Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (11 November 2020) memang sangat meriah. Walaupun dilakukan secara atas talian disebabkan pandemik Covid-19 yang membataskan penganjuran secara fizikal, namun ia tidak menghalang para peserta untuk turut serta malah memberikan satu pengalaman baru buat semua.
Bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, kelas masakan ini dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin yang turut dibantu oleh chef jemputan yang tidak asing lagi di kalangan pembaca RASA iaitu Chef Sue M Arukin.
Gabungan kedua-dua personaliti hebat dalam bidang masakan ini ternyata begitu serasi dan menjadi. Banyak tip serta panduan yang dikongsi sepanjang kelas masakan berlangsung. Malah barisan chef juga aktif berinteraksi bersama penonton dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan, menjadikan suasana begitu meriah seakan berada dalam kelas masakan yang nyata.
Sebanyak tiga resipi telah dikongsi bersama para peserta. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Mana tidaknya, masak menggunakan produk-produk Maggi®. Tentulah hasilnya sangat enak.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menyalin resipi-resipi semasa dalam kelas tadi, RASA kongsikan kembali buat anda. Bolehlah cuba masak untuk keluarga tersayang.
1. NASI & SAYURAN
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras Basmati – dibasuh
4 sudu besar minyak jagung
BAHAN A (dikisar halus):
100gm bawang kecil
30gm bawang putih
50gm halia
4 sekawan (2 keping kulit kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, 10 biji buah pelaga, 10 kuntum bunga cengkih)
BAHAN B:
50gm serbuk ketumbar
20gm serbuk jintan putih
20gm serbuk jintan manis
10gm serbuk jintan manis
200ml air
BAHAN C:
1.5 liter air
1 sudu besar MAGGI CukupRasa
2 helai daun pandan
2 batang serai – diketuk
4 helai daun bay
BAHAN D
100gm kacang dal yang telah direbus
50gm daun bayam – dihiris
50gm kacang panjang – dipotong 1 cm panjang
50gm lobak merah – diparut
BAHAN HIASAN:
50gm hirisan timun
1 biji hirisan tomato
30gm daun bawang – dihiris nipis
50gm kismis
50gm gajus
CARA MEMASAK:
Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan A hingga kekuningan.
Masukkan bahan B dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bahan C dan biarkan mendidih.
Masukkan bahan D, beras dan gaul sehinggan beras menjadi agak pekat.
Kecilkan api, tudungkan periuk dan masak hingga nasi menjadi empuk.
Susun dan tabur bahan hiasan.
Hidangkan panas.
2. AYAM MASAK MERAH (SAMBAL TUMIS)
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
300gm dada ayam – dipotong dadu
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil MAGGI CukupRasa
Minyak untuk mengoreng
1 sudu besar minyak
BAHAN B:
2 biji bawang kecil – dihiris
2 ulas bawang putih – dicincang
1 batang serai – dititik
2 pek (30 gram) MAGGI Sambal Tumis
2 sudu kecil MAGGI Sos Tomato
1 biji tomato
1/4 cawan kacang hijau
100 ml air
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan A sehingga sebati.
Panaskan minyak, goreng ayam dan ketepikan.
Keluarkan dan tinggalkan hanya 1 sudu besar minyak. Tumis bahan B.
Masukkan MAGGI Sambal Tumis, gaul sebentar dan masukkan MAGGI Sos Tomato, ayam dan air.
Biarkan ia reneh selama 1 minit dan sedia untuk dihidangkan.
4 pek Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam, direbus & ditoskan (dimasak selama 1 minit)
30gm daun ketumbar – dihiris
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan cili padi, bawang merah, jus limau nipis, gula, akar ketumbar, perencah Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam, ayam, daun limau purut dan serai.
Masukkan juga bunga kantan, tomato, kubis, timun dan Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam.
Gaulkan rata dan akhir sekali, masukkan daun ketumbar.
Sedia untuk dinikmati.
Dah dapat resipinya? Nanti jangan lupa untuk mencubanya ya.
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini juga dihangatkan dengan soalan-soalan kuiz yang diajukan oleh para chef. Hadiahnya? Memang hebat-hebat tau. Ada baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat dan pantas. Berikut adalah senarai peserta bertuah pada hari ini.
