Siapa di sini anak Johor, pasti tahu keenakan rasa asli mee bandung yang pekat dan menyelerakan.
Resipi yang dikongsi Suzana Othman ini, memang lengkap dengan segala rasa original mee bandung Johor. Nak kuah lagi sedap, masukkan biskut Marie yang dihancurkan, menjadikan kuah lebih lemak dan sedap.
A. Bawang besar, bawang putih, udang kering dan udang geragau B. Cili kering
CARA-CARA:
Ads
1. Mula-mula, sangai kacang tanah tanpa minyak dalam kuali. Kita bakar guna air fryer suhu 160°c selama 10 minit. Kacau-kacau sesekali supaya masak sekata.
2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng tauhu hingga masak, angkat dan ketepikan. Bila dah sejuk, hiris nipis untuk dijadikan hiasan.
3. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bahan kisar A hingga garing.
4. Masukkan bahan kisar B. Bila cili kering dah garing, masukkan 12 sudu besar gula. Tak perlu letak garam.
5. Masukkan kacang tanah dan juga biskut Marie. Biskut Marie digunakan sebagai ejen memekatkan kuah dan menjadikan kuah lebih lemak dan sedap. 6. Gaul hingga semua bahan cukup garing. Tutup api.
7. Simpan sebahagian pes mee bandung ke dalam balang kaca kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk.
8. Pes boleh digunakan berulangkali dan tahan hingga 2 minggu. Bila-bila nak masak mee bandung, pes dah tersedia. 9. Tinggalkan anggaran 4 senduk pes di dalam kuali. Masukkan air rebusan daging.
10. Apabila air menggelegak, masukkan daging, udang dan sayuran. Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.
11. Perlahankan api, masukkan telur sebutir demi sebutir. Jangan kacau hingga telur masak. Tutup api. 12, Celurkan mee kuning, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian tuang kuah mee bandung yang dah siap ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan.
Menu yang cepat siap dan mudah memang digemari ramai. Antara menu pilihan termasuklah hidangan berasaskan kicap sememangnya ringkas disediakan dan boleh dipelbagaikan. RASA berkongsi resipi berasaskan kicap yang pastinya menepati cita rasa anda.
1. DAGING GORENG KICAP BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm daging |hiris nipis
30ml kicap manis
10gm sos tiram
8 biji cili padi |ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih|dicincang
3cm halia |dihiris nipis
1 labu bawang besar |potong bulat
1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
2. HATI AYAM KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
300gm hati ayam
45ml kicap manis
15 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih|kisar
1 labu bawang besar |potong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada hati ayam. Goreng garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bersama bahan-bahan kisar sehingga cili masak.
Masukkan bawang besar, hati ayam yang telah digoreng terlebih dahulu dan kicap. Kacau sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan garam boleh dikurangkan memandangkan hati ayam telah diperasa dengan garam ketika proses menggoreng
3. IKAN CELUP TEPUNG KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ketul isi ikan merah
45ml kicap manis
10 biji cili padi|dikisar
5 ulas bawang merah |kisar
3 ulas bawang putih |kisar
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan. Salut isi ikan dengan tepung jagung kering dan goreng sehingga garing di dalam minyak yang banyak. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga cili menjadi masak.
Masukkan ikan goreng tepung dan kicap manis. Gaul sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan ikan merah boleh digantikan dengan menggunakan ikan jenahak atau ikan tenggiri
4. IKAN GORENG KICAP SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
3 sudu makan kicap manis
10 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah|dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai |dikisar
1 labu bawang besar|dipotong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati.
Info Chef: Penggunaan ikan kembung boleh digantikan dengan menggunakan ikan selar.
5. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan tongkol
45ml kicap manis
20gm serbuk ketumbar
20gm serbuk jintan manis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 ulas bawang putih|cincang halus
1 labu bawang besar|dibelah empat
1 biji cili merah |dipotong serong
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap. Didihkan seminit.
Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah
6. MACKEREL GORENG BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
5 ketul mackerel (dalam tin)
45ml kicap manis
15ml sos cili
1 labu bawang besar |potong bulat
2 biji cili merah |hiris serong
1 biji cili hijau |hiris serong
3cm halia muda|hiris nipis
2 ulas bawang putih |dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng ikan mackerel sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan bawang besar, halia, cili merah dan cili hijau.
Masukkan kicap manis dan sos cili.
Masukkan ikan mackerel goreng dan tambahkan garam dan lada sulah secukupnya.
Info Chef: Pastikan anda mengambil ikan mackerel tanpa kuahnya di dalam tin
7. SOTONG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
10 ekor sotong |bersihkan
1 batang lobak merah|potong baji
30ml kicap manis
4 ulas bawang putih|cincang
1 labu bawang besar|potong bulat
1 biji cili merah|potong serong
4cm halia muda|dihiris nipis
5gm serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan sotong, lobak merah dan kicap. Didihkan sehingga sotong menjadi lembut.
