengan api kecil sampai masak ayam. Tidak perlu tambah air sebab air dari ayam sudah cukup.
- Tambahkan garam secukup rasa.
- Akhir sekali taburkan daun pudina dan daun ketumbar..
- Siap untuk makan bersama nasi putih, chapati atau roti putih.
INFO: Resipi yang sama boleh digunakan untuk masak kambing dan gunakan periuk tekanan tinggi dengan air yang minima sebelum campurkan dengan rempah diatas dan masak seperti biasa.

CHAPATI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung atta alagapas
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1/4 air suam (atau secukupnya sampai boleh bentuk doh lembut tidak melekat dekat tangan)
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung, minyak dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
- Selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit sampai boleh bentuk doh yang tidak melekat dekat tangan dan boleh dibentuk bulat.
- Masak chapati atas kuali leper tanpa minyak. Selepas masak sapukan ghee atau butter pada permukaan chapati dan simpan dalam hot box.
1. Bentukkan chapati bulat-bulat.


2. Doh yang dibulatkan di masak atas kuali leper. Selepas ada dot dot dekat atas baru terbalikkan. Jangan tekan dengan sudip pada masa ini.

3. Selepas terbalikkan tunggu dalam 2 saat.

3. Terbalikkan lagi dan baru tekan dengan sudip kayu di bahagian tengah dan tepi chapati supaya chapati kita kembung.

4.Masak kedua dua belah sampai kembung macam ini.
5. Chapati ketika masak mesti berpisah macam nie untuk lembut.

6. Chapati kembung dengan elok dan boleh sapu ghee atau butter. Simpan dalam hot box atau roll dengan aluminium foil untuk kekal panas.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rèyñùģhà Ànbàrâsü
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Masak Halia, Nak Lagi Sedap Letak Minyak Bijan

Ayam masak halia ini kena sediakan lebih halia yang banyak sebab menggunakan banyak bahan ini. Inilah yang memberikan lauk ini rasa segar dan tak muak dimakan.
Tip hidangan ini tambah sedap, adalah penggunaan minyak bijan di akhir proses memasak. Menu ini sesuai untuk mereka yang suka hidangan tak pedas, tapi kalau nak pedas, boleh tambahkan cili padi atau sambal belacan.
Selain itu untuk yang selalu ada masalah angin, memang elok makan hidangan ini dengan nasi panas.
Resipi ayam masak halia

Bahan-bahan
½ ekor (500-600g) ayam / 4-5 ketul bahagian ayam
½ sudu besar serbuk lada putih
3-4 ulas bawang putih (cincang)
½ sudu besar kicap masin
½-¾ cawan halia (hiris nipis baru sukat)
2 inci halia (hiris)
½ biji bawang kuning (hiris)
5 tangkai cili kering
½ sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar sos tiram
Daun bawang (potong 1 inci)
½ sudu besar cuka
½-1 cawan air
Minyak bijan -1 sudu teh
Cara memasak
1. Gaul ayam dengan serbuk lada putih dan kicap masin.
2. Panaskan minyak masak, kemudian goreng halia yang telah dihiris nipis sehingga keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng ayam hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
4. Buangkan sedikit minyak masak, tumis bawang putih sehingga keperangan.
5. Masukkan halia, bawang kuning, dan cili kering. Tumis hingga naik bau.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng, serbuk lada putih, cuka, dan air. Gaul rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam.
7. Titiskan minyak bijan dan masukkan daun bawang. Gaul rata. Taburkan dengan halia goreng. Sedia untuk dihidangkan!

Kredit resipi & foto: Noor Ashikin Saerah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