Ads
Bagi yang terlepas untuk turut serta dalam Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, anda boleh tonton menerusi di bawah ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar Kentang Putar, resipi homemade ini antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga tentulah lebih berbaloi. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Jika beli, dah berapa kan? Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KENTANG PUTAR @ MASH POTATO
BAHAN KENTANG PUTAR:
8 biji ubi kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu makan mentega
2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kupas kulit ubi kentang dan belah dua.
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.
Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
Tambahkan MAGGI® CukupRasa, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)
BAHAN SOS (GRAVY):
1 biji bawang besar – dadu
2 ulas bawang putih – dadu
4 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum@ jagung
2 kiub pati ayam
MAGGI® Pes Lada Hitam secukupnya
2 1/2 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan. 2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus. 4. Tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. 5. Masukkan kiub ayam dan juga MAGGI® Pes Lada Hitam dengan secukupnya. 5. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan. 6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul. 7. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.
PETUA: Jika mahukan rasa kentang yang lebih berlemak dan halus, boleh lebihkan mentega dan juga susu.
Penggemar kacang mesti sukakan resipi ni, kalau dulu suka buat yang rebus juga yang pedas. Boleh olah resipi ini menjadi versi manis juga. Nampak menarik, rangup walaupun bersira. Perkongsian dari Zana Mokhtar boleh jadi panduan buat yang ingin mencuba.
Umum tahu khasiat kacang kuda memang banyak untuk kesihatan kita. Berikut maklumat pemakanan untuk kacang kuda.
Khasiat kacang kuda kepada kesihatan
Secawan kacang kuda yang telah dimasak mengandungi
269 kalori
45 gram karbohidrat
15 gram protein
13 gram serat
4 gram lemak
0 gram kolesterol
Selain itu, seperti yang dinyatakan di atas, kacang kuda mengandungi vitamin K, folat, fosforus,zink, manganese, choline dan selenium.
Khasiat kacang kuda kepada kesihatan memang banyak. Akan tetapi anda haruslah tidak mengambilnya secara berlebihan untuk mengelak kesan sampingan kepada kesihatan. Pelbagai resipi terdapat di internet yang boleh anda amalkan bagi dimasukkan dalam diet anda. Sekiranya anda mempunyai alahan pada kekacang, anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk rujukan supaya tiada perkara buruk berlaku.
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR? BOLEH LIHAT DI SINI.
Suka makan Ayam Masak Kurma? Kuah pekat, penuh perisa memang sangat membuka selera. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas. Bagi anda yang sangat menggemari sajian ini, jom cuba resipi ini. Rupanya ad acara untuk jadikan Ayam Masak Kurma jadi lebih enak tau. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM MASAK KURMA PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
Bawang merah – kisar
Bawang putih – kisar
Halia – kisar
1 ½ paket rempah kurma
Rempah 4 sekawan
Daun bawang – kisar
Daun ketumbar – kisar
Badam – kisar
2 cawan air
Pes asam jawa (boleh juga guna asam keping)
Kentang – dipotong kecil
Lobak merah – dipotong kecil
¼ cawan santan pekat
Cili hijau
Tomato
Bawang besar
2 kiub MAGGI® Pati Ayam
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang kisar serta rempah 4 sekawan di dalam kuali sampai wangi dan garing. Bubuh rempah kurma. Kacau-kacaukan supaya tak hangus.
Bila bahan tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan bahan rahsia iaitu daun bawang, daun ketumbar dan badam. Kacau lagi.
Bila semua bahan elok pecah minyak, masukkan ayam. Kacau-kacau. Bila air ayam dah sedikit kering, bolehlah masukkan air.
Sementara menunggu untuk kuah mendidih, Gaulkan semua bahan.
Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau rata. Bila kentang, lobak merah dan ayam dah elok masak dan empuk, bolehlah masukkan santan pekat. Biarkan kuah mereneh.
Masukkan cili hijau, tomato dan bawang besar. Kacau-kacaukan lagi. Jangan biar dia hangus. Perasakan dengan kiub MAGGI® Pati Ayam. Ikut selera masing-masing ya.
Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Dah siap!
PETUA: Penambahan kacang badam kisar menjadikan hidangan Ayam Masak Kurma lebih enak dan berperisa.