Tambah bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef:Pastikan sotong dibasuh bersih bagi mengelakkan ia tidak tahan lama
8. TAUHU TELUR BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
3 biji tauhu telur
1 batang lobak merah |dihiris nipis
1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
30ml kicap manis
3 ulas bawang putih |dicincang
1 labu bawang besar |dibelah empat
3cm halia muda|dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Potong tauhu telur menjadi kiub kecil lalu digoreng garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Tuangkan kicap kemudian tambahkan lobak merah dan sedikit air.
Tambah daun bawang, garam, lada sulah secukup rasa.
Masukkan tauhu telur goreng dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef:Tauhu telur tidak boleh dimasak terlalu lama bagi mengekalkan tekstur dan bentuknya
9. UDANG KICAP BERHALIA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor udang besar
45ml kicap manis
1 labu bawang besar |dipotong bulat
1 biji cili merah |dipotong serong
1 biji cili hijau |dipotong serong
4cm halia muda |dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga masak dan susun di dalam pinggan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan halia.
Masukkan cili merah,cili hijau dan kicap.
Tambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang bahan tumisan kicap ke atas udang goreng dan siap untuk dihidangkan.
Info Chef:Pemilihan udang harimau amat sesuai untuk menu ini sebagai pelengkap rasa kicap yang masin dan udang yang enak
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lauk kampung seperti Sayur Lemak Putih Kelantan ini memang sangat membuka selera. Tak perlu menu-menu hebat. Lauk ringkas begini sahaja sudah cukup untuk memberi rasa gembira. Makan pula beramai-ramai dengan ahli keluarga, memang terasa nikmatnya. Nak rasa lebih enak? Guna cili solok. Ia akan menaikkan lagi rasa kuah. Namun cili jenis ini agak sukar diperolehi di luar negeri Kelantan. Sebagai ganti, gunakan sahaja cili hijau biasa.
Sebagai lauk tambahan, hidangkan bersama ikan bakar tawar, Daging Goreng Kunyit Kelantan, ulam-ulaman, budu atau sambal belacan. Memang tak toleh kiri kanan. Teringin nak masak menu ni? Saudari Nur Huda Ramli ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK SAYUR LEMAK PUTIH KELANTAN
BAHAN-BAHAN (anggaran):
2 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
Sedikit lada hitam – beli online disini
1ekor ikan sardin – rebus & ambil isinya
Santan pekat secukupnya
Sayur-sayuran (kangkung, kubis, tauge, petola, putik jagung, lada solok hijau, lobak merah)
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Tumbuk halus.
2. Kemudian masukkan isi ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
3.Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masak seketikan.
4. Bila santan mula berwap, masukkan sayur-sayuran yang keras terlebih dahulu. Biar hingga hampir lembut.
5. Kemudian masukkan sayur-sayuran lain yang cepat masak.
6. Bila sayur sudah masak sempurna, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
7. Sayur Lemak Putih Kelantan sedia untuk dinikmati.
Paru goreng berempah ini antara lauk ringkas tapi cukup membuka selera. Rasanya yang rangup di luar, lembut di dalam, ditambah pula aroma daun kari dan bawang besar yang digoreng memang lagi berselera.
Hidangan ini bukan saja sesuai dimakan dengan nasi, malah boleh juga dijadikan kudapan begitu saja. Nak buat pun mudah, bahan pun ringkas. Peminat paru kena cuba.
Resipi Paru Goreng Berempah Yang Rangup
Bahan-Bahan
Paru – dihiris nipis
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Serbuk kari secukupnya
Garam dan cukup rasa
Tepung secukupnya
Sedikit air
1 biji bawang besar – hiris bulat
Daun kari secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan Paru Goreng Berempah
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Gaulkan paru bersama bahan kisar, serbuk kari, garam dan perasa.
3. Masukkan tepung, tuang sedikit air dan gaul hingga rempah melekat pada paru. Perap selama 30 minit.
4. Panaskan minyak, goreng paru hingga garing atau ikut citarasa.
5. Ketika separuh masak, masukkan bawang besar dan daun kari. Gaul rata.
6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Tip Ekstra
Kalau sempat, perap paru semalaman dalam peti ais. Lagi sebati rasa rempahnya.
Goreng dengan api sederhana supaya paru masak sekata, rangup di luar dan lembut di dalam.
Untuk versi lebih pedas, tumbuk sekali cili padi dengan bahan kisar.
Lepas goreng, toskan atas kertas tisu dapur supaya minyak berlebihan serap keluar.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!