Mulut teringin nak mengunyah kek . Kalau beli pun belum tentu dapat memenuhi citarasa. Kek Span Marble susu ni tak rugi membuatnya memang nyata sedap. Mana taknya bila campuran tepung jagung, susu tepung dan susu segar bersatu. Memang lemak berkrim dan nikmat terasa.
Ketam yang segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk menjimatkan wang, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli.
KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Sedikit tepung jagung
Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega
Susu cair | anggaran 1/2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.
Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
1 paket kulit popia( 50 keping)
1 biji sengkuang saiz sederhana
3 batang lobak merah saiz sederhana
2 sudu makan udang geragau
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang. 2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat. 3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji): 5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.) 15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir 2 sudu makan sos cili 1 sudu teh serbuk perasa 2 sudu makan bijan 5 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak. 2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air. 3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.
6. Sedia untuk dinikmati.
INFO: 1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili. 2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat. 3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik. 4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Sejak video perlumbaan siput sedut tular di media sosial, maki popular pula hidangan ini. Siput sedut ini paling sedap bila buat masak lemak cili api, ditambah pula dengan pucuk paku lagilah mantap. Nak rasa keenakannya kenalah buat sendiri.
Resipi siput sedut masak lemak cili api bersama pucuk paku
Bahan-bahan
1 kg siput sedut – rendam sekejap dengan air garam, buang ekor dan cuci bersih kemudian tos
10 – 15 biji cili padi – kisar halus
2 inci kunyit hidup – kisar halus
2 inci halia – kisar halus
2 batang serai – dititik
1 kotak santan
3 ulas bawang putih – kisar halus
5 ulas bawang merah – kisar halus
1 ikat pucuk paku
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam gelugur
Cara membuat:
1. Bersihkan pucuk paku, potong pendek.
2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk lalu masukkan serai dan asam gelugur. Kacau hingga naik bau, tambahkan sedikit air kemudian masukkan siput sedut.
3. Bila mendidih masukkan santan. Masak dengan api sederhana sambil kacau perlahan, selepas mendidih masukkan kiub pati bilis dan pucuk paku, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
4. Masak hingga kuah mendidih dan pekat, tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...